Unduh Aplikasi
7.14% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 55: Peluang Sekali Seumur Hidup

Bab 55: Peluang Sekali Seumur Hidup

Editor: EndlessFantasy Translation

Roland masuk ke bilik bacaan dan mendapati Barov sudah lama menunggunya di situ.

Dia menghulurkan surat itu kepada Pembantu Menteri Barov lalu melabuhkan punggung di kerusinya.

Jika Barov tiada di situ, dia pasti sudah menyanyi keriangan.

"Tuanku, harap Tuanku bersabar," kata Barov. Dia membaca surat itu dengan dahi berkerut. "Raja telah mangkat dan Putera Sulung yang membunuhnya. Ini sangat tragis. Apa tindakan Tuanku selepas ini?"

"Ada yang tidak kena dengan hukuman terhadap Gerald. Beta mahu lihat reaksi Garcia dan Tilly dulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Roland, "Apapun, kita mesti mengambil langkah berwaspada."

Barov memandang puteranya dan menunggu Baginda menyambung kata.

"Dengan perubahan kuasa pemerintah ini, bandar diraja mungkin akan bergolak hebat. Pertama sekali, awak mesti memindahkan keluarga dan orang tersayang awak," kata Roland. Dia tidak mahu Putera Kedua menculik mereka untuk mengugut menteri-menterinya. Sekarang Pembantu Menteri Barov memainkan peranan penting dalam mengekalkan operasi pentadbiran dan kewangan di Pekan Sempadan. Roland menghirup teh lalu menyambung, "Awak, Carter, serta orang-orang bawahan awak mesti menulis surat untuk memaklumkan semua keluarga awak. Beta akan mengarahkan pengawal pergi ke bandar diraja untuk menyerahkan surat itu dan membawa mereka berlindung di bandar berhampiran."

"Jadi mereka tidak akan dibawa ke Pekan Sempadan?" Barov bukan orang bodoh. Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam politik, dengan serta-merta dia tahu niat sebenar tindakan putera ini.

"Tidak." Roland tidak mahu musuh mempergunakan ahli keluarga untuk mengancam menterinya, dan dia juga tidak mahu menterinya berfikir dia juga ada niat buruk sebegitu. Jadi dia mengambil jalan tengah dengan melindungi mereka di bandar berhampiran buat masa ini. Apabila keadaan sudah kembali tenang, dia akan mengarahkan mereka untuk dibawa ke Pekan Sempadan.

"Patik faham. Terima kasih kerana mengambil berat, Tuanku," Barov menunduk tanda hormat. Roland melepaskan nafas lega. Dia ada terlalu sedikit orang bawahan yang boleh diharapkan.

"Tentang urusan jual beli bijih pula, eksport terbaru bijih besi akan ditunda. Sekarang kita hanya akan jual batu permata yang belum dicanai ke Bandar Raya Willow," Roland memberi arahan. "Beta perlu bijih besi untuk kegunaan Beta sendiri."

"Tetapi itu akan mengurangkan pendapatan kita, Tuanku."

"Ia tidak akan berkurangan begitu banyak. Pelombong sudah menemui jalur batu permata baru yang boleh mengisi kekurangan itu," balas Roland. Perdagangan tidak akan dijalankan semasa musim sejuk ini. Tiada siapa sanggup keluar semasa makhluk iblis masih berkeliaran. Maknanya dalam masa empat bulan berikutnya, mungkin hanya ada dua atau tiga urus niaga akan dilakukan. Kapal penghantar mereka pula ringan jadi pengangkutan batu permata adalah pilihan yang lebih menjimatkan kos.

"Baiklah, Tuanku." Barov mencatatkan semuanya.

Selepas Barov keluar, Roland memanggil Carter Lannis pula. "Beta mahu mengembangkan saiz angkatan tentera awam kita. Selepas membuat pengumuman mencari rekrut, pindahkan beberapa ahli asal yang cekap dan berbakat untuk menjadi kapten angkatan baru itu. Latihannya mesti berdasarkan kaedah yang pernah dilaksanakan dahulu."

"Tapi Tuanku, jika kami ikut kaedah lama dahulu, tentu lama masa diambil untuk memastikan angkatan baru itu bersedia."

"Tetapi itu lebih baik daripada kumpulan orang ramai yang bertindak tidak tentu hala." Selepas itu Roland memberi isyarat untuk Carter keluar dan melaksanakan arahannya. Angkatan yang telah dilatih itu itu jauh panggang dari api dengan tentera professional, dan Roland bimbang walaupun dengan latihan, mereka masih di tahap amatur sahaja. Tetapi kadangkala kemampuan bertarung mesti dibandingkan dengan kemampuan pihak lawan. Selain makhluk iblis, mereka juga akan berhadapan dengan tentera peribadi, askar upahan, dan platun campuran yang terdiri daripada penduduk pekan yang menjadi bidan terjun. Asalkan angkatan tentera awam Roland memiliki senjata moden, mereka pasti dapat berlawan dengan baik.

Selepas Carter keluar, Roland terus ketawa terbahak-bahak.

Ini sudah bagus! Dia tidak sangka nasibnya sebaik ini! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal!

Adakah ia berita buruk untuk Roland? Satu dilema? Tidak sama sekali! Dia tidak begitu kenal dengan Garcia Wimbledon tetapi Roland tahu puteri itu tidak mudah ditindas sesuka hati. Putera Sulung telah dihukum mati dalam masa singkat. Walaupun jika puteri itu tiada pengintip di Graycastle sekalipun, dia tidak akan kembali ke sana dengan sebegitu mudah.

Dia hanya perlu mengikut sahaja. Jika dia kekal di Pekan Sempadan untuk melindunginya, tentu ada orang akan menerima padah akibat keingkaran itu dan Duke Kubu Longsong ialah orang paling gusar tentang itu. Jika tidak, mengapa dia mendesak Petrov untuk menghantar surat itu dengan segera dalam cuaca yang amat buruk?

Bagi Duke itu, lebih cepat Roland membaca surat itu, lebih cepat dia boleh hidup dengan tenang.

Jika Roland berdegil untuk tinggal di Pekan Sempadan, dia akan dianggap menderhaka kepada raja baru itu. Dia hanya perlu menunggu sehingga Bulan Kunjungan Iblis berakhir dan selepas itu Duke itu akan menghukum Roland dengan kuasa Timothy Wimbledon. Tetapi itulah yang dinanti-nantikan Roland.

Jika ditanya apakah perkara paling diperlukan dalam pengindustrian, jawapannya ialah tenaga kerja.

Pengindustrian memerlukan ramai orang menyertai proses penghasilan berskala besar, menjadikan setiap orang sebagai sebahagian daripada satu jentera besar bagi mengoperasikannya. Ini boleh dikatakan mirip zaman semasa gerakan pengambil alihan tanah untuk ternakan kambing biri-biri di Britain. Ia menjadikan ramai petani tiba-tiba kehilangan tanah pertanian mereka, lalu mereka menjadi buruh bebas yang kemudiannya menjadi pengasas revolusi perindustrian yang muncul selepas itu.

Zaman perindustrian memang memerlukan kerja keras. Selagi pekerja berkebolehan mengerah tenaga mereka sepanjang masa, hasilnya akan menjadi besar. Lebih kecil pengkhususan industri, lebih ramai tenaga kerja diperlukan.

Sudah lama Roland dibelenggu dengan masalah populasi.

Hanya ada lebih kurang 2000 penduduk di Pekan Sempadan. Walaupun banyak mesin baru diperkenalkan, kilangnya masih bengkel-bengkel kecil. Tanpa bilangan tenaga kerja yang ramai, banyak projek terhalang untuk dilaksanakan. Bagaimana dia mahu menarik lebih ramai orang untuk datang ke pekan ini?

Mungkin dia boleh membeli hamba abdi? Tetapi di mana dia boleh beli ribuan hamba abdi serentak? Hamba abdi dewasa sangat mahal dan tidak terlatih pula. Hamba abdi muda berusia bawah sepuluh tahun memerlukan masa lama untuk dilatih. Walaupun jika dia mengenepikan alasan moral dan mengambil buruh kanak-kanak, dia masih perlu menunggu lama untuk menggunakan mereka.

Mungkin dia boleh memanggil orang luar datang ke Pekan Sempadan? Tetapi apa yang ada di Pekan Sempadan yang boleh menarik minat mereka? Kosnya nanti akan jauh lebih tinggi daripada membeli hamba abdi.

Mungkin dia boleh galakkan orang untuk melahirkan ramai anak? Memaksa orang ramai berkahwin? Tidak, tidak boleh…

Roland turut mempertimbangkan rakyat Kubu Longsong. Tetapi kubu itu sudah cukup stabil, jadi jika Roland mencari masalah dengan golongan bangsawan di sana, dia hanya akan mempertaruhkan masa hadapan Pekan Sempadan. Duke Ryan tentu tidak akan berani bersemuka dengan Roland, jadi dia akan bertindak licik dan melumpuhkan usahanya dalam diam.

Namun kini keadaan sudah berbeza. Timothy sudah naik takhta dan putera itu jelas ingin memusnahkan semua pesaingnya. Surat arahan pulang itu telah membuktikan niatnya. Duke Ryan juga pasti sudah memahami niat sebenarnya. Apabila dia sudah bebas daripada kongkongan raja lama, sebagai pemerintah Rantau Barat, tentu pelik jika dia sekadar berdiam diri sahaja.

Inilah peluang yang sudah lama Roland nanti-nantikan.

Kubu Longsong terletak di sempadan kerajaan dan merupakan bandar berusia seratus tahun dengan hampir 10,000 penduduk tetap. Di belakang Kubu Longsong, ada banyak pekan dengan bidang-bidang tanah luas tanpa sebarang langkah pertahanan. Jika Roland boleh menewaskan Duke Kubu Longsong dan menawan bandar itu, dengan serta-merta dia boleh menangkap ramai penduduk sambil mengaut harta yang sangat banyak.

Apa cara lebih mudah untuk mendapatkan tenaga kerja selain pemilikan paksa? Apa cara lebih pantas untuk mengumpul harta selain rampasan kuasa?

Berita ini umpama cahaya rumah api yang membelah kekelaman kabus di lautan dan menyinari jalan Roland.

Dia tidak akan sesekali melepaskan peluang sekali seumur hidup ini.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C55
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk