"Ini…" Guru Besar Mo dan Guru Besar Zhao terpaku.
Mereka telah melihat keupayaan Zhang Xuan dalam jurusan penjinakan binatang dan pertukangan, tetapi Jurusan Perubatan…
Semua orang tahu rawatan sesebuah penyakit itu merupakan sebuah kerja yang amat rumit. Setiap penyakit yang dihadapi pesakit berbeza berdasarkan resam tubuhnya dan juga teknik pertapaannya. Walaupun jika dua orang sedang menghadapi penyakit yang sama, ubat yang berkesan kepada seseorang itu mungkin tidak akan berkesan pada seorang lagi.
Ilmu pengetahuan sahaja tidak akan mencukupi untuk membuat penilaian tepat bagi sesuatu rawatan. Orang tersebut hendaklah mempunyai pengalaman yang banyak juga.
Oleh itu, ramai doktor yang memilih untuk mengembara ke seluruh dunia malah ada juga yang telah pergi ke medan-medan perang. Mereka akan dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka dalam Jurusan Perubatan hanya dengan bertemu dan merawati lebih ramai pesakit.