Unduh Aplikasi
1.61% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 17: Tokong Lampu Berhantu dan Ujian

Bab 17: Tokong Lampu Berhantu dan Ujian

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah, saya akan hantar kakak saya balik dan bergembira sepanjang perjalanan. Guru kami cuti esok, oleh itu esok kami ada masa lapang."

Shuhang menekankan perkataan, "kakak".

Dia perlu menjelaskan hubungan di antara Bulu Lembut dengan dirinya.

Kalau tidak, satu fakulti ingat dia ada teman wanita yang lebih menggiurkan daripada peragawati, dan tentu sekali akan dihebahkan oleh mulut-mulut murai ini.

Akhirnya, reputasinya akan tercemar, dan tentu sukar untuk mendapatkan teman wanita di kolej untuk mengakhiri "terunanya".

Lagipun, dia mahu membalas dendam terhadap Bulu Lembut kerana asyik memanggilnya "Senior".

Dia hanya budak lelaki 18 tahun tetapi dipanggil "Senior" oleh seorang perempuan, tolonglah!

"Oh, dia kakak awak ya."

Mata pelajar lelaki yang lain di asrama bersinar-sinar dan mereka semua ada buah fikiran yang sama— 'Shuhang, jom kita berkawan?'

Lagi baik kalau boleh menjadi abang iparnya!

"Kami nak bertolak sekarang, jumpa lagi!"

Shuhang ketawa, dengan tidak memberi mereka apa-apa peluang untuk memikat hati Bulu Lembut, dia melambaikan tangan dan beredar.

Bulu Lembut melambaikan tangan dengan senyuman, dan cepat beredar bersama Song Shuhang.

"Saya tak pernah tahu Song Shuhang ada kakak yang begitu cantik. Mulai esok, saya membuat keputusan untuk menjadi saudaranya dan menjaga dia."

Seseorang ketawa.

"Saya rasa awak sebenarnya nak jadi abang ipar Shuhang betul tak?"

Seorang lagi ketawa.

"Awak patut berhati-hati tentang kakak awak. Saya ingat kakak awak cantik juga."

"Tsk, kalau dia sanggup memperkenalkan kakaknya kepada saya, saya akan menjual kakak saya dengan serta-merta. Malah dia juga boleh beli satu dan mendapatkan satu percuma!"

Mereka balik ke bilik asrama, sambil berbual dan ketawa.

Walaupun dia sangat cantik, tetapi orang kini telah banyak dihidangkan perempuan cantik di internet—adakah lagi yang begitu betul bendul sehingga boleh jatuh cinta pada pandangan pertama?

❄️❄️❄️

Mereka mendaftar masuk pada pukul tiga setengah dan kereta api berlepas pada pukul empat.

Bulu Lembut duduk di tepi tingkap, dan Song Shuhang duduk di sebelahnya.

Sebenarnya, Shuhang tiba-tiba teringat novel-novel yang dia telah baca akhir-akhir ini ketika bersama Bulu Lembut di dalam tren

Dalam novel-novel ini, setiap kali wira dan wirawati yang cantik keluar, tidak kira mereka menaiki kereta mewah, kereta api, bas, ataupun basikal, pasti akan ada orang jahat yang tertarik dengan kecantikan wirawati, dan ingin mencari pasal dengan mereka.

Selepas itu, wira yang berkemahiran tinggi akan menjadi tumpuan ramai, dan membelasah orang jahat itu.

Dan orang jahat itu akan menyimpan dendam kerana dibelasah teruk sampai berdarah.

Orang jahat tidak berani menyerang wira di khalayak ramai, tetapi tetap akan bermain kotor secara rahsia.

Selepas tu, akan ada banyak jenis percintaan dan kebencian.

Shuhang tidak rasa dia boleh menjadi wira, tetapi kecantikan gadis di sisinya boleh dibandingkan dengan wirawati di dalam novel.

Oleh itu, Song Shuhang tertanya-tanya mungkinkah seorang yang berkuasa akan datang, cuba untuk memikat hati gadis cantik, dan mencari pasal dengannya?

Apabila tiba masa itu…

Dia patut membelasahnya sampai mati supaya tidak akan ada masalah lagi nanti?

Atau hanya membelasahnya sampai separuh mati?

Malangnya, ia hanya fiksyen.

Realitinya mungkin ada orang yang angkuh dan tidak berotak seperti orang jahat di dalam novel, tetapi hanya segelintir sahaja.

Mereka memang jarang ditemui seperti panda.

Dalam perjalanan dua jam itu, tiada seorang pun yang cari pasal dengan Shuhang atau cuba memikat Bulu Lembut.

Ini membuatkan Shuhang sedikit kecewa…

Setengah jam selepas tren bergerak Bulu Lembut berasa mengantuk dan dia pun tertidur, bersandar pada tempat duduknya.

Lama-kelamaan, kepalanya tersandar pada bahu Shuhang.

Song Shuhang terpaksa mengendurkan bahunya sebanyak yang mungkin supaya gadis itu boleh tidur dengan lebih selesa.

Masa berlalu dengan pantas.

"Ding ding ding~~ Selamat petang, para penumpang, kita sudah sampai di Stesen Heixiang. Sila bawa semua bagasi dan barangan berharga anda, dan turun di sebelah kanan kereta api ini. Sila beri perhatian kepada ruang di antara kereta api dengan platform semasa menuruni kereta api."

"Kita sudah tiba."

Song Shuhang menepuk Bulu Lembut dengan lembut.

Bulu Lembut terbangun dengan lembap, menggosok matanya dengan air liur meleleh di tepi mulut. "Sudah pagi ke?"

Dia tertarik dengan kecomelannya. Walaupun perempuan ini kelihatan seperti kakak, dia masih tertarik dengan kecomelannya.

"Kita sudah sampai. Jom turun."

Song Shuhang memegang tangannya, menarik bagasi berat itu dan menurun kereta api dengan cepat.

❄️❄️❄️

Bulu Lembut tidak bangun sepenuhnya sehingga kereta api meninggalkan mereka.

"Senior, sekarang pukul berapa?"

"Pukul 6:07 petang. Kita sudah sampai Stesen Heixiang di Bandar J. Mari kita naik teksi terus ke kawasan Jalan Luo Xin selepas keluar dari stesen, dan lepas tu baru kita cari tempat tinggal," Song Shuhang menjawab.

"Ok, suka hati awak, Senior."

Bulu Lembut mengangguk.

Inilah apa yang dia betul-betul mahu!

Seseorang yang akan mengaturkan segala-galanya sepanjang perjalanan dan dia hanya perlu mengikutnya sebelum sampai ke destinasi.

Dia berasa sangat bahagia sebab dia tidak perlu menggunakan otaknya.

Di Stesen Heixiang terdapat lorong teksi, dan ada banyak teksi sedang menunggu penumpang.

"Adik, nak pergi mana ni?"

Sebuah teksi berhenti di tepi Song Shuhang dan Bulu Lembut.

"Kawasan Jalan Luo Xin." Song Shuhang masuk ke tempat duduk depan dan menjawab.

"Kawasan Jalan Luo Xin Bandar J!"

Bulu Lembut menambah. Kawasan Jalan Luo Xin di Jiangnan hampir meninggalkan bayangan gelap di dalam hatinya.

Pemandu teksi terpegun, dan seterusnya ketawa: "Haha, awak sangat kelakarlah, adik."

Muka Bulu Lembut menjadi merah sekali lagi kerana mengetahui kesilapannya.

❄️❄️❄️

Kawasan Jalan Luo Xin Bandar J sangat dekat dengan Stesen Heixiang. Ia hanya memerlukan sepuluh minit untuk sampai ke sana dengan kereta.

Selepas turun dari teksi, mereka dibawa oleh perisian navigasi dalam telefon bimbit ke sebuah hotel di kawasan Jalan Luo Xin, dan mendaftar masuk.

Oleh kerana mereka bukan pasangan, berkongsi bilik di dalam hotel tidak perlu dipertimbangkan.

Meskipun Song Shuhang mahukannya dan Bulu Lembut tidak membantah, pemilik hotel tidak akan membenarkannya!

Akhir-akhir ini, pihak polis telah melaksanakan kawalan yang tegas.

Kalau ada apa-apa masalah, pihak hotel juga akan dipertanggungjawabkan.

Selepas makan malam, sementara masih awal, mereka berdua bercadang untuk berjalan-jalan di kawasan Jalan Luo Xin untuk mencari Tokong Lampu Berhantu.

Bulu Lembut sibuk menarik bagasi besarnya ke tengah bilik.

Shuhang tidak ada apa-apa untuk dikemas, oleh itu dia mengambil kad bilik dan menunggu di meja depan hotel.

Hari ini tidak ada banyak tetamu, oleh itu pelayan tidak sibuk.

Song Shuhang mengambil peluang ini untuk bertanya, "Hi, sini ada tak tempat yang dipanggil Tokong Lampu Berhantu?"

Pelayan itu berfikir sekejap dan menggeleng kepala, "Minta maaf, Tuan. Kawasan Jalan Luo Xi ada banyak tokong, tetapi saya tak pernah dengar Tokong Lampu Berhantu."

Dia pasti akan mengenali tokong yang bernama pelik ini jika ia betul-betul wujud.

"Ada tak tokong yang mempunyai nama yang hampir sama? Mungkin namanya bukan Tokong Lampu Berhantu, ada tak tokong yang mempunyai nama yang hampir-hampir sama?"

Song Shuhang meneruskan pertanyaan.

Internet pada zaman sekarang sangat maju, jika mereka tidak dapat mencari apa-apa maklumat tentangnya, mungkin mereka menggunakan nama yang salah.

Pelayan itu berfikir lama dan menggelengkan kepala sekali lagi, "Minta maaf ya, Saya tak dapat membantu awak. Mungkin tokong ini wujud pada masa dahulu. Kalau awak betul-betul perlu mencarinya, mungkin awak boleh tanya orang-orang tua di kawasan Jalan Luo Xin."

"Terima kasih."

Shuhang mengangguk.

Semasa mereka bercakap, Bulu Lembut keluar dari bilik.

"Kita akan pergi ke mana sekarang?" Dia bertanya.

"Mari kita pergi melepak di sekitar sini dan tengok ada tak orang tua yang berbual-bual di tepi jalan. Mungkin kita boleh mendapatkan petunjuk daripada mereka."

Mereka berdua berbual sambil berjalan meninggalkan hotel.

❄️❄️❄️

Setelah mereka berdua meninggalkan hotel, seorang wanita di lobi hotel mengeluarkan telefon bimbitnya. "Mahaguru Altar, tadi saya nampak seseorang yang bertanya tentang Tokong Lampu Berhantu di Hotel Luo Xin Ronghua. Seorang lelaki dan perempuan, kedua-dua berumur dalam awal dua puluhan."

"Adakah mereka yang sepatutnya datang telah datang? Bagaimana dengan kekuatan mereka?"

Di sebelah sana, suara dingin kedengaran.

"Perempuan tu kelihatan agak kuat. Lelaki tu kelihatan seperti lelaki biasa, tapi perempuan tu sangat menghormatinya, dan memanggilnya 'Senior' semasa mereka bersendirian," Wanita itu menjawab. 

"Berapa kuat?" Suara itu masih tenang dan sejuk.

"Mahaguru Altar, saya tak begitu pasti tapi saya boleh merasakan dia sangat kuat."

"Owhhhh Terus pantau lokasi mereka, dan jangan biarkan mereka menyedarinya. Saya akan menghantar orang untuk menguji mereka.

Selepas itu, beritahu ahli tempat pengawasan yang lain untuk lebih berjaga-jaga. Mungkin ada ramai orang yang sedang mencari Tokong Lampu Berhantu."

"Ya."

Wanita itu menyimpan telefon bimbitnya dan meninggalkan hotel dengan pantas, mengikuti Song Shuhang dan Bulu Lembut.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C17
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk