Cef yang tidak berkepala?!
Siapa sebenarnya cef yang tidak berkepala ini…
Kulit kepala Bu Fang berdenyut-denyut apabila dia melihat cef tidak berkepala yang memegang sebilah pisau di sebelah tangannya dan sebatang senduk di sebelah tangannya lagi sedang berlari ke arahnya sambil menangis teresak-esak.
Di dalam bandar mati yang besar dan aneh ini, seorang cef yang tidak berkepala tiba-tiba muncul.
Siapa sahaja yang tidak melompat kerana ketakutan?
Walaupun Bu Fang seorang yang bersikap tenang, dia juga menggelabah pada masa itu. Namun, mental Bu Fang kuat. Meskipun cef yang tidak berkepala itu sungguh mengerikan, tetapi lama-kelamaan, Bu Fang mula menjadi tenang.
Asap hijau berlinkgar di sekitar pergelangan tangannya dan Kuali Buruj Penyu Hitam muncul di dalam tangannya. Selepas dia mengalirkan daya tulen ke dalam kuali itu, Kuali Buruj Penyu Hitam itu memancarkan cahaya emas dengan serta-merta.
"Berambus dari sini!"
Dong!