Unduh Aplikasi
84.15% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 749: Kejutan yang Tidak Dijangka (3)

Bab 749: Kejutan yang Tidak Dijangka (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Ada masa lebih sebulan lagi sebelum tibanya Kejohanan Pertempuran Roh Besar-besaran di Negara Yan. Dalam tempoh tersebut, Qiao Chu dan yang lain memutuskan untuk pergi ke Akademi Phoenix dan melaporkan rancangan mereka yang seterusnya pada Yan Bu Gui.

Sebaik mengetahui mereka akan pulang sebentar ke Akademi Phoenix, Jun Wu Xie menuliskan satu surat khas untuk mereka bawakan pada Yan Bu Gui, Memandangkan dia perlu meneruskan rawatan untuk kecederaan Fan Jin dan Tuan Embek Embek, dia tidak boleh meninggalkan mereka. Jun Wu Yao dan Fan Zhuo kekal berada dia Akademi Zephyr bersama-sama dengannya.

Ketika ini Tuan Embek Embek sudah semakin pulih. Kulitnya yang terbakar dan hangus itu sudah berkuping serta mengelupas beberapa lapisan. Kulit baru yang tumbuh berwarna merah jambu dan kelihatan lembut. Setelah terbakar hangus sehingga menjadi bebola hitam kecil sebelum ini, kini Tuan Embek Embek sudah bertukar menjadi sfera merah jambu. Sekali pandang, kambing biri-biri ini kelihatan seperti anak khinzir kecil…

Badan Tuan Embek Embek masih belum ditumbuhi bulu, mungkin juga disebabkan telah terbakar dengan teruk. Disebabkan sudah terbiasa dilitupi bulu yang tebal, Tuan Embek Embek kini kehilangan perlindungan daripada kesejukan. Tambahan pula di waktu hujung tahun seperti ini, suhu sekeliling menurun dengan pantas. Tuan Embek Embek langsung tidak mempunyai tenaga dan tidak bersemangat. Sepanjang hari, kambing biri-biri kecil ini hanya mampu menggigil di bawah selimut atau mengerekot dalam pelukan Jun Wu Xie.

Semua tindakan kambing biri-biri kecil yang botak ini diperhatikan dengan tajam oleh seseorang.

"Pergi cari baju yang binatang tu boleh pakai," kata Jun Wu Yao dengan perlahan pada Ye Sha dan Ye Mei. Matanya memandang Tuan Embek Embek yang semakin menghimpitkan diri di dalam pelukan Jun Wu Xie untuk menghangatkan badannya.

Ye Mei dan Ye Sha berdiri kaku dengan bingung.

[Di mana pula nak cari baju yang boleh dipakai oleh seekor kambing biri-biri botak?]

Jun Wu Xie mengangkat kepalanya dan memandang Jun Wu Yao.

Jun Wu Yao tersenyum sambil berkata, "Memandangkan Adik Xie nak mewakili Akademi Zephyr di Kejohanan Pertempuran Roh Besar-besaran, tentulah kamu perlukan masa untuk memupuk kuasa roh kamu. Kalau kamu asyik memegang binatang tu, Abang bimbang kamu tak ada cukup masa nanti."

Nada suaranya, cara dia mengatakannya, semuanya kedengaran sangat masuk akal!

Jun Wu Xie terkebil-kebil. Cara dia memupuk kuasa rohaninya berbeza dengan orang lain. Memegang Tuan Embek Embek langsung tidak akan memberi kesan padanya. Kalau dia perlu memupuk kuasa rohaninya, dia hanya perlu mengeluarkan Teratai Salji dan meletakkan tumbuhan itu di hadapannya. Kemudian dia boleh meneruskan apa sahaja yang sedang dilakukan.

"Abang rasa kuasa rohani Adik Xie pasti dah nak capai satu lagi penginjakan tahap, bukan?" tanya Jun Wu Yao. Matanya memandang besen air berisi Teratai Salji di atas meja itu. 

Jun Wu Xie mengangguk.

"Adik Xie dah pilih roh berkontrak yang nak digunakan untuk naik tahap roh?"

Jun Wu Xie menggeleng.

[Dia tidak mempunyai masa untuk mencari roh berkontrak.]

Dengan pantas Jun Wu Yao melemparkan satu lagi tugasan untuk Ye Sha dan Ye Mei selesaikan.

Dengan begitu sahaja, sepasang lelaki yang banyak menderita ini perlu menyelesaikan tugasan memasak dan mengemas, memutuskan siapa yang akan menjahit pakaian musim sejuk untuk Tuan Embek Embek serta tugasan yang terkini… mencari roh berkontrak untuk membolehkan Jun Wu Xie meningkatkan tahap kuasa rohaninya!

Tidak lama selepas ini, Ye Mei dan Ye Sha akan dapat mempersembahkan diri mereka di dalam dewan dengan baik, cemerlang dalam memasak dan mengemas, membunuh musuh dengan kejam dalam pertempuran dan menjadi hebat dalam solekan menggunakan kosmetik...

Mereka berdua diam-diam menyapu tangisan kesedihan dari mata mereka.

[Tuanku Jue, patutkah seseorang yang hebat seperti Tuanku bersaing dengan seekor Binatang Roh untuk mendapatkan kasih sayang?]

Selepas melemparkan semua tugasan remeh itu pada orang-orang bawahannya, Jun Wu Yao menggunakan alasan mahu membimbing Jun Wu Xie dalam meningkatkan kuasa rohaninya dan mengambil Tuan Embek Embek dari pelukan Jun Wu Xie. Dia kemudian mencampakkan binatang kecil itu ke atas katil yang lembut, dalam timbunan selimut yang hangat. Tuan Embek Emek berbunyi perlahan tanda bantahan tapi sia-sia sahaja.

Sejurus selepas itu, sebelum Jun Wu Xie sempat berkata apa-apa, Jun Wu Yao sudah menghulurkan tangannya untuk merangkul pinggang kecil Jun Wu Xie. Dengan satu lompatan, mereka melayang keluar dari hutan buluh kecil itu.

"Kamu tahu menjahit?" Ye Sha bertanya pada Ye Mei. Mulutnya asyik menggerenyet. Dia merenung kambing biri-biri kecil botak yang sedang berselubung dalam selimut tebal itu.

Ye Mei mengangkat bahu dan membalas dengan muram, "Boleh tak beli saja?"

Ye Sha hampir menangis sewaktu dia berkata, "Di mana dalam seluruh alam ni kamu rasa kita boleh beli baju yang muat untuk kambing biri-biri kecil tu?"

"….. Saya jahitlah….."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C749
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk