Atas desakan wang, Ayra Affia nekad menerima tawaran menjadi isteri kontrak kepada Ashraf Daniel, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Ayra Affia bersabar dengan karenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedari, ada cinta di hatinya buat lelaki cerewet itu meskipun cuba dinafikan.
"Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ini." Ayra Affia
Di mata Ashraf Daniel, Ayra Affia cuma sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis cantik itulah yang terbaik buat dirinya. Demi cinta yang menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah.
"Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?" Ashraf Daniel
Satu demi satu kejadian ditempuhi Ayra Affia, menjadikan dia sedar hidup bersama Ashraf Daniel perlu ada kekuatan selain pengorbanan. Dia harus sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Kerana lelaki yang disangka biasa-biasa itu sebenarnya seorang ketua mafia!
" So, berapa harga you untuk.. let say, one week? Hunder k? Two hundreds K? Or five hundreds K?"
Gara gara terlihat kelibat Admirah di kelab malam, Harris mula menjejaki gadis itu. Hati lelakinya mahukan gadis itu. Walau apa pun harga yang akan dia tanggung, termasuklah dengan membeli resort tempat Admirah bekerja.
"Tujuan I call u ni sebab nak tawarkan satu jawatan penting" Harris
"Jawatan apa?" Admirah
"Pembantu peribadi saya."Harris
" Terus terang saya cakap, saya lebih rela jadi tukang cuci daripada jadi pembantu peribadi encik."Admirah
Disebabkan ego, Harris tunaikan juga permintaan Admirah yang mahu jadi tukang cuci. Biar gadis itu rasa! Namun, sakit pula hatinya apabila gadis itu seakan akan bahagia dengan perkerjaan barunya.
Sudah puas Admirah menolak, menumbuk dan tampar lelaki yang bernama Harris itu, namun lelaki itu tidak pernah putus asa. Akhirnya, Admirah menuturkan dua syarat.
"Awak janji akan jadi isteri saya kalau saya mampu tunaikan apa yang awak mahu tu.?
Isteri? Gulp! Bila masa pula dia sebut pasal nak jadi isteri lelaki ni.?