"Oh, Tauke Bu, kamu pun turut serta Jamuan Seratus Keluarga tahun ni! Baguslah, tak sabar saya nak tengok masakan kamu!"
Bila Bu Fang melangkah masuk ke dalam Pintu Gerbang Misteri Menakjubkan, dia tiba-tiba disapa dengan penuh bersemangat oleh satu bebola daging bulat. Wajahnya nampak terperanjat. Apa yang Si Gemuk Jin buat di sini? Selepas berfikir seketika, dia akhirnya memahami kenapa. Pemilihan rawak tetamu Jamuan Seratus Keluarga itu tidak terhad kepada sesiapa. Jadi, tak peliklah kalau Si Gemuk Jin pun ada di sini.
"Tauke Bu, ini anak lelaki dan menantu perempuan saya." Si Gemuk Jin berkata dengan senyuman sambil menarik menantu dan anak lelakinya yang bulat sepertinya.
Bu Fang mengangguk perlahan kepada wanita yang lembut di sebelah Si Gemuk Jin itu. Dia terperanjat yang Si Gemuk Jin berjaya mendapatkan seorang wanita yang nampak sangat lemah-lembut itu untuk anaknya.