Setelah lelaki mabuk kepayang itu beredar, wanita berambut merah di kedai eliksir bertentangan Bu Fang nampaknya telah menyaksikan kejadian itu. Ini menyebabkannya dia merenung pintu metalik Restoran Kabus Awan yang ditutup rapat itu dengan penuh kekeliruan.
'Nampaknya restoran ditutup agak awal hari ini.' Wanita itu berfikir dalam hati.
Tiba-tiba, anak matanya melebar apabila dia melihat lampu-lampu yang terang bersinar keluar dari restoran itu. Apa yang berlaku di dalam kedai itu? Wanita itu mengerdipkan matanya sambil rasa ingin tahu membuak-buak dalam hatinya.
.....
Bu Fang terkejut kerana ini kali pertama dia menyaksikan sistem mengubahsuai sebuah kedai. Kedai di hadapannya itu berkilauan dan lampu-lampu putih yang cerah dipancarkan dari dalam keempat-empat dindingnya. Cahaya yang terang itu sangat mempesonakan sehingga Bu Fang mengecilkan matanya.