Kapal Perang Bandar Pil Langit.
Di dalam sebuah dewan yang lama, terdapat beberapa buah meja. An Sheng sedang duduk dengan selesa di atas sebuah kerusi dan dia menyilangkan kaki langsingnya sambil memegang eliksir yang berwarna jed. Semasa dia bermain dengan eliksir itu, dia mengecilkan matanya, seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu.
"Bu Fang… ialah seorang cef? Dia satu-satunya cef dalam Persidangan Tangan Ajaib dan juga musuh awam ahli-ahli alkimia…" Dia menggumam pada dirinya sendiri dan setiap kali dia menggumam, matanya semakin bersinar.
Pada hari semalam, semasa dia memberitahu Duan Yun bahawa lawannya ialah seorang lelaki yang bernama Bu Fang, lelaki itu tergamam seketika. Kemudian, Duan Yun memberitahunya dengan serius yang dia akan berlawan dengan seorang lelaki yang sangat berbahaya.