"Saya tak akan jadi melampau hingga panggil kamu genius. Lebih kepada pengawal peribadi saya yang bodoh seperti khinzir."
Huo Mian tergelak dan Su Yu memandang lesung pipit comel yang muncul pada wajahnya yang mengukir tawa.
Dia tidak seperti wanita di luar sana; senyuman mereka begitu palsu, sama ada mereka menutup mulut mereka dengan tangan untuk kelihatan kewanitaan atau tersenyum lembut seolah-olah gambar mereka sedang diambil. Sukar sekali untuk mencari orang seperti Huo Mian yang mempunyai senyuman yang begitu cantik dan semula jadi.
Huo Mian tidak berkata lanjut. Dia menggantung tetesan IV dan bersedia menyuntik jarum.
"Nak cakap sahaja… saya tak bayar wang yang banyak untuk menahan semua kesakitan ini. Tak bolehkah kamu guna sahaja jarum kekal? Saya tak suka kamu cucuk saya hari hari. Adakah kamu cuba untuk buat saya mati kesakitan?" Su Yu menegur dengan wajah yang dingin.