Unduh Aplikasi
9.09% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 70: Si Pengintip (Bahagian I)

Bab 70: Si Pengintip (Bahagian I)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Si Tikus Mondok" Cole memandang ke luar tingkap dengan resah.

Sekali hujan mula turun di tempat jelik ini, ia akan turun tanpa henti. Walaupun langit sentiasa kelihatan seperti cadar neneknya yang tidak berbasuh, kotor dan kusam, dia ada cara lain untuk mengetahui waktu.

Caranya ialah melalui latihan angkatan tentera awam. Selagi cuaca baik, mereka akan berlari melalui dataran di tengah pekan setiap pagi sewaktu burung berkicau (maknanya pukul lapan pagi). Orang-orang bodoh ini asyik berlatih sejak sebelum Bulan Kunjungan Iblis lagi, malah mereka masih lagi meneruskan latihan hingga sekarang. Mustahil mereka tidak tahu perkara terpenting semasa musim sejuk adalah menjimatkan tenaga. Nanti apabila mereka perlu lari menyelamatkan diri, barulah mereka berdoa minta nyawa daripada tuhan. Tetapi dengan kebodohan mereka, Cole ada cara menentukan masa untuk dia pergi.

Ya, dia mahu lari dari pekan neraka ini! Walaupun Putera Timothy menitahkan dia kekal bersembunyi di dalam Pekan Sempadan untuk memerhatikan pergerakan Putera Roland Wimbledon dan menyampaikan maklumat itu ke Valencia, dia sudah tidak mahu duduk di sini lagi.

Selepas setengah bulan nanti, dia takut dia akan menjadi santapan syaitan bersama penduduk kampung lain.

Ini bukan sekadar sembang kosong!

Sejak permulaan musim sejuk, banyak perkara aneh asyik berlaku walaupun orang lain tidak menyedarinya – tidak hairanlah, mereka semua hanya orang kampung bodoh. Selain makanan, mereka tidak pedulikan benda lain, malah langsung tidak menyembah tuhan. Tetapi lain ceritanya dengan dia. Dia ialah "Si Tikus Mondok" Cole! Mengambil tahu tentang khabar berita dan mencuri maklumat ialah bakat istimewanya, sebab itu Yang Amat Mulia Timothy mengupah dia melakukan kerja seperti ini.

Tembok kota yang tiba-tiba muncul entah dari mana, kayu besi yang meletup dengan bunyi aneh tetapi boleh juga mengalahkan makhluk iblis, namun ini bukan penemuannya yang paling menggemparkan.

Putera Roland terang-terangan membela ahli sihir!

Oh Tuhan, tidak ada perkara yang lebih dahsyat daripada ini. Putera itu mesti sudah dirasuk syaitan, tidak syak lagi!

Jika putera itu mahu menjadikan mereka gundik, Baginda boleh mengurung mereka dalam istana dan berseronok bila-bila masa sahaja. Ini bukan kali pertama Cole mendengar khabar angin tentang orang bangsawan diam-diam mengurung ahli sihir – tiada siapa akan peduli jika wanita sihir murahan seperti itu mati hanya untuk memuaskan nafsu pelik sesetengah golongan bangsawan. Tetapi lain pula ceritanya jika seseorang langsung tidak berusaha untuk menyembunyikannya.

Ini bukan khayalan, dia sudah melihatnya dengan mata kepalanya sendiri!

Berpegang kepada prinsip "Setia kepada orang yang memberi upah paling tinggi", jika salji tidak turun terlalu lebat, Cole akan merayau-rayau sekeliling tembok kota dan dia sering melihat kelibat Putera Roland di sana. Pada mulanya dia agak terkejut, kenapa putera tidak matang ini berani tinggal di Pekan Sempadan dan tidak lari seperti Kubu Longsong seperti seorang pengecut? Tetapi sekarang baru dia faham, Roland Wimbledon sudah lama dirasuk syaitan.

Dia melihat sendiri sewaktu tembok kota diceroboh makhluk iblis gergasi, putera syaitan itu menyerangnya kembali dengan petir, dan kemudian kawanan makhluk iblis menyerbu selepas itu ditelan api neraka yang diseru oleh seorang ahli sihir. Akhirnya ahli sihir itu berada dalam pelukan putera itu tetapi angkatan tentera awam lain langsung tidak nampak terkejut!

Kemudian dia mendengar khabar angin di sekeliling kampung mengatakan ada ahli sihir dengan kuasa penyembuh. Dia pernah menyembuhkan anak lelaki seseorang yang tercedera dan dia juga memulihkan seorang perempuan tua yang patah kaki. Ini dosa besar! Tergamak mereka terima rawatan sihir? Ini seolah-olah sengaja membuat dosa besar!

Tetapi apa membuatkan Cole bertekad untuk pulang ialah satu kejadian yang berlaku dua hari lalu. Dia nampak seorang ahli sihir terbang keluar dari istana putera itu, mengelilingi istana dua kali dan kemudian terbang balik. Paderi di gereja selalu mengatakan selepas ahli sihir menerima kuasa syaitan, dia hanya akan mendapat satu kuasa sahaja. Cole sudah melihat kuasa api dan kuasa terbang. Ditambah pula dengan khabar angin tentang ahli sihir penyembuh itu, maknanya pekan kecil ini ada tiga ahli sihir!

Tidak syak lagi, syaitan sudah menukarkan istana putera itu menjadi sarang iblis, dan penduduk kampung ini semakin lama semakin terjerumus ke dalam lubang hina ini. Cole mesti lari secepat mungkin. Lagipun dia sudah tahu rahsia pembinaan pantas tembok kota itu. Jika dia dapat sampaikan maklumat ini, serta serbuk alkimia yang dia curi dari tembok kota, kepada Putera Timothy, dia tentu tidak akan dihukum, malah mungkin akan diberi ganjaran pula.

Lebih lama dia memikirkannya, dia lebih menyesal kerana tidak lari bersama orang bangsawan lain ke Kubu Longsong sejak awal-awal lagi.

Sekarang tentu jalan-jalan sudah dilitupi salji yang turun sepanjang musim sejuk ini. Satu-satunya jalan lain ialah melalui sungai dan menaiki kapal saudagar Bandar Raya Willow.

Menurut pemerhatian Cole, pada hari pertama setiap bulan, kapal dari Bandar Raya Willow akan datang menghantar makanan. Selepas dua hingga tiga jam memunggah dan memuatkan barang, kapal akan berlayar dari jeti. Dia mesti mengambil kesempatan untuk mencuri masuk ke kapal itu, atau dia perlu menunggu sehingga bulan hadapan pula.

Hari ini adalah hari pertama bulan ini.

"Satu, dua, tiga, empat, satu dua tiga empat." Tepat pada masanya, Cole mendengar teriakan kawad yang sudah biasa dia dengari. Di luar tingkap, sepasukan pemuda memakai rompi kulit perang sedang berlari-lari anak. Jika dia turut sama tertipu dengan tembelang syaitan, dia juga akan kagum dengan tenaga anak-anak muda itu.

'Saya patut pergi sekarang,' fikirnya dalam hati.

Dia menyarungkan kot bulunya, mengetatkan tali pinggang dan berjalan keluar dari pondoknya. Jiran-jirannya ada di luar, sedang mengutip ikan kering, dan mereka menyapa dia. "Awalnya keluar?"

Cole terpaksa mengakuinya, walaupun pemerintah Pekan Sempadan sudah dirasuk syaitan, kehidupan orang-orang miskin bodoh ini nampak seperti sudah berubah menjadi lebih baik. Malah mereka berani mengeringkan ikan di luar rumah – jika mereka kebuluran, ikan beku keras macam batu pun sanggup ditelan begitu sahaja.

Cole tiada masa mahu menjawab. Dia memandang sehingga angkatan tentera awam itu menghilang ke arah barat dan dia terus berjalan menuju ke jeti. Penduduk kampung di sini menyangka dia adik Pengayuh Besi, yang datang dari Rabung Naga Maut untuk melawat keluarganya – semua ini hanya penipuan semata-mata. Sebelum dia membunuh Pengayuh Besi, dia bertanyakan nama dan kampungnya dan menyamar menjadi adiknya sebagai alasan untuk berkeliaran di kampung ini. Dia menipu tentang namanya tetapi dia tidak kisah jika orang kampung di sini percayakan dia atau tidak.

Salji atas jalan berturap batu itu sudah dibersihkan beberapa hari lalu, tetapi sekarang salji itu sudah hampir melitupi kasutnya. Dia cuba berjalan sekata untuk menjimatkan tenaga – dia tidak risau jika meninggalkan jejak kerana menjelang hari esok, salji tentu akan menutupnya. Mungkin setelah dia sampai ke Valencia sekalipun, mereka masih tidak tahu dia sudah lari.

Apabila dia mendekati jeti, Cole melihat kapal layar Bandar Raya Willow yang dinanti-nantikannya.

Kampit gandum sedang dibawa keluar, sementara pengawal kabin memerhatikan kawasan itu. Cole menyentuh poketnya. Ada dua keping emas dan enam keping perak, itu sahaja harta yang dia ada. Ada enam orang pengawal yang tentu tidak hairan dengan kepingan perak, tetapi dia tidak cukup kepingan emas untuk merasuah mereka. Jadi dia perlu menyasarkan para pengangkut barang itu. Timbunan kampit barang menyediakan tempat untuk dia bersembunyi, dan dia boleh menumbuk seorang pengangkut barang hingga pengsan dan mengambil alih tempatnya. Jika dia boleh menyeludup masuk ke dalam kapal itu, dia boleh menyuap kapten kapal dengan kepingan emas agar kapten itu boleh membawa Cole pergi dari sini.

Sejurus sebelum Cole bersedia mahu bertindak, kekecohan meletus di belakangnya.

Hatinya sudah mengandaikan kemungkinan terburuk. Semasa dia berpaling ke belakang, dia melihat beberapa orang ahli angkatan tentera awam berkejar ke arahnya. Orang lain di sekelilingnya juga bergerak ke arahnya. Nampaknya dia sudah dikepung.

Cole sedar, sia-sia sahaja dia cuba melarikan diri. Dia terus mengangkat tangan dan berlutut. Orang yang bekerja seperti dia tidak boleh melawan. Jika dia membocorkan rahsia tentang orang yang mengupah dia, tentu dia akan selamat…atau lebih untung lagi, musuh akan menawarkan harga lebih tinggi pula untuk mengintip kembali majikannya.

"Si Tikus Mondok" Cole turut berpegang kepada prinsip "Buat sekadar berbaloi dengan upah sahaja."

Tetapi dia tidak faham langsung, bagaimana rancangannya boleh bocor?


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C70
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk