Unduh Aplikasi
56.29% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 501: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (1)

Bab 501: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie ialah anak gadis yang masih muda, bukan? Sebagai "saudara" Jun Wu Xie yang lebih tua, tidak mungkin mereka akan membiarkan "adik perempuan" mereka ini bersedih.

"Selepas kita dapatkan Rumput Roh Akuamarin, apa kata kita suruh Qiao Chu seru Rolly keluar dan minta Rolly peluk kamu?" Hua Yao memberikan cadangan, memanipulasi "kelemahan" terbesar Jun Wu Xie.

Seperti yang dijangka, mendengar nama Rolly sahaja sudah membuatkan mata Jun Wu Xie bersinar-sinar. Dia mengangkat kepalanya dan mengangguk dengan tegas, bersetuju dengan cadangan Hua Yao itu!

Hua Yao tak mampu berkata apa-apa sewaktu dia membawa Jun Wu Xie kembali berjalan bersama-sama ahli kumpulan yang lain.

Kumpulan itu terus bergerak. Kadang-kala terdengar bunyi gelak ketawa. Tetapi ada seseorang yang mahu merosakkan suasana yang gembira ini.

Lu Wei Jie dan kumpulannya tetap berada di tempat yang sama setelah Ning Xin beredar. Dia menantikan untung besar yang dijangkakan bakal menjadi miliknya. Setelah bunyi raungan Binatang Roh itu mula reda, Lu Wei Jie mengumpulkan kekuatan untuk bergerak menuju tempat di mana mereka telah memerangkap orang-orang dari Tentera Rui Lin supaya diserang oleh Binatang Roh tersebut. Tetapi ketika tiba di Tasik Bulan Roh, dia tiba-tiba mendapati dirinya berhadapan dengan Jun Wu Xie dan ahli kumpulannya!

"Senior Lu, itu mereka!" Salah seorang pelajar yang tajam penglihatannya sekilas pandang menyedari kumpulan itu ialah Long Qi dan orang-orangnya. Dia juga terlihat Fan Jin dan beberapa orang pelajar lain yang memakai pakaian seragam Akademi Zephyr!

Lu Wei Jie menjadi kaku. Dia tidak menyangka Long Qi dan orang-orangnya akan terselamat dalam pertempuran itu. Berhadapan dengan Binatang Roh Gred Penjaga sepatutnya hanya akan membawa maut!

Mungkin Long Qi dan orang-orangnya tercedera. Tetapi kecederaan mereka tidak kelihatan terlalu serius dan mereka juga agak bersemangat.

Lu Wei Jie tidak menyangka yang dia akan menyaksikan suasana ini.

"Budak-budak tak guna! Berani kau tunjuk muka di sini, ya?" Askar-askar Tentera Rui Lin yang hampir kehilangan nyawa diserang Binatang Roh Gred Penjaga tadi mula naik angin setelah terlihat pelajar-pelajar yang membawa Binatang Roh itu kepada mereka. Kalaulah askar-askar ini tidak menjadi mangsa rancangan jahat itu, pasti keadaan mereka tidak seteruk ini sekarang!

Jeritan marah itu membuatkan darah Lu Wei Jie berderau. Long Qi dan orang-orangnya masih hidup. Rancangan jahat Lu Wei Jie dan ahli kumpulannya sudah terdedah! Apa yang dia patut lakukan sekarang?

"Lari!" Lu Wei Jie tidak berani untuk terus berada di situ. Ketika itu barulah dia terfikir kenapa Ning Xin dan Yin Yan tiba-tiba menarik diri dari Perburuan Roh. Pastinya itu bukan suatu kebetulan. Tentu mereka sudah tahu yang Long Qi dan orang-orangnya terselamat, jadi mereka terus melarikan diri!

Kebolehan serta kekuatan Long Qi jauh melebihi mereka. Orang-orangnya juga bukan calang-calang. Kalau askar-askar Tentera Rui Lin itu mahu membalas dendam, habislah mereka semua!

Sewaktu memikirkan semua ini, Lu Wei Jie menyumpah-nyumpah Ning Xin dan Yin Yan yang sudah selamat melarikan diri. Tentulah mereka tahu Long Qi dan orang-orangnya terselamat, tetapi mereka langsung tidak memberitahu apa-apa pada Lu Wei Jie dan ahli kumpulan mereka yang lain, membiarkan mereka semua menyangkakan yang masih ada peluang untuk mereka mendapatkan ganjaran lumayan. Lu Wei Jie dan yang lain menunggu di situ tanpa tahu-menahu. Kini mereka terserempak pula dengan Long Qi dan orang-orangnya!

Lu Wei Jie terus lari lintang-pukang. Ahli-ahli kumpulannya juga sama, bergegas lari untuk menyelamatkan diri.

Mata Long Qi mengecil. Sebagai pemimpin kepada pasukan tentera yang berpengalaman dalam bertempur, dia telah membiarkan dirinya ditipu oleh budak-budak muda ini. Long Qi berasa malu kerana telah membahayakan nyawa orang-orangnya.

Nak lari? Tak semudah itu!" jerit Long Qi. Lima orang askar Tentera Rui Lin lain yang hanya cedera ringan, terus berpecah dan bergerak tanpa sepatah kata. Pengalaman bertahun-tahun di medan peperangan serta berdepan dengan musuh yang ramai, memberikan orang-orang ini kepantasan dan kesungguhan yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh pelajar-pelajar Akademi Zephyr. Walaupun mereka tercedera dan dalam keletihan, mereka dengan mudahnya dapat menangkap kumpulan pemuda itu!

Pemuda-pemuda yang lari bertempiaran itu ditangkap seorang demi seorang lalu dicampak ke atas tanah dengan kasar. Lu Wei Jie menggunakan seluruh kekuatan rohaninya untuk melepaskan diri. Malangnya, Long Qi sudah menyasarkan dia dan terus mengejarnya.

Lu Wei Jie berpaling dan mahu menyerang menggunakan kuasa rohaninya. Tetapi sebelum sempat dia menentukan kedudukan Long Qi, kaki Long Qi sudah pun terkena tepat pada perutnya. Lu Wei Jie tercampak, melayang tinggi di udara!


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C501
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk