Unduh Aplikasi
4.28% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 45: Gadis Terperangkap di Bawah Posisi ‘Kabedon’ Sekali Lagi

Bab 45: Gadis Terperangkap di Bawah Posisi ‘Kabedon’ Sekali Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

Lima minit selepas meninggalkan kediaman Mahaguru Ubat, Song Shuhang telah tiba di lorong-lorong kecil Kawasan Jalan Bertuah.

Selepas itu, dia mengelip mata beberapa kali, dan menyaksikan satu senario pelik yang macam pernah dilihat di depan matanya.

Lebih kurang 12 meter di depannya, terdapat sebelas budak jahat sedang berkumpul. Mereka mempunyai rambut berwarna-warni, telinga, hidung dan bibir yang bertindik, serta pelbagai tatu pelik pada tangan mereka.

Sebagai contoh, orang yang tinggi dan menyandarkan tangannya pada dinding dengan senyuman jahat, terdapat satu tatu itik kuning yang comel pada tangannya.

Gadis yang berambut pendek ditolak pada dinding oleh penjahat itik kuning. Tinggi lebih kurang satu meter lima puluh, rambut pendek, dan mempunyai wajah cantik walaupun tanpa solekan. Disebabkan badan kecilnya, dia kelihatan seperti pelajar sekolah menengah.

Comel dan cantik.

Pada masa ini, gadis berambut pendek itu bersandar pada dinding tanpa apa-apa ekspresi, matanya dipenuhi fros.

"Gadis cantik, awak berseorangan kat sini tak berasa sepi ke?"

"Nak bermain dengan dengan kami tak?"

"Semua percuma, semua benda seronok."

"Awak akan berasa selesa tau."

"Kami akan bermain dengan awak."

"Terdapat kedai yang bagus kat tepi, tak jauh, dan saya berjanji awak pasti nak bermain banyak kali lagi."

Pelbagai jenis usikan dan ejekan.

Senario ini bukan sahaja macam pernah tengok, malah perkataan yang diguna pun macam pernah didengar! Kebelakangan ini, adakah budak jahat semua berpakat untuk menggunakan ejekan yang sama pada gadis yang berkeluarga bagus? Sama seperti lagenda zaman kuno —apabila mencuri daripada seseorang, seseorang perlu berkata, 'gunung ini saya yang ratakan; pokok ini saya yang tanam. Sesiapa yang ingin menyeberanginya, sila tinggalkan kekayaan anda di sini'?

Song Shuhang mengeluh dan mengurut pelipisnya.

Sebagai pemuda yang mematuhi lima hemah, memandang senario seperti ini, dia tidak boleh membiarkan sahaja. Walaupun… gadis berambut pendek yang comel itu bukan sahaja tidak akan berterima kasih kepadanya, malah mungkin memanggilnya penyibuk.

Namun, dia masih memutuskan untuk menyelamatkan gadis ini sekali lagi; ia hanya merupakan usaha yang sedikit bagi pihaknya. Inilah sebab Song Shuhang sepatutnya sudah lama lemas di dalam kad kawan baik lama dahulu.

Shuhang mengepal penumbuknya, dan berjalan ke depan dengan langkah yang besar.

Pada masa ini, gadis berambut pendek itu perasan kehadirannya.

Apabila gadis dengan ekspresi tidak peduli itu nampak Shuhang, dia tidak dapat mengekalkan ekspresinya yang dingin seperti aisberg lagi. 'Kebelakangan ini, memang ada orang yang suka menyibuk dalam urusan orang lain.'  

"Menyampah," gadis berambut pendek bergumam.

"Yo? Gadis cantik, awak cakap apa? Awak setuju dengan kami ke?" Budak jahat itik kuning kecil tersenyum dengan jahat dan mengekalkan posisi tangannya pada dinding, menghulurkan tangannya ke arah muka gadis berambut pendek.

Gadis berambut pendek itu menyeringai, dan menghulurkan tangannya dengan cepat seperti kilat, memegang kepala budak jahat itik kuning dan menariknya ke arahnya.

'Aksi ini, dia nak cium saya ke? Betul-betul gadis yang berapi dan ghairah!' Budak jahat itik kuning berasa gembira, dan memuncungkan mulutnya dan mengumpulkan air liur dalam mulutnya, bersedia untuk merasa bibir sejuk gadis cantik.

Selepas itu… tidak ada selepas itu.

Bunyi yang rendah "thump".

Budak jahat itik kuning berasa kesakitan yang melampau di dahinya, seperti penukul telah memukulnya. Penglihatannya menjadi gelap, dan dia kehilangan kesedaran. Di samping itu, dia boleh berasa suatu cecair mengalir daripada hidungnya. Adakah ia disebabkan oleh pukulan ke kepala?

Gadis berambut pendek itu—dengan sangat dingin—memukul budak jahat itik kuning sampai tidak sedar diri dan membalingnya ke tepi seperti sampah.

Apabila dia tidak bergerak, dia seperti gunung ais; apabila dia bergerak, dia seperti ribut api yang tidak boleh dibandingkan. Menyondol kepala merupakan aksi serangan yang kurang digunakan apabila lelaki berlawan, kecuali seseorang itu mempunyai keyakinan dalam kekerasan kepala mereka. Kalau tidak, menyondol kepala biasanya akan mengakibatkan kesengsaraan kedua-dua pihak.

Gadis itu memandang Song Shuhang dengan provokatif, menaikkan hujung bibirnya.

"Kuning, celaka, Kuning jatuh! Jangan mati, Kuning!"

"Haramjadah! Jaga kau!"

"Kami akan membuatkan awak faham apa tu kebahagiaan syurga!" Sepuluh budak jahat itu menjerit berterusan, dengan wajah berniat jahat, dan mengepung gadis berambut pendek itu.

Gadis berambut pendek itu menyeringai, mengepalkan penumbuknya di depan, dan mengambil langkah yang pendek dengan kaki langsingnya, membentuk posisi kuda.

Ia seperti aliran awan dan air, elegan dan tangkas.

Amatur menonton untuk keseronokan, pakar pula mencari teknik. Ia terbukti hanya daripada posisi kuda yang gadis berambut pendek itu mempunyai kemahiran asas yang tertentu, dan mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri.

Malangnya, Song Shuhang dan majoriti budak jahat itu merupakan amatur yang betul. Mereka semua berasa pergerakan gadis itu sangat hebat.

"He!" penumbuk gadis berambut pendek itu secepat kilat. Badannya membengkok ke depan sedikit dan penumbuk lembutnya dihayunkan ke atas seperti bunga api ke dagu budak jahat di depan.

Penumbuk yang comel, biasanya, hanya akan menyakitkan sebentar walaupun ia diayun dengan penuh bertenaga ke arah dagu seseorang. Tetapi, budak jahat yang terkena itu berterbangan ke udara, dan kembali ke lantai dengan hentakan yang kuat.

Mata semua budak jahat terbeliak, menjadi kaku dengan serentak, dan mulut ternganga. Tidak mungkin, macam mana gadis yang begitu comel boleh menghayun tumbukan yang begitu menakutkan? 

Mereka semua kaku, tetapi gadis berambut pendek itu tidak. Kaki kirinya menjadi pangsi, dan dengan kaki kanannya, tendangan seperti penyebat menjatuhkan budak jahat di sebelah kanan ke tanah. Dia memijak badannya dengan kaki yang lain.

Dengan kuasa pijakan ini, pinggangnya memusing, dan kakinya mencengkam leher budak jahat yang lain seperti penyepit. Badannya memusing seperti ular yang fleksibel, mencampak budak jahat itu…

Bagaimanakah dia gadis yang lembut dan kasihan? Dia hampir merupakan mesin pembunuh dengan setiap bahagian badannya sebagai senjata yang boleh melepaskan serangan yang meletup.

Yang tidak bersifat seperti manusianya, mesin pembunuh ini berada dalam mod dewa!

Lebih kurang sepuluh saat kemudian, sebelas budak jahat terlantar di lantai dengan penuh kesakitan seperti mayat.

Gadis berambut pendek menepuk seluar ketatnya untuk mengeluarkan habuk yang tidak wujud, dan selepas itu memandang Song Shuhang, meninggikan kepalanya pada sudut empat puluh lima darjah, dan mendengus.

Selepas itu, gadis berambut pendek berpusing dan berjalan pergi seperti ayam jantan yang angkuh.

Song Shuhang memicit dagunya, dan mengangguk sambil berfikir, "Rupanya saya betul-betul menjadi penyibuk? Patutlah dia begitu marah masa tu."

Dia berbisik, "Bagaimanapun, dah dua hari berturut-turut saya nampak dia ditolak pada dinding oleh budak jahat, adakah dia mempunyai bakat istimewa atau resam tubuh yang mengalukan kejadian sebegini?

Dari jarak jauh, gadis berambut pendek yang beredar dengan angkuh menjadi kaku sebentar. Hujung bibirnya bergetar, dan dia bergegas.

Apabila gadis itu sudah jauh pergi, Song Shuhang mencangkung di tepi budak jahat tersebut, dan mencucuk badan budak jahat itik kuning dengan jarinya.

Budak jahat itik kuning mengerang dengan kesakitan. 'Bagus, dia masih hidup.'

"Asalkan dia tidak mati." Song Shuhang mengangguk dengan lega, dan beredar dengan senang hati…

Dia akhirnya bukan orang yang terlampau baik seperti pengesat kaki. Asalkan budak jahat tidak mati, dia malas hendak memanggil ambulans untuk mereka.

Biar mereka berbaring di tanah eketika untuk mengenang kembali dan mengingat dengan badan mereka—jangan mendekati dan mengusik mana-mana gadis cantik yang mereka nampak!

Mungkin gadis itu akan memasuki mod dewa dalam masa beberapa saat, betul?

Lagipun, Song Shuhang tidak ada masa untuk melayan budak jahat ini. Dia masih perlu balik ke asrama, dan menunggu 'teknik pedang terbang penghantar dokumen' kepunyaan Mahaguru Utama Prinsip Pemikir.

Teknik pedang terbang penghantar dokumen ya. Kemahiran tahap dewa yang hanya muncul dalam mimpi. Sekarang, ia betul-betul akan muncul di depan matanya… bagaimanakah rupanya? 

Lagipun, bagaimanakah rupa ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ dan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯? Buku ikatan tali yang tidak dihias? Skrol buluh yang lebih kuno? Mungkin set kanvas sutera atau skrol kulit haiwan?

Kesemua kebarangkalian ini seperti sangat baik.

Masalahnya rakan sebiliknya mungkin sudah balik ke asrama. Menggunakan teknik pedang terbang penghantar dokumen mungkin tidak begitu bagus bukan? Nanti susah untuk menjelaskannya jika mereka ternampak, kan?


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C45
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk