"CEO Lu? Maksud kamu Lu Jingli?" Perkara pertama yang terlintas di kepala Ning Xi adalah Lu Jingli. Nampak sangat integriti Lu Jingli ada begitu sedikit di dalam hatinya...
Xiao Tao menggelengkan kepalanya. Kemudian, jari telunjuknya digerakkan ke atas, bermaksud orang yang berada di atas Lu Jingli.
Sekarang, Ning Xi betul-betul terperanjat. Keningnya dijongketkan. "Lu Tingxiao?"
Xiao Tao mengangguk laju. Dia memandang sekelilingnya dan berkata, "Jangan kuat sangat... Asalkan kamu tahu tentang ini saja!"
Ning Xi menggosok dagunya. "Tapi, kenapa tak ada siapa pun yang dedahkan hal ni? Langsung tak ada apa-apa gosip dari luar tentang ni."
"Siapa yang nak mati awal? Memang cari nahas kalau mereka berani sebarkan tentang Bos Besar. Jadi, hanya orang syarikat ini saja yang tahu!" Jelas Xiao Tao.
"Oh..."