Setelah melalui satu demi satu kekacauan, Bandar Selatan akhirnya mengecapi tempoh keamanan.
Satu susuk tubuh putih yang gempal berdiri di bawah pintu gerbang yang tinggi. Mata robotiknya perlahan-lahan bertukar dari warna ungu kepada warna merah yang membangkitkan memori yang menggerunkan kepada orang yang pernah melihatnya sebelum ini.
Parang pada tangan Si Putih perlahan-lahan menjadi lembut dan bertukar kepada tapak tangan bersaiz kipas.
Lima susuk tubuh jatuh bergelimpangan. Orang-orang misteri ini berniat membunuh Bu Fang namun mereka semua dibunuh Si Putih. Tanah itu berlumuran darah merah.
Si Putih mengerdipkan matanya dan langsung tidak terkesan dengan lima susuk tubuh yang membusuk itu. Si Putih berpusing dan kembali ke sebelah Bu Fang.
Bu Fang mengalihkan pandangannya daripada Ikan Hantu Naga Meletus kepada lima susuk tubuh membusuk itu. Dia terus berkerut kerana pernah terhidu bau busuk mayat itu.
Bau itu sama seperti… Cef Hantu.