Unduh Aplikasi
12.92% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 115: Angin Perubahan (1)

Bab 115: Angin Perubahan (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Hanya perlu bunuh Jun Xian dan kekuatan Istana Lin akan berkurangan sebanyak separuh.

Tidak kira setinggi mana kemahiran Jun Wu Xie, dia masih muda dan Jun Qing pula lumpuh dan tidak berguna. Istana Lin akan hanya dapat bertahan sekejap sahaja.

Sebaik mereka memulakan rancangan ini, mereka tidak boleh berpatah balik.

Maharaja tahu betapa pentingnya hal ini. Walaupun Jun Wu Xie mengesyaki serangan ke atas Istana Lin malam ini ada kaitan dengan mereka, dia tidak ada saksi. Kalau dia berani memberontak, Maharaja mempunyai alasan untuk menangkap mereka semua dan mendakwa mereka sebagai pengkhianat. Ini akan menghentikan seluruh angkatan Tentera Rui Lin.

Maharaja bersikap berwaspada dengan Tentera Rui Lin bukan hanya kerana kekuatan mereka tetapi juga kerana reputasi mereka yang tinggi di kalangan rakyat Kerajaan Qi. Mereka amat memandang tinggi terhadap Tentera Rui Lin dan jika Maharaja berfikir mahu membubarkan angkatan tentera itu, baginda perlu mengambil kira suara rakyat Kerajaan Qi.

Jika baginda terus melaksanakan niat baginda, pasti baginda akan menerima banyak petisyen dan juga dicerca oleh orang ramai. Kekecohan akan berlaku dan Maharaja tidak akan ada cara untuk menyelesaikannya.

Rancangan mereka tidak akan bertahan lama dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku. Sewaktu Maharaja secara senyap-senyap membisikkan titah perintah pada Mo Xuan Fei, satu lagi rejimen Tentera Rui Lin tiba di situ.

Regimen ini diketuai oleh Long Qi yang berada di barisan hadapan sambil mengheret satu guni yang besar. Sambil dia berjalan menghampiri Jun Wu Xie, orang ramai di situ dapat melihat ada sesuatu di dalam guni itu yang sentiasa bergerak-gerak dan menjerit seperti binatang.

Hmmm. Entah kenapa suara jeritan ini kedengaran seperti suara orang yang Maharaja kenali.

"Saya mahu melaporkan pada Cik Muda yang kami sudah membawa orang itu ke sini." Long Qi melemparkan guni itu ke tepi sambil dia melaporkan tugasnya sudah selesai.

Binatang besar berwarna hitam yang ditunggang oleh Jun Wu Xie, berjalan menuju guni itu. Binatang itu menggunakan kukunya yang tajam untuk mencengkam guni itu dari sisi dan mengoyakkannya. Satu susuk tubuh yang bulat dan gempal, bergolek keluar.

Orang itu bergolek ke lantai penuh darah dan lumpur itu dan pakaian mewahnya menjadi kotor. Dia terlentang di atas tanah yang sejuk itu buat seketika dan cuba memahami situasinya kini. Sebelum dia sempat cuba melarikan diri, dia telah ditolak ke tanah oleh kaki binatang hitam itu. Mukanya yang gemuk dipijak-pijak ke dalam lumpur sambil jeritannya berterusan dan kedengaran sehingga ke langit.

Semua orang yang berada di tembok istana itu tahu siapa yang bergolek keluar dari guni itu!

"Jun Wu Xie! Apa yang kamu buat? Mengapa kamu tangkap Wu Wang?" Wajah Maharaja kelihatan sangat marah. Susuk tubuh gempal yang sedang dipijak-pijak itu ialah adinda baginda, Wu Wang!

Sebaik terlihat ekspresi hodoh di wajah Maharaja, Jun Wu Xie tersenyum kecil.

Di bawah cahaya bulan, senyuman itu memancarkan kedinginan yang membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya merasakan seperti mereka berada di dataran bersalji dan gigi mereka bergetar akibat kesejukan.

Jun Wu Xie jarang tersenyum, baik di dunia ini mahupun di dunia sebelumnya. Boleh dikatakan yang senyumannya ini ialah harta yang berharga!

Namun, setiap kali dia tersenyum, sesuatu yang menakutkan akan berlaku.

Senyumannya juga dikatakan menawan dan boleh membawa maut.

Sewaktu orang ramai masih lagi terpegun dengan seyuman mengasyikkan itu, Jun Wu Xie menjawab dengan bersahaja, "Wu Wang berkomplot dengan penyerang dan mempunyai niat jahat terhadap Putera Kedua. Hukuman Mati dilaksanakan serta merta!"

Suara yang dingin itu membuatkan Maharaja tersedar daripada keadaan baginda yang tadinya tergamam. Mata baginda terbeliak merenung Jun Wu Xie dan baginda melaung, "Jun Wu Xie! Kamu jangan berani…"

"Aaah!" Jeritan nyaring menghentikan kata-kata Maharaja. Wu Wang yang masih ditekan ke dalam lumpur oleh kaki binatang itu telah diserang.

Satu kepala yang kotor dan gemuk kini bergolek-golek di bawah binatang hitam itu. Matanya yang penuh ketakutan merenung ke arah dinding Istana.

Datuk, Wu Xie akan bantu Datuk menghapuskan mereka yang berani membuli Datuk!


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C115
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk