Pada malam yang gelap, salji turun dan dua bulan sabit terlindung di sebalik awan.
Bandar Diraja Empayar Bayu; di Istana.
Bahagian dalam dewan utama istana itu terang-benderang. Bunyi tarian dan muzik kedengaran tanpa henti. Aroma daripada wain berkualiti dan sajian istimewa memenuhi ruang udara dalam istana itu. Di tengah-tengahnya, penari wanita melenggok-lenggokkan badan sambil berusaha menunjukkan kecantikan mereka.
Pemuzik istana, yang duduk di satu sudut, sedang memainkan muzik yang merdu. Penari-penari wanita itu menari dengan lemah gemalai mengikut rentak muzik. Pergerakan mereka nampak begitu menawan sehingga semua orang terpaku melihat mereka.