Unduh Aplikasi
93.03% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 828: Maaf, Ini Giliran saya (3)

Bab 828: Maaf, Ini Giliran saya (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie dan Zhao Xun berdiri menghadap satu sama lain betul-betul di tengah-tengah pentas pertempuran. Suasana tiba-tiba menjadi sangat tegang. Para pemuda di dalam kerumunan ramai itu mengambil masa yang lama sebelum mereka dapat kembali sedar. Nampaknya pertempuran bagi pusingan ini akan bermula!

"Zhao Xun! Kamu memang anak jantan! Kamu berani berdiri melawan Putera Mahkota! Perlawanan ini tentu hebat!"

"Itulah yang saya maksudkan. Seseorang pasti akan muncul untuk ajar Jun Xie satu hari nanti. Budak itu nak tunjuk berani saja, kononnya masa belum tamat. Kini batu yang dikutipnya itu sudah menindih kakinya sendiri! Zhao Xun dah muncul. Tengok lengan dan kaki budak itu yang kurus. Saya rasa dia tak mampu menahan satu serangan pun."

Melihat perlawanan itu bakal bermula, para pemuda di daerah pertempuran pertama semuanya sudah tidak sabar-sabar. Mereka semua tidak berani menentang Lei Chen, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak akan bergembira melihat Jun Xie dibelasah!

Di dalam arena itu, tubuh kecil Jun Wu Xie ini kelihatan lebih lemah dan tidak bermaya berbanding tubuh tinggi lampai Zhao Xun. Sekilas pandang sudah dapat dipastikan siapa yang lebih gagah. Semua orang senyap-senyap tidak sabar untuk melihat Jun Xie menerima tamparan di khalayak ramai!

Loceng berbunyi menandakan bermulanya perlawanan. Jun Wu Xie yang berdiri di atas pentas pertempuran akhirnya memulakan langkah!

Setelah dia mengorak langkah pertama, seluruh arena yang telah bersiap-sedia untuk bersorak dan mengejek tiba-tiba menjadi senyap!

Mata para hadirin merenung cahaya hijau yang bersinar terang daripada badan Jun Xie. Cahaya terang itu membuatkan semua mata hadirin hampir buta!

"Roh hijau! Mana mungkin ini boleh berlaku!?"

Satu jeritan terkejut terdengar dalam kalangan kerumunan ramai itu! Semua orang tidak percaya dengan mata mereka sendiri sewaktu melihat tubuh kecil itu menghasilkan cahaya hijau yang berkilau terang. 

Budak lima belas tahun yang sudah mencapai tahap roh hijau. Mereka tak pernah dengar pun hal seperti ini berlaku!

Mereka semua menggosok-gosok mata untuk memastikan apa yang mereka lihat itu adalah benar!

Susuk tubuh Jun Wu Xie bergerak sepantas kilat dan apabila dilihat bersama-sama roh jingga Zhao Xun, roh Zhao Xun kelihatan sangat kecil, bagaikan langsung tidak boleh dilihat. Pergerakan seseorang di tahap roh hijau sangat pantas sehingga tidak mampu diikuti oleh mata penonton. Mereka hanya melihat sinaran cahaya hijau yang pantas bergerak menuju Zhao Xun! 

Ketika itu, mulut para penonton terkunci rapat. Jun Wu Xie baru sahaja melepaskan kuasa rohnya dan dia telah memberi tamparan luar biasa ke muka mereka semua!

Semua pemuda yang menuduh dia telah membodek Lei Chen, cemburu dengan nasib baik Jun Xie yang tidak dapat dipercayai dan tidak layak baginya, sekarang tak mampu berkata apa-apa. 

Orang di tahap roh hijau... tak perlukan pertolongan rahsia daripada sesiapa pun. Dengan kuasa hebat seperti itu, dia sudah pasti dapat menguasai seluruh daerah pertempuran pertama!

Di hadapan kuasa sehebat itu, semua tuduhan dianggap melucukan.

Selepas ini, tiada siapa boleh mengatakan disebabkan Jun Xie terlalu lemah, dia terpaksa secara bersembunyi memaksa pihak lawannya menarik diri daripada pertempuran mereka.

Berdasarkan apa yang mereka lihat, di seluruh daerah pertempuran pertama ini, tiada seorang pun yang mampu berdiri melawan Jun Xie.

Tiba-tiba, tiada siapa pun yang berkata apa-apa Seluruh arena dalam keadaan senyap sunyi yang mengerikan. Para pemuda yang sebelum ini mengejek dan menghina merasakan muka mereka pedih seolah-olah telah terbakar. Jika roh tahap hijau ini dianggap sampah, jadi mereka pula apa? Lebih hina daripada sampah?

Pertempuran itu berakhir dalam sekelip mata. Tahap roh jingga tidak mempunyai peluang langsung untuk berdiri menentang roh hijau. Sebelum para penonton dapat pulih daripada keadaan terkejut, Zhao Xun yang berdiri di atas pentas sudah melayang akibat terkena satu tendangan daripada Jun Xie. Tubuhnya yang tinggi itu membentuk satu lengkungan besar di udara dan terhempas dengan kuat di sudut pentas pertempuran!

Jun Wu Xie baru sahaja melaksanakan satu langkah dan dia telah menang dalam sekelip mata!

Dominasi dan kuasa luar biasa yang ditunjukkan oleh Jun Xie membuatkan semua hadirin yang meperlekehkannya tadi menelan air liur dengan gerun.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C828
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk