Unduh Aplikasi
2.75% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 34: Penipuan

Bab 34: Penipuan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah?" tidak menjangkakan Shen Bi Ru sendiri akan marah, Shang Bin terkejut. Dia segera mejelaskan, "Cikgu Shen, saya tidak bercakap tentang kamu, saya bercakap tentang Zhang Xuan. Kalau dia tidak ada duit, dia tidak patut belanja orang. Lihatlah, sekarang dia telah dihentikan oleh pelayan ini, betapa memalukan. Dia mencemarkan nama baik akademi kita…"

Semakin dia bercakap, semakin marah muka Shen Bi Ru, pada saat ini, ia akan meletup pada bila bila masa sahaja. Shang Bin bingung terhadap situasi ini. Pada saat ini, pelayan tersebut mencelah "Tuan muda Shang…."

"Apa?" Shang Bin memandangnya dengan marah.

"Ahem, ahem, yang sedang belanja sebenarnya….cikgu Shen!" Pelayan tersebut berkata.

Dia mendapat arahan untuk mengikuti lakonan Shan Bin. Namun, dia tidak menjangkakan Shen Bi Ru yang sebenarnya belanja. Sebelum sempat dia melaporkan ini kepada Shang bin, dia telahpun bergegas ke sini dan membuatkan situasi ini lebih sukar.

"Cikgu Shen belanja?"

Shang Bin terkejut sehingga tidak berkata. Matanya membesar dengan tidak percaya.

Adakah kamu serius?

Dia telah menjemput bidadari untuk keluar makan dengannya setiap hari namun setiap kali ditolak. Apakah hak guru paling sampah di akademi ini untuk bermakan malam dengannya, lebih lebih lagi…dibelanja olehnya?

"Kenapa? Sebab saya tidak cukup duit untuk bayar, ia bermaksud saya berpura-pura bermurah hati dan memalukan diri sendiri ye!" Shen Bi Ru memandang Shang Bin dengan dingin. Setelah sepanjang hari memalukan diri sendiri di depan Zhang Xuan sudah membuatkan dia berasa muram, orang ini pula mengejeknya pada saat sebegini. Dia berasa kemarahannya seakan mula hilang kawalan.

"Tidak, itu bukan maksud….." muka Shang Bin bertukar menjadi pudar seperti dia mahu menangis.

Hanya sekarang dia faham dia telah dengan tidak sengaja menghina bidadarinya dalam usahanya menarik perhatiannya. Dia dengan segera melambaikan tangannya untuk menjelaskan perselisihan faham ini. "Saya tidak maksud begitu, saya bermaksud ….untuk…"

Sambil menggeletar, dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan.

Namun, selaku seorang guru akademi dan cucu kepada tetua. Dia mempunyai banyak pengalaman berkait dengan situasi sebegini, oleh itu, dengan cepat dia berpaling ke pelayan. Dengan lambaian tangannya, dia memberitahu, "Baiklah, hutang cikgu Shen merupakan hutang saya. Berapa banyak harganya? Saya akan bayar untuknya!"

"Cikgu Shang, kamu tetamu terhormat Pavillion Hongtian, kami tidak boleh menerima duit kamu!" Pelayan tersebut menjawab sambil menunduk kepalanya.

Mereka sudah meranang semua lakonan ini untuk mengagungkan latar belakang dan kebolehannya kepada biadadarinya.

"Baguslah begitu…." Shang Bin ingin memanjangkan saat ini sedikit lagi untuk menayangkan hartanya apabila suara Shen Bi Ru yang marah boleh didengari sekali lagi. " Tak apa, saya akan bayar untuk perbelanjaan saya sendiri supaya orang lain tidak akan menuduh saya berpura-pura bermurah hati!"

Pada saat ini, dia mengambil sepit rambutnya dan menghulurnya kepada pelayan tersebut, "Sepit rambut zamrud ini berharga sekurang-kurangnya 5000 syilling emas, kamu boleh mengenal pasti dahulu dengan seorang pakar. Saya akan membiarkannya dengan kamu sehingga saya mendapatkan duit secukupnya untuk mendapatnya balik!"

"Ini…."

Sambil memegang sepit rambut tersebut, pelayan tersebut terpaku di situ tidak tahu apa patut dibuatnya.

Ini bukan seperti apa yang dipersetujui dalam skrip mereka…

"Cikgu Shen, kamu tidak perlu berbuat demikian. Saya kenal pengurus Pavillion Hongtian, Wu Cao, selagi saya bercakap, hutang kamu itu tidak adan ada makna pun…."

Shang Bin bergegas ke hadapan.

"Itu masalah kamu, apa kaitannya dengan saya?" Shen Bi Ru menyampuk. Kemudian, dia berpaling ke belakang melihat pelayan sekali lagi dan berkata, " Saya akan pergi dahulu kalau kamu tidak mahu berjumpa dengan pakar untuk mengenal pasti ketulenan sepit tersebut!"

"Saya…" Pelayan tersebut melihat Shang Bin dengan muka kasihan kerana tidak tahu apa patut dibuatnya.

"Kamu lihat saya untuk apa?" Shang Bin melambaikan tangannya. Dengan marah dia sambung, "Saya tak tahu kamu pun!"

"Baiklah!"

Zhang Xuan tidak menjangkakan makan malamnya ini akan berakhirnya dengan kekecohan begitu. Sambil menggeleng kepalanya, dia berjalan ke hadapan untuk mengambil balik sepit rambut jed Shen Bi Ru daripada pelayan dan memberinya balik kepadanya. "Kenapa kamu memberi ini kepadanya? Makanan kita tidak bernilai 1280 syilling emas pun. Memberi dia duit sebegini, kamu ini mudah ditipu"

"Ditipu? Pavillion Hongtian mempunyai hampir 10 tahun sejarah di belakangnya. Harga kami telus dan berpatututan malah kami tidak membezakan layanan terhadap pengunjung. Tidak ada seorang pun pernah berkata sedemikian, oleh itu, apakah maksud kamu dengan berkata begitu?"

Pada saat Zhang Xuan berkata demikian, seorang lelaki pertengahan tahun datang dengan langkah yang besar.

Dia pengurus Pavillion Hongtian, Wu Chou.

Asalnya, dia telah bercakap dengan Shang Bin dan tidak sepatutnya muncul. Tetapi, setelah mendengar Zhang Xuan menuduh mereka menipu duit, dia tidak dapat menahan lagi.

Kejadian ini telah menarik perhatian ramai pengunjungnya. Jika dia tidak menunjuk diri dan membenarkan orang ini bercakap apa sahaja dia mahu, reputasi kedai makan ini akan dicemarkan. Jika ini berlaku, bos tetua Hong Hao, akan bunuh dia apabila dia pulang.

"Apa maksud saya? Kamu betul-betul mahu saya berterus terang?"

Mata Zhang Xuan berkelip sedikit menunjukkan kelakuan malas untuk menerangkan situasi.

"Hmph, kami hanya mengunakan bahan yang terunggul untuk setiap hidangan yang disaji di Pavillion Hongtian, oleh itu, setiap sajian akan segar dan sedap. Harga kita melalui pemeriksaan ketat oleh akademi. Jika kamu tidak dapat menjelaskan diri kamu dengan memuaskan, tidak kira kamu ini guru ke tidak, jangan harap dapat meninggalkan tempat ini dengan kepala kamu di atas bahu kamu!"

Muka pengurus Wu tampak marah.

Untuk sesebuah kedai makanan, menipu pelanggan merupakan tuduhan yang serius. Jika ini tidak diselesaikan sekarang, Pavillion Hongtian mungkin akan ditutup apabila khabar angin ini mula merebak.

"Dia ini betul-betul mencari mati!"

Asalnya, dia ingat Zhang Xuan akan melepaskan diri begitu sahaja. Namun, selepas melihat Zhang Xuan menuduh Pavillion Hongtian menipu pelanggan dan menghina pengurus Wu, mata Shang Bin mula berkelip melihat situasi tersebut.

Pengurus Wu walaupun kelihatan sebagai seorang yang sabar dan mulia, tetapi apabila nama baik Pavillion Hongtian dicabar, dia akan seakan binatang buas yang tidak ketahui maksud menyerah kalah!

Nampaknya guru tersampah di akademi ini akan ditimpa malang!

"Apa orang ini sedang merepek…"

Jelas muka rasa takut terpapar di muka Shen Bi Ru.

Untuk Pavillion Hongtian dibuka di akademi Hongitan dalam skala sebegini, ia jelas mempunyai sokongan kuat. Namun, dia berani menuduh mereka menipu pelanggan di khayalak ramai, bukankah kamu mencari masalah?

Kedai makan sebesar ini mementingkan reputasi mereka.

"Memandangkan kamu yang minta, saya akan berterus-terang sahaja!"

Walaupun dengan ancaman Wu Chao, Zhang Xuan tidak takut. Dia berjalan ke meja pertama dan berkata.

"Hidangan ini Daging Beruang Buas Ungu, daripada dakwaan kamu, ia disediakan dengan menyalai daging Beruang Buas sebelum merendamnya dalam bancuhan Bunga Ungu untuk tiga hari. Dengan ini, kulitnya akan garing manakala dalamnya akan lembut dipenuhi dengan bau yang menyelerakan. Namun kamu telah mengambilnya keluar selepas hanya merendamnya sehari. Walaupun kulit dan dagingnya akan sama, ciri-ciri perubatan dari Bunga Ungu belum lagi meresap masuk kedalamnya. Ini membuatnya sia-sia tidak kira berapa banyak seseorang memakannya!"

"Ini pula, Ikan Mandarin Honghu, kamu mengiklankannya sebagai ikan mandarin liar yang ditangkap dari tasik Hong. Namun, mereka sebenarnya ikan mandarin yang dibela oleh kamu di Teluk Yeluo. Ia senang untuk membezakan kedua-duanya. Ikan mandarin liar perlu bersaing dengan pemangsanya, kura-kura Qinghe, oleh itu, sirip mereka akan lebih kental daripada mereka yang dibela. Ekornya juga akan lebih tebal. Seseorang hanya perlu meneliti dengan sendiri untuk mendapat tahu apa yang saya kata itu betul!"

"Yang ini pula, Herba Sarung Hati Tumis, bahan yang digunakan bukannya Herba Sarung Hati pun tetapi Herba Hati Pahit! Mereka berdua sebenarnya sama cuma dipetik dengan cara berlainan. Daun Sarung Jantung akan tumbuh di sebelah sarang binatang buas dan akan dijaga mereka. Batang mereka akan lebih tebal dan kandungan nutriennya akan lebih tinggi!"

"Herba Hati Pahit pula tumbuh di mana-mana sahaja dan sangat murah. Batangnya nipis dan kandungan nutriennya jauh berkurangan! Untuk semangkuk sayur sama, perbezaan harganya hampir sepuluh kali ganda! Langsung tidak sama bila dibandingkan! Untuk menyenaraikan ia sebagai Herba Sarang Hati tetapi menghidangkan Herba Hati pahit, kalau ini bukan penipuan, perkataan penipuan itu tidak mempunyai makna!"

...

Dengan senang dia telah dapat menunjukkan punca dan kesalahan setiap hidangan yang disajikan. Selepas mendengar perkataannya, Pengurus Wu tidak lagi marah malah mukanya pucat.

Selaku pengurus Pavillion Hongtian, dia bukan sahaja terlibat dalam melayan pelanggan tetapi juga bertanggungjawab berkait dengan hal-hal dapur. Sememangnya, dia tahu tentang keaslian perkataan Zhang Xuan. Bukan sahaja dia tidak merepek, malah perkataannya…..terlalu tepat!

Bosnya tidak sedar tentang perkara tersebut. Untuk untungnya sendiri, Wu Chao dengan senyap menyuruh seseorang untuk menukar mereka. Seorang pakar pun tidak dapat membezakan antara Ikan Mandarin Honghu, Herba Sarang Jantung asli daripada tiruan. Ini menunjukkan tidak ada jauh bezanya yang asli dengan tiruan.

Bagaimana pula orang ini dapat tahu? Lebih-lebih lagi dengan begitu tepat,

"Celaka sungguh!"

"Kamu dengan sengaja datang dari jauh untuk mencuba Herba Sarang Hati, untuk mendapat tahu ini tiruan!"

"Saya juga. Saya dengar Ikan Mandarin Honghu ini sedap, asli dan wangi, oleh itu saya sengaja datang dari jauh untuk mencubanya. Berani kamu menipu kita!"

"Bayar balik! Bayar balik! Melihatkan kedai makan terkemuka di Akademi Hongtian akan menggunakan tiruan, dan saya ini pelanggan tetap! Saya tidak terfikir semua ini tiruan!"

….

Perkataan Zhang Xuan tidak berbaur penipuan dan rasional dengan cukup bukti untuk membuktikan tuduhannya. Para pelanggan lain dengan segera mula membuat kecoh apabila menyedari mereka ditipu.

Pavillion Hongtian ini boleh dianggap sebagai kedai makan bereputasi tinggi, mungkin juga dalam seluruh Empayar Tianxuan. Ramai hidangannya telah menarik minat pelanggan dari seluruh pelosok empayar. Mereka tidak akan menyangka semuanya tiruan.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C34
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk