Unduh Aplikasi
57.19% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 509: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (9)

Bab 509: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (9)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Betul ke kamu semua buat perbuatan terkutuk seperti ini?" Nangong Xu menggeletar kemarahan. Budak-budak ini terlibat dengan Puncak Menjejak Awan dan Tentera Rui Lin. Mereka betul-betul dalam masalah besar!

Mereka tidak tahu ke usaha yang Guru Besar Akademi Zephyr lakukan untuk menjejak lokasi Mu Chen? Budak-budak tak guna ini pula berani cuba membunuh pengikut-pengikut Mu Chen!

Tidakkah ini akan membuatkan Mu Chen membenci mereka!?

Lu Wei Jie terlalu takut sehingga wajahnya menjadi pucat lesi. Sewaktu dia sedar yang Long Qi datang dari Tentera Rui Lin, dia jatuh terduduk. Punggungnya terhempas di atas tanah dengan kuat. Dia terasa mahu menangis, tetapi tidak ada air mata yang mampu mengalir.

"Guru Nangong! Bukan saya yang mulakan semua ini, tapi Ning Xin! Dia yang mahu Binatang Roh Gred Penjaga itu membunuh mereka semua! Saya cuma diumpan oleh kata-katanya yang menggoda itu untuk melakukan semua ini!" Lu Wei Jie hampir menjerit, terdesak merayu-rayu.

Hal ini sudah begitu besar untuk diuruskan dan tak mungkin dia mampu menanggungnya sendirian!

Sewaktu mendengar nama Ning Xin disebut, wajah Nangong Xu sekali lagi menjadi pucat.

"Semuanya rancangan dia! Ning Xin tahu Jeneral Long dan orang-orangnya mempunyai kemahiran yang luar biasa. Pada mulanya dia mahu gunakan peta yang ada padanya untuk ditukarkan dengan batu roh gred tinggi yang ada pada Jeneral Long dan orang-orangnya. Kemudian dia cuba menawan hati mereka, tetapi Jeneral Long enggan melayannya. Dia berasa terhina dan terus menjadi berang. Selepas itu dia membuat rancangan ini supaya Jeneral Long dan orang-orangnya terbunuh. Semuanya dirancang oleh Ning Xin! Semuanya!" Lu Wei Jie begitu takut sehingga tidak dapat berfikir dengan wajar lagi. Dia meletakkan segala kesalahan itu pada Ning Xin.

Ning Xin yang terlebih dahulu bersikap tidak berhati perut, jangan salahkan Lu Wei Jie kerana mengkhianatinya!

Nangong Xu amat trauma dengan kebenaran yang didedahkan ini dan baru sahaja mahu membantah untuk membela Ning Xin apabila dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Sebelum ini, guru-guru ini telah terlihat suar amaran Ning Xin di satu lokasi tidak jauh dari sini. Apabila Ning Xin dan Yin Yan mengumumkan mahu menarik diri dari Perburuan Roh, guru-guru ini berasa amat keliru. Ketika itu, Nangong Xu sendiri berasa simpati dengan tindakan mereka yang membawa kekalahan.

Sekarang setelah mendengar tuduhan Lu Wei Jie, barulah dia faham kenapa mereka berdua menarik diri sedangkan langsung tidak tercedera.

"Sudah jelas sekarang?" tanya Long Qi dengan nada mencemuh. "Kamu membenarkan pelajar-pelajar ini membunuh dan merompak. Guru-guru mereka pula bersubahat dengan rancangan jahat itu dan mencederakan askar-askar Tentera Rui Lin. Berkenaan hutang ini, Tentera Rui Lin pasti akan datang ke Akademi Zephyr untuk meminta penjelasan."

Rong Heng menambah, "Insiden ini akan dilaporkan pada Tuan Guru saya apabila saya kembali nanti. Saya akan biarkan Tuan Guru menuntut keadilan bagi pihak kami!"

Kedua-dua belah kaki Nangong Xu berasa lemah longlai. Tentera Rui Lin yang dihormati dan Mu Chen yang disanjung tinggi…. Habislah mereka! Tentera Rui Lin mungkin tidak akan menggunakan kekuatan ketenteraan mereka untuk menentang Akademi Zephyr. Tetapi sebaik berita insiden ini tersebar dari mulut Tentera Rui Lin dan Mu Chen, tak lama lagi seluruh dunia akan tahu yang Akademi Zephyr menempatkan pencuri-pencuri yang sanggup membunuh untuk merompak. Reputasi Akademi Zephyr yang suci dan berprestij itu akan hancur berkecai tanpa sebarang kesan!

"Saya mohon tuan-tuan bersabar dahulu! Insiden ini berpunca dari kelemahan akademi kami dalam mendisiplinkan para pelajar kami! Saya merayu agar tuan-tuan mempertimbangkan nama baik Akademi Zephyr dan berikan kami sedikit masa. Pihak Akademi Zephyr pasti akan memberikan penjelasan yang memuaskan! Pihak kami tidak akan bertoleransi dengan kekejaman seperti ini!" Demi menjaga nama baik Akademi Zephyr, Nangong Xu tidak mempunyai pilihan selain bersuara untuk meyakinkan mereka. Dia tidak boleh biarkan insiden ini semakin meletus. Jika hal ini tidak diuruskan dengan baik, kemasyhuran Akademi Zephyr yang sudah dibina selama satu abad itu akan musnah sepenuhnya!

"Baiklah, kami akan tunggu penjelasan Akademi Zephyr berkaitan insiden ini. Tetapi jika hal ini tidak diuruskan dengan baik, kami akan bertindak sendiri untuk menuntut keadilan. Harapnya pihak akademi tidak akan mengecewakan kami," balas Long Qi dengan dingin.

"Baik. Baik." Nangong Xu tunduk sambil mengesat peluh sejuk di keningnya. Insiden ini terlalu besar untuk dia uruskan sendiri. Dia hanya mampu menunggu sehingga dapat kembali ke Akademi Zephyr supaya Guru Besar Fan Qi boleh membuat keputusan.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C509
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk