Unduh Aplikasi
8.2% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 73: Nektar Jed (2)

Bab 73: Nektar Jed (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia tidak makan apa-apa, hanya minum secawan wain sebelum dia...

"Ada orang meracuni Nektar Jed?" Wajah Mo Qian Yuan menjadi herot dan semakin pucat. Dia tidak ada selera makan yang besar mahupun berminat dengan makanan mewah. Dia cuma ada tabiat minum wain terbaik yang dipanggil Nektar Jed ini. Dia akan minum beberapa cawan setiap hari.

Walaupun dia hanya minum wain ini dalam jumlah yang sedikit, tapi kalau dikumpulkan dalam tempoh yang lama...

"Tunggu." Ekspresi wajah Jun Wu Xie tiba-tiba berubah.

'Nektar Jed?' Kenapa dia merasakan seperti pernah mendengar nama ini?

Mo Qian Yuan tidak tahu apa yang difikirkan oleh Jun Wu Xie sewaktu dia menjelaskan dengan ringkas. "Ini wain berharga milik Maharaja Pertama. Baginda membuat wain ini sendiri dan resipinya amat rumit. Selepas kemangkatan Maharaja Pertama, tidak ada sesiapa yang boleh membuat wain ini kecuali Bonda. Selepas Bonda mangkat, tidak ada orang lagi dalam kerajaan ini yang boleh membuatnya. Jadi Nektar Jed yang ada ini ialah yang telah dibuat sendiri oleh Bonda Beta." Wain ini dikurniakan kepadanya selepas kemangkatan bondanya jadi setiap hari dia akan minum wain ini sedikit sebagai tanda ingatan terhadap bondanya.

Siapa dalam dunia ini yang begitu kejam? Sanggup meracuni satu-satunya peninggalan berharga miliknya! Mo Qian Yuan menggenggam penumbuknya dengan kuat sehingga tangannya menjadi putih dan urat-urat mula timbul. Matanya menunjukkan kilauan membunuh.

Tanda ingatan dari bondanya, satu-satunya peninggalan bondanya. Mereka telah meracuni peninggalan ini dengan sesuatu yang sangat dahsyat!

Dia langsung tidak mengesyaki yang racun itu ada dalam peninggalan berharga ini!

"Ada berapa lagi Nektar Jed yang kamu ada?" Mata Jun Wu Xie sedikit bersinar sambil dia bertanya dengan tenang.

"Ada beberapa tong lagi." Mo Qian Yuan mengetap giginya.

"Bawa saya ke sana, biar saya tengok." Jun Wu Xie cepat-cepat berdiri. Kucing hitam kecil yang sedang bergolek-golek itu terus berhenti dan mengekori tuannya.

Mo Qian Yuan tidak terlalu memikirkan kenapa gadis itu mahu pergi ke tempat simpanan wain. Dalam perjalanan dia sempat menyalahkan makanan yang dihidangkan, mengatakan bahan-bahan yang digunakan tidak segar dan Cik Muda Keluarga Yun berasa tidak selesa selepas makan.

Perlakuannya menyalahkan Jun Wu Xie sangat tidak masuk akal sehingga gadis itu menjeling tajam dengan matanya yang dingin.

Mo Qian Yuan dapat merasakan renungan dingin di belakangnya dan tidak berani berpaling. Dia cepat-cepat membawa Jun Wu Xie ke tempat simpanan wain.

Di dalam tempat itu ada lima tong besar. Empat daripada tong itu ditutup ketat sementara satu lagi ialah tong untuk wain yang dihidangkan kepada Mo Qian Yuan setiap hari.

"Di seluruh Kerajaan Qi, hanya ada lima tong Nektar Jed saja lagi," katanya Mo Qian Yuan dengan perasaan bangga. Melihatkan tong-tong berisi wain ini, dia terkenang sewaktu dia masih kecil dan memerhatikan bondanya membuat wain ini dengan penuh teliti.

Hari ini bondanya sudah tiada dan dia cuma ada wain ini sahaja.

Jun Wu Xie mencelup jari kelingkingnya ke dalam tong yang digunakan untuk minuman harian Mo Qian Yuan. Dia menghidu jarinya dan terbau haruman wain itu tanpa ada kesan racun bunga gandum malam.

"Wain ini selamat untuk diminum. Racun itu cuma dimasukkan sebelum kamu minum sebab racun ini tidak berkesan jika dibiarkan terdedah terlalu lama." Sejak dari tadi mata Jun Wu Xie tidak lepas daripada memandang lima tong yang berisi Nektar Jed itu.

"Benarkah?" Wajah Mo Qian Yuan ceria, dia masih boleh menyimpan wain yang dibuat sendiri oleh bondanya?

Jun Wun Xie mengangguk, sedikit kesunyian dapat dilihat pada matanya.

Dia dapat merasakan keterujaan Teratai Kecil dan dia tahu inilah Nektar Jed yang dia cari-cari selama ini.

Akhirnya dia sudah menemui Nektar Jed!

"Saya mahu wain ini sedikit." Dia berterus-terang dengan Mo Qian Yuan.

Mo Qian Yuan terkejut seketika sebelum membalas, "Kamu masih bawah umur! Kamu tak boleh minum wain!"

Jun Wu Xie membalas dengan tenang, "Saya mahu buat ubat."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C73
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk