Unduh Aplikasi
50.44% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 449: Itu Kumpulan yang Paling Kuat atau yang Paling Lemah? (2)

Bab 449: Itu Kumpulan yang Paling Kuat atau yang Paling Lemah? (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie memperkenalkan Fan Jin dengan ringkas dan tak lama kemudian Qiao Chu turut tersenyum mesra.

"Haha, terima kasih banyak! Kami rasa lega kamu ada untuk tolong tengok-tengokkan Jun Xie.""

"Taklah. Saya tak buat apa-apa sangat pun."

Setelah berbual-bual seketika, Jun Xie memandang rakan-rakannya lalu berkata, "Mari ikut saya masuk ke dalam hutan."

"Jom! Kami pun baru nak cari kamu sebenarnya," kata Qiao Chu sambil ketawa.

Seketika kemudian mereka bersetuju untuk masuk ke Hutan Roh Pertempuran bersama-sama sebagai satu kumpulan. Para pelajar kampus cawangan yang lain hanya memerhatikan sahaja sewaktu Qiao Chu dan rakan-rakannya berlalu pergi bersama-sama Jun Xie dan Fan Jin, menuju ke tempat para pelajar kampus utama sedang berkumpul. Para pelajar kampus cawangan itu semuanya berasa iri hati.

Sewaktu pelajar kampus utama yang lain melihat Fan Jin berada bersama-sama pelajar kampus cawangan di dalam kumpulannya, mereka semua ketawa berdekah-dekah.

"Reputasi Fan Jin tu begitu teruk sampaikan dia perlu mencari-cari ahli kumpulan dalam kalangan sampah-sampah! Dia fikir orang-orang tak berguna tu boleh menyumbang apa sewaktu di dalam Hutan Roh Pertempuran?" Yin Yan memandang Fan Jin dan berkata sambil ketawa dingin.

Ning Xin berpaling untuk memandang seketika. Dia kemudiannya berpaling kembali untuk menyembunyikan kegembiraan yang terbit di matanya.

"Biarkan dia bersusah-payah. Lagipun, hasil akhirnya tetap sama."

Yin Yan tersenyum. Dia gembira dengan kesulitan yang Fan Jin alami.

Tak pernah mereka dengar lagi pelajar kampus utama mengumpulkan pelajar kampus cawangan sebagai ahli kumpulan. Semua pelajar kampus utama menganggap kumpulan kecil Jun Xie sebagai bahan jenaka dan menggelarkan mereka sebagai "kumpulan paling lemah".

Qiao Chu menggosok-gosok hidungnya sambil mendengarkan bisikan-bisikan yang semakin kuat kedengaran. Dia mungkin bukan orang yang sensitif, tetapi dia masih dapat mengesan ancaman di sebalik mata-mata yang memandang kumpulan mereka.

"Pelajar kampus cawangan ni begitu dibenci ke?" tanya Qiao Chu.

"Ini tak ada kena-mengena dengan kamu semua," kata Jun Wu Xie tanpa sebarang perasaan.

Qiao Chu baru sahaja mahu berkata lagi apabila dia terlihat Hua Yao menjelingnya, meminta dia untuk diam.

Sebab utama di sebalik bisikan-bisikan kuat dari pelajar lain itu sudah difahami oleh yang lain. Hanya Qiao Chu saja yang masih memikirkan bisikan itu disebabkan pelajar-pelajar ini membenci mereka yang datang dari kampus cawangan. Kalau didengar dengan teliti, mereka akan tahu yang bisikan-bisikan itu semuanya disasarkan pada Jun Xie.

"Jun Xie, baru berapa lama kamu masuk ke kampus utama dan kamu sudah pun membuatkan semua orang bermusuh dengan kamu?" Fei Yan yang berkemahiran mengumpulkan maklumat, sudah pun berjalan-jalan di celah-celah kerumunan dan mendapatkan maklumat yang cukup untuk memahami situasi ini.

Melalui apa yang dia dengar, di mata para pelajar lain ini, Jun Xie dianggap sebagai budak tak guna yang keji!

Jun Wu Xie tidak menunjukkan apa-apa perasaan, tetapi Fan Jin pula yang kelihatan malu.

"Mereka kata kamu tak banyak muncul di akademi. Jadi kenapa pula kamu mahu sertai Perburuan Roh?" Fei Yan bertanya bukannya sebab dia ambil peduli dengan perkara buruk yang dia dengar tentang Jun Xie. Dia cuma berasa ingin tahu.

Jun Wu Xie membalas dengan ringkas dan kasar, "Untuk membunuh orang."

"….."

"….."

"….."

"….."

"….."

Lima orang lain yang berada di sisi Jun Wu Xie semuanya terbeliak memandang pemuda kecil molek ini. Mereka tak mampu berkata apa-apa untuk membalas jawapan Jun Xie yang tidak berperasaan dan ringkas itu.

Qiao Chu menyapu peluh yang tiba-tiba muncul di dahinya lalu berkata, "Jun Xie….. Sebab yang kamu berikan itu agak….. kejam….. Bukan begitu?"

Membunuh orang…..

Jun Xie sayang, janganlah terlalu berterus-terang.

"Kamu….. Kamu bergurau, bukan?" Fan Jin benar-benar terkejut mendengarkan kata-kata Jun Xie yang menggerunkan. Budak kecil yang dingin ini baru sahaja menyertai ekspedisi pertama yang dianjurkan oleh pihak akademi dan tujuannya sangat…..kejam. Dia tak percaya yang Jun Xie benar-benar datang ke sini untuk membunuh seseorang.

Jun Wu Xie memerhatikan Fan Jin yang tiba-tiba kelihatan pucat, Dia teragak-agak sebelum menggumam, "Mmm."

Fan Jin kemudiannya melepaskan keluhan lega.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C449
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk