Peluh menitik di dahi Jun Qingxiao. Seluruh tubuhnya menggeletar kerana terlalu seronok.
Ini kali pertama dia bersaing dengan seorang cef Batu Bersurat Pelahap. Dia diajar memasak oleh gurunya sejak kecil lagi. Namun, dia tidak pernah bersaing dengan orang lain selain gurunya. Dia tidak pernah merasai kemenangan.
Dia asyik gagal setiap kali dia bersaing dengan gurunya. Oleh sebab dia tidak mempunyai jalan penyelesaian, jadi dia sangat terdesak. Semua ini membuatkan harga dirinya terjejas. Apabila mereka berdua berlawan antara satu sama lain, dia tahu dia berpeluang untuk menewaskan gurunya.
Sungguhpun begitu, keraguan masih menyelubungi hatinya apabila dia berdepan dengan gurunya.
Gurunya memahami masalah yang dihadapi oleh Jun Qingxiao. Oleh itu, dia membenarkan Jun Qingxiao keluar dan menyuruhnya mencari pengalaman serta mendapatkan semula keyakinan dirinya.