"Apa? Kamu kata Tauke Bu telah meninggalkan Bandar Diraja dan pergi mengembara lagi?"
Ni Yan melihat Ouyang Xiaoyi yang berwajah aneh itu. Selepas Ni Yan bertanya beberapa soalan kepada Xiaoyi, gadis itu menganggukkan kepalanya sebagai tanda pengesahan.
Xiaoyi sudah biasa dengan cara hidup ini. Bu Fang selalu meninggalkan restoranya untuk pergi mengembara. Setiap kali dia pulang, dia akan memasak sebuah sajian baru. Boleh dikatakan Bu Fang pergi mengembara kerana dia ingin mencari inspirasi untuk memasak sajian-sajian baru.
Ni Yan mengeluh dan kekecewaan terpancar di wajahnya. Dia ingin berjumpa dengan Tauke Bu dan mencuba masakan air tangannya. Walau bagaimanapun, gadis di hadapannya itu tidak tahu Bu Fang telah pergi ke mana.
Dia memutuskan untuk melupakan sahaja hasratnya. Dia percaya takdir akan menemukan mereka berdua nanti.