Tiba-tiba suasana hutan bersalji itu menjadi hening. Hanya tiupan angin yang menderu antara celah-celah pokok sahaja yang kedengaran.
Phyllis membisu seribu bahasa. "Saya ingatkan awak akan berdiri bersama Taquila," akhirnya dia bersuara perlahan. "Malah awak masuk pertandingan ini pun sebab awak bawa nama Taquila..."
Tetapi Phyllis cepat-cepat menutup mulutnya. 'Tidak, saya tak patut desak dia seperti ini. Ini hanya permainan biasa saja. Persatuan Pencarian Taquila telah meminggirkan dia kerana kaedahnya yang tidak konvensional, sebaliknya Kota Jagat Mentari menerima dia dengan tangan terbuka, malah telah menyelamatkan nyawanya. Tidak hairanlah kalau dia lebih mempercayai orang-orang Graycastle. Malah mungkin pada Agatha, dia tidak anggap kami pewaris Taquila yang sebenar pun. Kami pun sudah hilang kebolehan sakti kami setelah memasuki tubuh Perajurit Agama Tentera Tuhan.'
Namun ayat Agatha yang seterusnya memarakkan semula api harapan dalam jiwanya.