Peningkatan asas pertapaan Ni Yan secara mendadak itu benar-benar di luar jangkaan semua orang.
Bu Fang juga terkejut.
Dia menyangka peningkatan asas pertapaannya paling laju. Apa-apa pun, dia mengumpul kuasanya dengan lama menerusi sistem dan boleh mencapai penemuan ulung dalam sekelip mata sahaja.
Kelajuan peningkatannya bagaikan sebuah roket. Dalam sekelip mata, dia naik dari Puncak Alam Roh Kudus ke Alam Roh Kudus dengan tangga roh satu tingkat.
Walaupun demikian, setelah melihat Ni Yan, mulut Bu Fang terus menggerenyet. Wanita ini… lebih ganas daripadanya. Dia naik terus dari Alam Roh Kudus dengan tangga roh satu tingkat ke Alam Semangat Kudus dengan lima Api Kudus.
…
Bagaimana ini boleh terjadi?
Peningkatan asas pertapaan sepatutnya ada hadnya. Kalau asas pertapaan Ni Yan boleh meningkat dengan mendadak seperti itu, tubuhnya pasti tidak boleh menahan kuasa yang melonjak keluar dari tubuhnya itu, bukan?