Unduh Aplikasi
2.33% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 18: Si Duta (Bahagian II)

Bab 18: Si Duta (Bahagian II)

Editor: EndlessFantasy Translation

Petrov mengabaikan dahulu semua kebimbangan itu dan menikmati jamuan yang disajikan itu.

Mereka berbual mesra sepanjang makan dan Putera Roland pula tidak menyentuh lagi tentang isu bijih jadi Petrov tidak mahu membangkitkan tentang perkara itu buat masa ini.

Bila putera itu mengarahkan orang gajinya membawa keluar pemanis mulut, baru Petrov berani bersuara. "Tuanku, kalau ikut jadual biasa, hari ini sepatutnya hari penghantaran bijih. Tetapi Patik lihat stor penyimpanan masih kosong."

Roland meletakkan penyepit kayunya di atas meja sambil mengangguk. "Malangnya ada keruntuhan berlaku di lombong Cerun Utara beberapa hari lalu. Orang Beta sedang berusaha untuk menyambung kembali kerja bulan ini. Tetapi runtuhan batu di lombong itu masih belum dibersihkan. Jika semuanya berjalan mengikut jadual baru, kami tak boleh mula melombong sehingga awal tahun depan."

"Ada keruntuhan?" Petrov terkedu sebentar. Adakah ini alasan semata-mata? Tetapi buat apa Putera Roland mahu menipu dia? Petrov boleh pergi sendiri ke lombong itu untuk lihat jika ada runtuhan atau tidak. Jika putera itu menipu, sudah tentu ia kelihatan ketara pada wajah baginda.

"Jadi… bagaimana pula bijih yang dilombong sepanjang dua bulan lepas?"

"Sudah tak banyak yang tinggal. Kalau ikut persetujuan semasa, hasil perlombongan itu tak cukup pun untuk menyara kehidupan rakyat jelata Beta." Roland menekan sedikit ayat "kalau ikut persetujuan semasa". Dia menyambung lagi, "Tuan Duta, adakah awak masih ingat Bulan Kunjungan Iblis dua tahun lalu?"

Sudah tentu Petrov masih ingat. Musim sejuk pada tahun itu melarat sehingga empat bulan dan hampir satu perlima daripada penduduk Pekan Sempadan mati kebuluran akibat sikap tamak Gabenor Pentadbir Perbandaran Reynolds. Pada masa yang sama, ada segelintir kaum bangsawan ada ura-ura untuk memberontak. Malah ada yang menuntut supaya Reynolds dihukum untuk itu. Tetapi akhirnya Reynolds tidak dikenakan sebarang tindakan hanya kerana dia ialah menantu duke, suami pada anak perempuan keduanya.

Bila putera itu membangkit semula masalah ini, Petrov mula rasa tak sedap hati.

"Sekarang lebih teruk lagi," kata Roland sambil mengeluh. "Beta bimbang jika bekalan makanan kami hanya cukup untuk dua bulan sahaja jika kita terus membuat pertukaran seperti ini. Rakyat Beta tidak mampu menyambung hidup pada musim sejuk ini kalau makanan kami sangat sedikit. Kita mesti ubah cara urus niaga yang sudah lapuk ini."

Petrov membuka mulutnya untuk membangkang tetapi tiada alasan yang cukup kukuh. Dia bukanlah diplomat profesional tetapi kata-kata putera itu masuk akal jadi dia tidak boleh membalasnya serta-merta. "Tuanku, Patik mohon ampun beribu-ribu ampun. Tetapi keadaan tidak akan jadi sampai seburuk itu. Patik boleh memujuk Enam Keluarga itu meminjamkan makanan untuk sebulan. Tuanku boleh membalas mereka tahun hadapan bila tiba musim menuai."

"Kalau Beta jual bijih kami ke Bandar Raya Willow, Beta tak perlu meminjam daripada sesiapa pun."

"Tapi…"

"Tak ada tapi-tapi lagi," Roland memotong kata-kata Petrov. "Bandar Raya Willow sanggup membeli bijih kami dengan duit emas dan mereka boleh jual gandum, keju, roti, serta madu mengikut harga pasaran semasa… Mereka boleh jual apa sahaja asalkan kami ada duit emas untuk membelinya. Tambahan lagi, Tuan Duta, sekiranya keluarga awak setuju untuk memberi pinjaman kepada kami, adakah lima keluarga lain akan bersetuju dengan awak? Seingat Beta, bukan mudah mahu memujuk Duke Ryan."

Petrov tidak menjawab. Cakap Putera Roland ada betulnya. Dia tidak yakin dia akan berjaya memujuk ayahnya, apatah lagi lima keluarga bangsawan yang lain. Jika mereka mahu mengekalkan pegangan monopoli mereka, mereka mesti menukar cara urus niaga mereka sekarang. Tetapi Petrov tidak ada hak untuk membuat sebarang keputusan. Dia seorang duta tetapi kata-katanya tidak ada harga dalam apa-apa mesyuarat. Mungkin ayahnya tidak mahu dia membuat sebarang persetujuan dalam diam dengan Pekan Sempadan. Jadi persetujuan semasa masih berkuat kuasa, sama ada dengan pemerintah terdahulu mahupun dengan Putera Roland sekarang. Sebab itulah duke itu menugaskan duta yang berbeza setiap musim dan semuanya tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

Tapi walau apapun hasilnya, dia mesti mencuba juga. Setelah membulatkan tekad, Petrov membuat tawaran terakhir. "30%". Dia mengunjurkan tiga jari. "Kubu Longsong akan membeli bijih dan batu permata dari lombong Tuanku pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Patik rasa tawaran kami lebih tinggi daripada tawaran Bandar Raya Willow, Tuanku."

Roland mula hilang sabar. "Soalan Beta tadi masih belum berjawab. Adakah keenam-enam keluarga bangsawan itu sependapat dengan awak?"

"Patik akan balik ke Kubu Longsong esok. Patik akan menulis kontrak baru selepas kami berbincang dan memberi persetujuan."

"Rakyat jelata Beta tidak boleh menunggu selama itu. Awak pun tahu keluarga-keluarga bangsawan itu tak akan capai kata sepakat dalam masa yang singkat."

"Tuanku, kerjasama dengan Kubu Longsong ialah keputusan yang terbaik untuk Tuanku dan rakyat Tuanku. Bandar Raya Willow terlalu jauh dari sini dan walaupun Tuanku berhijrah ke sana semasa Bulan Kunjungan Iblis…," Petrov cuba memujuk dan menyakinkan Putera Roland tetapi kini mulutnya tiba-tiba rasa kering, "Perjalanannya agak… berbahaya."

'Oh Tuhan! Apa yang saya buat ini?' Jantungnya berdegup kencang. 'Saya mengugut seorang putera raja?'

"Hahaha…" Tak sangka, Putera Roland tidak murka langsung, sebaliknya hanya ketawa. "Tuan Duta, nampaknya awak sudah salah sangka. Beta tidak terfikir pun mahu berhijrah ke Bandar Raya Willow."

"Maksud Tuanku…"

"Beta bukannya mahu berhijrah ke Kubu Longsong juga." Sekarang putera itu merenung tepat ke muka duta itu. "Beta tak akan ke mana-mana."

Petrov rasa dia sudah salah dengar kata-kata si putera itu.

Mujurlah Putera Roland tidak menunggu lama untuk menjelaskan kata-katanya tadi. "Beta akan tinggal di Pekan Sempadan sepanjang musim sejuk ini. Pekan Sempadan bakal menjadi sempadan baru bagi Kerajaan Graycastle. Jangan terkejut pula, Beta bukan bercanda. Beta boleh bawa awak ke kaki Gunung Cerun Utara untuk tengok tembok kota itu sendiri."

"Tembok…kota?"

"Ya, tembok kota baru kami setinggi empat meter dan selebar dua meter, menghubungkan Cerun Utara dengan Sungai Air Merah. Tembok itu boleh membantu kami menghalang kedatangan makhluk iblis ke Pekan Sempadan."

Otak Petrov tiba-tiba rasa seperti tidak boleh berfungsi. Duta sebelum ini tidak menyebut apa-apa tentang sebarang tembok kota. Pada masa itu, pemerintah Pekan Sempadan ialah orang Kubu Longsong. Angkatannya sudah kekurangan orang, macam mana dia boleh hantar orang untuk membina sebuah tembok pula? Sekejap, adakah Putera Roland sendiri yang mula membina tembok ini? Tapi baru tiga bulan baginda mengambil alih pemerintahan Kubu Sempadan. Tak akan mereka sudah dapat bina sebuah tembok dalam masa sesingkat itu?

"Sebentar. Apa yang Tuanku kata tadi? Setinggi empat meter dan selebar dua meter, menghubungkan Cerun Utara dan Sungai Air Merah?" Kepala Petrov ligat membuat kira-kira. "Tembok sebesar itu akan ambil masa bertahun-tahun untuk dibina! Lagipun Tuanku tak cukup tenaga buruh untuk memotong dan membentuk batu-batan! Pekan Sempadan bukannya macam Graycastle dan kebanyakan orang yang tinggal di sini hanya pelombong miskin sahaja."

Sedang dia bergelut untuk memahami berita itu, kata-kata Roland yang seterusnya membuat dia lebih terkejut.

"Berkenaan jualan bijih itu pula, Beta boleh mengurangkan hingga separuh harga mulai tahun depan. Tapi Beta tak akan menjual semuanya ke Kubu Longsong kerana awak tidak perlukan sebegitu banyak bijih pun. Beta rasa kalau dibanding dengan untung bersihnya yang sangat sedikit, tentu awak lebih perlukan barang seperti cangkul, penyodok dan sebagainya." Roland berhenti seketika untuk memberi masa kepada Petrov cuba memahami semua ini. "Batu permata yang belum dicanai pula akan dijual kepada pembida tertinggi menerusi sebuah lelongan. Beta mahu menjualnya dengan harga yang tinggi selepas batu permata itu dicanai tetapi malangnya tiada orang di Pekan Sempadan yang ada kepakaran sebagai jauhari."

'Mana mungkin mahu bina tembok kota dalam masa beberapa bulan sahaja?!' Petrov menjerit dalam hati. 'Dan kenapa baginda cakap kami tak perlu sebegitu banyak bijih? Mahu dapat 1000 keping emas pun perlu masa setahun. Habis-habis pun, kalau mereka tambah orang, hasil keluaran mereka tentu meningkat sekali ganda saja! Adakah baginda cuba katakan yang Kubu Longsong tak akan mampu bayar 2000 keping emas? Memandai-mandai betul!'

Petrov masih cuba menahan kesabarannya dan dengan susah-payah, dia cuba bercakap dengan tenang. "Tuanku, Patik sudah hafal semua hujah Tuanku. Patik akan pulang serta-merta dan mengadakan mesyuarat dengan Enam Keluarga itu. Tapi ada satu perkara terakhir. Tembok yang Tuanku katakan itu… kalau boleh Patik mahu melihatnya sendiri."

"Sudah tentu." Roland tersenyum. "Awak tak perlu terburu-buru. Sila jamu selera dulu dengan pastri dari istana ayahanda Beta. Awak masih boleh tunggu, bukan? Tuan Duta?"


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C18
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk