Unduh Aplikasi
4.55% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 66: Kamu Sudah Janji Teman Saya Malam Ini

Bab 66: Kamu Sudah Janji Teman Saya Malam Ini

Editor: EndlessFantasy Translation

Situasi ini membuat Ning Xi naik gila. Dia berkata Muye dengan suara rendah, "Saya yang patut tanya soalan itu! Bagaimana kamu kenal Lu Tingxiao?!"

Jiang Muye : "Aku sudah beritahu tadi, dia bapa saudara aku!"

Ning Xi : "Kenapa tak beritahu awal?!"

Jiang Muye : "Kamu tak tanya pun!"

Ning Xi : "…"

"Bagaimana kamu dengan bapa saudara aku kenal?" Jiang Muye memandang kedua-dua orang di hadapannya. Semakin lama dia lihat, semakin dia rasa ada sesuatu yang tidak kena, tetapi dia tidak dapat jelaskan perasaan itu.

"Panjang ceritanya…" Ning Xi berasa penat dan menyentuh dahinya. Dua perkataan ini dituju kepada kedua-dua lelaki di hadapannya.

Jiang Muye mahu bertanya lebih banyak soalan, tetapi tidak berani membuka mulut di depan Lu Tingxiao.

Gadis itu berbau harum selepas mandi. Kemeja-T yang besar itu menunjukkan kakinya yang langsing dan putih. Dia masih cuba menutup lubang besar di belakang baju itu dengan sebelah tangan. Pemandangan ini menyebabkan darah Lu Tingxiao mendidih, terutamanya bila dia tahu Ning Xi kelihatan seperti ini di kediaman lelaki lain. Dia mahu menghancurkan sesuatu.

Hatinya membara marah dan ia berlanjutan selama beberapa saat yang hampir berlalu tanpa disedari. Dari luar, Lu Tingxiao hanya kelihatan sedikit dingin. Kemudian, dia memandang Ning Xi dengan tegas dan bertanya, "Kamu rancang untuk tinggal di sini, atau balik dengan saya?"

Kata-kata itu diungkap ringkas, tapi terkandung maksud tersirat yang berat.

Jiang Muye menangkap maksud tersirat itu, lalu melihat Ning Xi dengan terkejut dan tidak faham.

Apa maksud semua ini?? Mereka bukan sahaja berkenalan, juga hidup bersama?

Ning Xi memandang wajah dingin Lu Tingxiao, kemudian berpaling melihat Jiang Muye yang sedang marah. Dia menelan air liur dengan sukar, lalu membuat keputusan. "Rasanya…Saya akan ikut kamu balik."

Kedinginan Lu Tingxiao cair sedikit.

Jiang Muye hilang sabar dan terus memegang pergelangan tangan Ning Xi. Mata biru mudanya yang cantik penuh dengan kegelisahan dan kemarahan seperti dikhianati. "Kamu sudah janji untuk teman saya malam ini!"

Sebaik saja dia mengungkap kata-kata itu, Ning Xi mahu menumbuk dia hingga terbang keluar dari rumah tersebut. Anak muda, janganlah mengelirukan keadaan!

Gadis itu mengangkat kepalanya untuk menatap wajah Lu Tingxiao. Seperti dijangka, lelaki itu kelihatan seperti sudah melepasi batasannya, seperti hanya tinggal satu penghadang sebelum binatang ganas dalam dirinya melepaskan diri…

Ning Xi menarik tangannya dari genggaman Jiang Muye dan memujuknya dengan sabar, "Muye, esok saya ada penggambaran filem. Tadi kan Abang Ming sudah pesan kamu ada rancangan awal pagi esok? Mari tunggu satu hari nanti bila kita berdua tidak ada kerja untuk bermain permainan PC, okey?"

Ning Xi sengaja menekankan perkataan "bermain permainan PC".

Setelah selesai bercakap, dia terus mengambil beg hitam besarnya dan berlari ke arah pintu. Dia tidak menukar pakaiannya, dan sebelah tangannya masih cuba menutup lubang besar pada kemeja-T tersebut.

Lu Tingxiao merenung tajam Jiang Muye sebelum menuruti Ning Xi.

Apabila melihat belakang kedua-dua mereka beredar bersama, dan teringat pandangan tajam Lu Tingxiao tadi, api membara di mata Jiang Muye…

Sial! Tak hairanlah kenapa wanita itu tahu jalan tadi telah disekat…

'Ning Xi, apa lagi yang kau sembunyikan daripada aku!'

Pada waktu itu, Ning Xi menggigil sambil berlari balik. Tiba-tiba, berat di tangannya hilang. Lu Tingxiao telah membantu menggalas beg hitamnya.

Kemudian, dia merasakan sesuatu yang berat pada bahunya. Lu Tingxiao telah meletakkan kot dia di atas bahu Ning Xi.

"Terima kasih…" Ning Xi berterima kasih dengan malu.

Wajah Lu Tingxiao tetap dingin, dan dia tidak bertindak balas.

Apa-apa tindak balas pun dikira baik. Selagi ada sedikit tindak balas, dia akan tahu bagaimana berhadapan dengan situasi seperti ini. Kekurangan tindak balas seperti ini yang menyebabkan orang paling gementar...


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C66
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk