Unduh Aplikasi
2.19% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 23: Helah dari Roh Kupu-kupu Mulia

Bab 23: Helah dari Roh Kupu-kupu Mulia

Editor: EndlessFantasy Translation

Kekuatan pihak lain jauh melampaui imaginasi Mahaguru Altar dan dia sama sekali tidak dapat menandingi kekuatan mereka.

Serangan dengan gaya biasa gadis itu mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk membunuh.

Perisai emas semula jadi yang kuat dari roh hantu kelihatan rapuh seperti kertas di hadapan telapak tangan kecilnya.

Tambahan pula, gadis itu turut mengeluarkan dua azimat emas ketika cuba menangkap dua roh hantu itu.

Dia pasti setengah mati jika terkena salah satu azimat bertahap tinggi itu.

'Dia telah mencapai sekurang-kurangnya kemuncak Alam Mahaguru Agung Tahap Dua dan mungkin juga Alam Perolehan Tahap Tiga yang legenda. Dan dia masih muda... '

Mahaguru Altar merasakan dia hanya mensia-siakan hidupnya.

Dia tidak setanding gadis itu, sama ada dari segi kekuatan atau senjatanya.

Sekiranya dia melancarkan serangan kejutan, mungkin dia kelihatan lebih bodoh daripada dua roh hantu itu.

Tetapi sekurang-kurangnya dua roh hantu itu masih berguna. Sekiranya dia tewas, dia tidak mempunyai apa-apa makna buat Bulu Lembut.

Kuburlah tempat paling sesuai untuk musuh yang tidak ada gunanya.

Bagi lelaki yang kelihatan biasa dari segi luaran itu, Mahaguru Altar tidak dapat melihat sedikit qi dan darah atau qi tulen dari lelaki itu.

Bagaimana pun, orang biasa seperti lelaki itu dengan mudah mencari pusat pendinding yang ada daripada tempat yang dia pilih untuk duduk.

Tetapi dia juga berjaya menemui pusat pendinding tepat pada masanya untuk menundukkan dua roh hantu itu.

Sesungguhnya dia mempunyai penglihatan dan tahap keyakinan yang tinggi. Ditambah pula dengan identiti lelaki itu yang merupakan seorang pertapa lama. Mahaguru Altar berasa gementar setiap kali dia teringat peristiwa itu.

Dia seorang lelaki yang berhati-hati atau boleh dikatakan sebagai penakut.

Sekiranya dia tidak berhati-hati, dia pasti tidak dapat memperoleh 'Teknik Kawalan Hantu' dan menghasilkan roh jahat dan hantu di sekelilingnya, tetapi masih dapat hidup selama lebih daripada 170 tahun.

Dia tidak boleh memaksa dirinya untuk menerima semua ini.

Enam puluh tahun...! Dia menghabiskan hidup selama enam puluh tahun di Tokong Lampu Berhantu dengan roh hantu!

Perancangan selama enam puluh tahun, penantian selama enam puluh tahun... semuanya sia-sia.

Dia tidak dapat menerima hakikat itu.

Dada Mahaguru Altar Master terasa sesak. Dia memandang ke langit malam yang disinari cahaya bintang sambil menjerit dengan sedih, "Kau telah mengambil roh hantu kau sendiri, tetapi mengapa tidak meninggalkan roh hantu aku?"

Salah satu daripada dua roh hantu dalam Tokong Lampu Berhantu itu diikat oleh Yang Dihormati Roh Kupu-kupu.

Tetapi roh satu lagi itu milik lelaki ini... Mahaguru Altar!

Jadi, kenapa dia tidak mengambil dua roh hantu sekiranya mereka sudah matang dan menunggu sehingga Bulu Lembut datang ke situ?

Bukan dia tidak mahu mengambilnya. Dia cuba membawanya keluar dari makam Huang Dagen setiap masa selama bertahun-tahun selepas roh hantu telah matang!

Tetapi, tidak berjaya!

Terdapat tujuh pendinding kuat yang tersembunyi di sekitar Tokong Lampu Berhantu yang asal dan kini menjadi makam Huang Dagen. Ini semua gila!

Selain daripada pendinding yang boleh dilihat dan 'Pendinding Tumbuhan Naga Berbisa' yang diaktifkan oleh Song Shuhang, terdapat lima lagi pendinding yang dahsyat tersembunyi di sekitar makam Huang Dagen.

Dia tidak dapat menembusi semua pendinding itu walaupun dalam seribu tahun.

Setelah pendinding ini diaktifkan, mustahil untuk dibuka sehinggalah keturunan darah Yang Dihormati Roh Kupu-kupu datang ke sini. Pada masa itu, ia akan terbuka secara automatik.

Selagi rentetan pendinding ini tidak dipecahkan, tidak ada yang dapat menangkap roh hantu yang terperangkap di dalamnya!

Semangat hantu dalam pendinding boleh masuk, tetapi tidak boleh keluar!

Ya, ini bahagian yang paling dibenci oleh Mahaguru Altar. Roh-roh hantu itu boleh dimasukkan, tetapi tidak boleh diambil keluar.

Pada tahun itu, dia tidak menemui apa-apa pendinding yang tersembunyi dan dia menganggap dia telah berjaya memusnahkan pendinding dengan merobohkan Tokong Lampu Berhantu dengan bantuan Huang Dagen.

Sebab itulah dia tidak lagi risaukan keadaan tokong itu dan hanya menunggu roh hantu untuk matang.

Dia berfikir mungkin kawasan Jalan Luo Xin ialah tempat yang akan memberi pulangan yang baik buat dirinya.

Selepas tinggal di sini selama beberapa tahun, dia masih bernasib baik kerana berjaya menemui roh hantu yang lain.

Kemudian dia menyimpan roh hantu di makam Huang Dagen untuk dibiarkan menjadi matang tanpa rasa khuatir.

Walau bagaimanapun, saat roh hantu sudah matang dan dia bersedia untuk mengeluarkannya, dia mendapati terdapat enam pendinding yang tersembunyi di sana.

Ini pasti perangkap.

Sebenarnya, jika dia mula menyiasat tentang asal-usul kawasan makam itu, dia pasti akan sedar tokong ini merupakan tempat Yang Dihormati Roh Kupu-kupu menyimpan roh hantu untuk diberikan kepada anak perempuannya. Bagaimana dia boleh tidak sedar tentang perkara itu dan menyimpan roh hantu yang ditemuinya tanpa berfikir panjang?

Mungkin Roh Kupu-kupu tidak mempedulikan tentang roh hantu itu pada mulanya...

... tetapi saat dia membeli tanah di makam itu, mungkin dia menganggap roh hantu yang ada di situ sebagai miliknya sendiri. Sebab itulah dia meletakkan pelbagai jenis pendinding di kawasan itu!

Tetapi Mahaguru Altar terlupa untuk mengambil kira kemungkinan tersebut kerana sifat tamak haloba dalam dirinya.

'Tidak, aku tidak boleh biarkan semua itu terjadi. Sekurang-kurangnya... aku perlu dapatkan semula roh hantu yang aku telah tangkap dahulu. Aku telah korbankan banyak perkara untuk roh hantu itu,' rungut Mahaguru Altar.

Dia berpeluang untuk pergi ke Mahaguru Agung Tahap Dua dan mencapai Alam Perolehan Tahap Tiga dengan roh hantu yang sepatutnya dia tangkap itu. Sekiranya berjaya, dia dapat memanjangkan jangka hayatnya sehingga seratus tahun lagi!

Walaupun dia terpaksa berkorban dan menyerahkan semua yang dia miliki, apa sahaja yang diperlukan, dia tidak akan teragak-agak untuk melakukannya.

Dia menoleh buat kali terakhir ke arah makam Huang Dagen yang dilindungi oleh pendinding. Mahaguru Altar Master berlalu pergi dengan wajah hiba.

❄️❄️❄️

Selepas Mahaguru Altar meninggalkan kawasan itu, seorang lelaki yang tinggi dan kacak muncul di dalam hutan.

Dengan gaya yang kelihatan malas, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu nombor.

"Mahaguru, adik perempuan telah berjaya menemui Tokong Lampu Berhantu dan mengunci roh hantu bersamanya. Sekarang, dia telah kembali ke bandar untuk berehat. Saya rasa dia akan kembali ke Pulau Roh Kupu-kupu pada hari esok atau lusa. "

Walaupun lelaki itu melaporkan dengan serius, suaranya menyembunyikan perasaan malas.

"Bagus. Si gadis ini benar-benar seorang yang menyusahkan. Ada masalah yang berlaku dalam perjalanan?"

Suara Yang Dihormati Roh Kupu-kupu boleh didengari dari telefon itu..

"Tiada perkara pelik berlaku." Lelaki itu menjawab.

"Bagus. Jangan lupa untuk terus perhatikan dia. Beritahu saya apabila dia sudah tiba di Pulau Roh Kupu-kupu." Kemudian, suara di dalam telefon itu menambah, "Bersihkan semua pendinding yang ada supaya tidak ada orang lain yang akan tercedera nanti. Maaf kerana menyusahkan kamu, Jianyi."

"Baiklah Mahaguru, saya akan selesaikan semua tugas itu!"

Lelaki itu tertawa dan menutup talian telefonnya. Dia kemudian mengangkat bahunya.

Sebenarnya terdapat beberapa kemalangan kecil yang tidak dijangka telah berlaku seperti kemunculan Mahaguru Altar dan seorang lelaki yang bernama Song Shuhang.

Selepas dia melihat Mahaguru Altar yang semakin lemah itu, Liu Jianyi menguap. 'Nah, kemunculan lelaki itu masih boleh diterima. Dia tidak bergerak dan aku tidak perlu berbuat apa-apa.

'Nasib baik Mahaguru Altar tidak sempat membuka langkahnya.

'Sekiranya dia berani mengapa-apakan Bulu Lembut, aku sendiri yang akan menghantar dia ke makam Huang Dagen untuk menemani Huang Dagen di neraka.

'Tetapi untuk lelaki yang dipanggil Song Shuhang itu pula...

'Masalah besar!

'Sekiranya Mahaguru mengetahui yang Bulu Lembut memecah masuk ke dalam bilik lelaki ini pada waktu tengah malam dan duduk di atas dada lelaki itu pada posisi yang mengundang keghairahan, dia pasti akan marah.

'Adakah dia akan menghantar aku untuk memantau si Shuhang itu pula selepas ini?

'Jadi aku tidak akan beritahu Mahaguru tentang Song Shuhang... tidak sama sekali.

'Lagipun, aku sudah tidak berdaya untuk mengikut lelaki itu,' Liu Jianyi berfikir dengan malas.

Lagipun, Bulu Lembut tidak mengalami apa-apa kecederaan. Bahkan dia mendapat banyak bantuan daripada Song Shuhang.

Yang paling penting, Liu Jianyi seorang lelaki yang menggalakkan penjimatan tenaga manusia. Dia bersusah payah menguasai 'Teknik Pernafasan Penyu' kerana dia terlalu malas untuk bernafas dan akhirnya dia berjaya sampai ke tahap di mana dia hanya perlu bernafas dua atau tiga kali sebulan.

Moto beliau: jangan gunakan dua jari untuk menyelesaikan masalah yang dapat diselesaikan dengan hanya satu jari.

Dan dia tidak akan cuba mencari masalah!

❄️❄️❄️

Bulu Lembut tidak akan tahu ayahnya diam-diam menyokongnya sejak dia menemui buku hariannya dan pergi ke Tokong Lampu Berhantu itu.

Di sepanjang perjalanan, Yang Dihormati Roh Kupu-kupu juga menghantar anak didiknya untuk melindungi anak perempuannya. Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang bapa!

Sekiranya Pedang Berang Melulu Tiga tidak cuba mencari masalah dengan dia, dia tetap akan mencari alasan lain untuk meninggalkan Pulau Roh Kupu-kupu buat sementara waktu.

Tetapi Pedang Berang Melulu Tiga berjaya membuat dia marah dan akhirnya dia dapat membuat alasan.

❄️❄️❄️

Keesokan harinya.

3 Jun, Isnin. Cuaca yang cerah.

Song Shuhang hanya bangkit dari katilnya setelah jam menunjukkan pukul lapan pagi.

Kali ini, Bulu Lembut tidak naik ke atas dadanya untuk mengejutnya.

Dia berasa lega tetapi pada masa yang sama masih berasa bingung.

Manusia ialah makhluk yang senang berubah-ubah!

Setelah bangkit dari katil, dia menelefon Bulu Lembut. "Awak sudah bangun?"

"Ya, saya baru selesai membuat pertapaan pagi. Boleh pulang sekarang?"

Bulu Lembut menjawab dengan suara halus.

"Mari kita sarapan sebelum balik."

Song Shuhang menjawab. Lagipun, hotel itu menyediakan sarapan bufet percuma.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C23
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk