"Siyaaaaa!"
Helang Bersayap Empat tersebut mengeluarkan bunyi bernada tinggi yang pelik seperti dia tidak menyangka yang pihak lawan akan mengambil langkah untuk menyerangnya.
Burung itu membuka paruhnya dan tanpa membuang masa, terus menyerang Lorgar tanpa memikirkan untuk mengelak.
Apa yang berlaku seterusnya mengejutkan semua yang menonton.
Lorgar terus bertukar menjadi Serigala Gurun yang ganas dan menghentak muka burung aneh itu dengan kekuatan yang bergemuruh. Kepala helang tersebut bengkok dan paruhnya yang asalnya mampu mengangkat seorang dewasa dengan mudah tiba-tiba patah.
Sudah terlambat bagi makhluk iblis gabungan itu untuk mengembalikan keseimbangannya, jadi dua makhluk itu hanya bergeser antara satu sama lain.
Lorgar sekali lagi meludahkan darah segar, tetapi dia masih merangkul makhluk iblis tersebut dan giginya terbenam ke dalam dagingnya.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!
— Bab baru akan segera rilis — Tulis ulasan