Yang Meiji dan An Sheng tergamam apabila mereka melihat Bu Fang mencampakkan ikan gemuk itu tinggi di udara.
Ikan itu terbang melengkung di udara dan sisiknya yang berkilau-kilau itu kelihatan sangat mempesona.
Pisau Dapur Tulang Naga itu berputar dan sinaran cahayanya melewati mata kedua-dua wanita itu. Sinaran cahaya itu bergerak dengan kelajuan yang sangat pantas sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sisik ikan gemuk itu kemudiannya dibuang dalam sekelip mata dan berterbangan di udara seperti kuntuman bunga yang mekar.
Ikan itu jatuh tepat di atas pisau dapur yang telah diletakkan di atas meja oleh Bu Fang. Dia menggunakan sedikit kekuatannya untuk mencampakkan ikan itu sekali lagi di udara. Semasa ikan itu terapung di udara, Bu Fang menterbalikannya dan membuang lagi sisiknya dengan kelajuan yang sangat pantas.
Pak! Ikan yang telah dibuang sisik itu jatuh di atas tungku dengan mulutnya terngaga luas.