Sewaktu Lu Feng dan yang lain sedang berkomplot untuk mendedahkan Zhang Xuan, Zhang Xuan dan Luo Ruoxin pula sedang duduk dalam sebuah bilik di belakang Binatang Ungu Berkepak Agung, melihat awan terbang melepasi mereka.
"Pentas Penabalan Santo merupakan tempat Kongshi telah mencapai kemajuan ke alam Santo. Selepas berjaya, dia telah mengukir apa yang dia telah pelajari secara sendiri di atas permukaan bukit… bukan itu sahaja, ia dikatakan yang dia telah meninggalkan cebisan rohnya sebagai hadiah kepada umat manusia. Memandangkan kamu seorang Guru Sarjana Cakerawala juga, kemungkinan besar kamu akan dapat berjumpa dengan roh tersebut!" Luo Ruoxin berkata dengan senyuman lebar.
"Cebisan roh Kong shi?" Mata Zhang Xuan berkelip.
Sebagai pengasas Pavilion Guru Sarjana, cebisan roh Kong shi sahaja sudah cukup untuk membuatkan semua guru sarjana bergelut bermati-matian untuknya.