Unduh Aplikasi
5.13% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 49: Anjing Hitam Besar Berjalan Seperti Kucing

Bab 49: Anjing Hitam Besar Berjalan Seperti Kucing

Editor: EndlessFantasy Translation

Bu Fang menguap sambil membuka pintu masuk restorannya. Angin bertiup masuk ke dalamnya bersama-sama hujan musim luruh yang sejuk. Gerimis itu bagaikan sekeping langsir yang menutupi seluruh langit.

Dia masuk ke dapur dan mengambil lobak putih untuk latihan harian kemahiran menggunakan pisau. Dia kemudiannya berlatih memasak beberapa hidangan dan memberi salah satunya kepada Si Hitam untuk dimakan.

"Si Hitam, masa untuk makan." Bu Fang meletakkan hidangan itu dalam restoran dan memanggil Si Hitam masuk. Hari masih hujan di luar jadi lebih baik Si Hitam duduk di dalam.

Sambil Si Hitam menghidu haruman itu, anjing malas itu terus bangun dan berjalan masuk ke dalam kedai seperti seekor kucing… Ia kemudian makan makanan dalam mangkuk itu dengan lahap.

Bu Fang melihatnya tanpa perasaan dan berfikir, 'Kenapa anjing itu berjalan seperti kucing?'

Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya basah kuyup bila mereka masuk ke dalam kedai sambil memegang payung. Mereka menyapa Bu Fang dengan senyuman dan meletakkan payung kertas minyak di pintu masuk.

"Tauke Bu, selamat pagi. Saya nak pesan hidangan sama seperti semalam." Si Gemuk Jin duduk dan berkata kepada Bu Fang sambil mengibas jubahnya yang dibasahi hujan. Lelaki-lelaki gemuk lain pun memesan makanan mereka.

Bu Fang mengangguk tanpa perasaan dan masuk ke dapur. Selepas seketika, bau harum meresap keluar.

Selepas Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya selesai makan, Bu Fang dapat berehat seketika. Mungkin disebabkan hujan, tak ramai pelanggan yang datang.

"Tauke busuk! Berikan saya sehidang Sup Tauhu Kepala Ikan!"

Satu jeritan datang dari luar restoran. Sebelum orang itu sampai, suaranya sudah kedengaran.

Wajah Ouyang Xiaoyi penuh kegembiraan sambil dia berlari masuk ke dalam kedai. Seluarnya basah kuyup disebabkan hujan tapi dia tak hiraukan pun.

"Tauke busuk, saya dah naik satu tahap! Cepat hidangkan saya Sup Tauhu Kepala Ikan!" Mata Ouyang Xiaoyi begitu gembira sambil dia memandang Bu Fang penuh mengharap.

Bu Fang terkejut seketika dan melihat budak perempuan itu. Kelihatan ada daya tulen di kulitnya yang menandakan dia berjaya mempamerkan daya tulen di luar badannya. Namun, dia masih belum mahir mengawalnya yang bermaksud dia baru saja memperolehnya.

"Oh, baik. Tunggu sebentar." Bu Fang berkata tanpa perasaan kemudian dia masuk ke dapur.

Ouyang Xiaoyi mengecilkan matanya sambil wajahnya yang comel itu tersenyum. Dia bersandar pada tingkap sambil menunggu Sup Tauhu Kepala Ikan dengan tak sabar.

Bu Fang memasak dengan pantas kerana dia sudah biasa dengan hidangan itu. Walaupun agak leceh memasak Sup Tauhu Kepala Ikan, sekarang dia rasa hidangan itu mudah dibuat.

Sup ikan putih susu itu menghasilkan udara panas yang padat dan isi ikan itu sangat sedap dan lembut. Tauhu yang jernih bak kristal itu pun lembut dan gebu.

Bila Bu Fang meletakkan Sup Tauhu Kepala Ikan itu di tingkap, Ouyang Xiaoyi segera mengambilnya. Kedua-dua mereka kini bekerja dengan selaras dan aksi mereka teratur dengan baik.

Bu Fang terkejut bila teringat, "Bukankah kerja dia sudah tamat?"

Dia memandang Ouyang Xiaoyi yang menikmati hidangan itu dengan gembira dan tersenyum kecil.

Memang menyenangkan hati bila dapat minum Sup Tauhu Kepala Ikan panas-panas pada hari hujan sebegini.

Di hujung lorong itu, beberapa susuk tubuh berjalan perlahan ke arah restoran. Angin mereka nampak tak baik.

Mereka adalah keluarga Xiao yang datang membawa Xiao Yanyu yang semakin lemah. Namun, tak seorang pun daripada ahli keluarga itu yang nampak berharap kerana semuanya bermuram durja.

Xiao Meng memangku anaknya, Xiao Yanyu sambil menuju ke arah Restoran Fang Fang. Wajahnya sugul. Sejak doktor Diraja maklumkan yang mereka tak ada harapan, dia hanya mampu bergantung kepada kedai yang misteri ini.

Disebabkan dia risau, dia telah datang menyiasat kedai itu buat kali kedua. Walaupun dia tak temui apa-apa, sekurang-kurangnya… dia lebih yakin dengan kedai itu.

Bu Fang memandang keluarga Xiao tanpa perasaan sambil mereka masuk ke dalam restoran dan duduk.

Wajah cantik Xiao Yanyu lebih putih daripada kertas dan tak ada sedikit pun kesan darah. Memang jelas yang tenaga hayatnya semakin berkurangan dan auranya semakin lemah.

"Kamu kata… kamu boleh selamatkan kakak saya. Saya percayakan kamu, sebab itu saya tunggu sehingga hari ini!" Suara Xiao Xiaolong agak garau sambil dia merenung Bu Fang.

Bu Fang mengangguk dan membalas dengan tenang, "Saya memang boleh selamatkan dia. Tapi, saya perlu sediakan masakan berubat dulu. Tunggu sebentar."

"Saya mengharapkan kamu." Xiao Xiaolong menarik nafas dengan berat sambil tabik genggam kepada Bu Fang.

Bu Fang masuk ke dapur dan mula memasak Sup Ayam Phoenix Herba Sej.

Xiao Meng duduk tegak di kerusinya. Wajahnya sugul sehinggakan tak dapat dibaca apa dalam fikirannya.

Selepas masuk ke dapur, Bu Fang mula buat persediaan.

Dia memproses Ayam Phoenix Merah Darah mengikut arahan dan menyumbat herba semangat ke dalam perut ayam. Dia kemudian meletakkan ayam itu ke dalam periuk tanah dan biarkannya direbus. Bila bau wangi ayam keluar, Bu Fang menuang jus Herba Sej yang telah disediakan ke dalam periuk.

Selepas menarik nafas dalam, Bu Fang mengumpul daya tulen dalam badannya dan meletakkan tapak tangannya di atas periuk tanah itu. Dia merasakan sesuatu yang pelik seolah-olah dia dan masakan itu bersatu. Daya tulen keluar membuak-buak dan membantu memasak sup ayam itu.

Dalam restoran itu, ahli keluarga Xiao menunggu dengan gelisah sambil berjalan mundar mandir. Hujan semakin lebat dan bunyinya pun bergema tak henti-henti.

"Kenapa kamu gelisah? Duduk dan tunggu diam-diam." Xiao Meng memarahi ahli keluarganya yang mundar mandir.

"Betul ke… restoran ini boleh dipercayai? Kalau doktor Diraja pun tak mampu selamatkan cik muda, apa yang pemilik restoran ini mampu buat?" Pembantu rumah keluarga Xiao itu bergumam.

"Itu yang saya fikirkan juga. Doktor Diraja pun hanya mampu pastikan cik muda panjang umur. Bagaimana seseorang yang bukan perawat boleh memulihkan kecederaan cik muda?" Salah seorang pelayan wanita keluarga Xiao mengeluh.

Yang lain-lain terus berbual tanpa henti dan menyatakan keraguan mereka terhadap Bu Fang.

"Bisinglah! Tolong senyap." Xiao Meng menempik dengan dingin. Dengan serta merta, mereka semua senyap sampai tak berani pun nak berbisik.

Pada masa itu, satu bau harum meresap keluar dari dapur. Bau wangi daging ayam dan aroma herba semangat bercampur aduk.

Semua orang menghidu bau harum di udara itu.

Ji Chengxue yang memakai jubah putih tiba di restoran. Dia meletakkan payung di pintu masuk dan terkejut melihat orang ramai di dalamnya. Sambil dia masuk, baru dia sedar mereka adalah ahli keluarga Xiao.

"Sembah salam Tuanku." Xiao Meng berkata sambil tabik genggam kepada Ji Chengxue.

Ji Chengxue tersenyum lembut sambil mengangguk dan membalas dengan tabik genggam. Selepas bertanya kepada Xiao Meng, dia dapat tahu yang Xiao Yanyu telah tercedera dan perlu dirawat Tauke Bu.

"Tauke Bu pun mampu merawat kecederaan?" Ji Chengxue rasa hairan.

"Hahaha! Restoran ini memang terpencil. Memang beta akan ambil masa lama untuk cari tempat ini sendiri." Kedengaran bunyi orang tertawa sambil dua susuk tubuh masuk ke dalam restoran.

"Putera mahkota?" Ahli keluarga Xiao sangat terperanjat. Tak sangka restoran ini mampu menarik perhatian dua orang putera.

"Oh, Adinda ketiga pun ada di sini. Kebetulan sungguh." Putera mahkota, Ji Chengan tersenyum kecil sambil tabik genggam kepada Xiao Meng.

"Di mana Tauke Bu?" Xushi bertanya dengan hairan.

"Tauke busuk sedang membuat persediaan merawat kakak Yanyu. Hari ini kedai tutup awal." Ouyang Xiaoyi membalas dengan menawan. Secara tak sengaja, dia menjadi pelayan sekali lagi.

"Rawat kecederaan?" Ekspresi pelik muncul di wajah putera mahkota, Ji Chengan dan Xushi. Mereka datang ke restoran untuk dapatkan rawatan? Biar betul?

Sambil bau harum menjadi semakin pekat, semua orang yang menunggu berasa lapar.

Selepas beberapa ketika, satu susuk tubuh tinggi lampai keluar membawa periuk tanah yang panas.

Bu Fang keluar dari dapur tanpa perasaan dan meletakkan periuk tanah di atas meja.

"Ini ialah Masakan Eliksir untuk menyelamatkan Xiao Yanyu iaitu Sup Ayam Phoenix Herba Sej."

Bu Fang berkata tanpa ekspresi sambil semua orang memandangnya pelik. Selepas dia habis bercakap, dia membuka periuk tanah itu.

Bila penutupnya dibuka, wap panas terbit dan bau harum meresap keluar. Daging ayam yang jernih itu menggeletar sedikit dan sup ayam berwarna kuning jingga itu bersinar.

Anak mata semua orang di situ mengecil sambil mereka menghidu bau harum itu. 


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C49
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk