Télécharger l’application
33.33% true love from the moolight / Chapter 3: Di pagi hari yang indah.

Chapitre 3: Di pagi hari yang indah.

Keesokan harinya. cahaya mentari pagi mulai menyinari.

Aku segera bangun dan meregangkan badan ku sebentar di atas tempat tidur. Kemudian itu aku pun berdiri dan berjalan keluar untuk melihat sama ada appa(ayah) sudah bangun atau belum.

aku melihat pintu bilik appa(ayah) masih tertutup dan nampaknya aku bangun awal pagi ini.

Tanpa membuang masa aku pun keluar untuk melihat halaman rumah itu dan menghirup udara yang segar di pagi hari.

"Aaa, indahnya pagi ini " kataku yang melihat halaman rumah itu yang bersih, pokok-pokok bunga yang mekar dan cahaya pagi yang indah.

Tanpa aku sedari rupanya makcik kim yang kemarin menyapu itu sedang berdiri di situ dan sepertinya dia sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Dan makcik kim pun berpaling kepadaku setelah mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.

"Selamat pagi Hara " ucap makcik itu kepada ku sambil tersenyum.

"Apa cik tidak bersiap dahulu sebelum keluar? " Tanyanya lagi dan riak mukanya yang kehairanan sedikit.

Mak cik kim menunjukkan riak muka seperti itu kerana dia tidak pernah melihat anak bangsawan yang keluar dari bilik mereka tanpa bersiap dahulu dan hanya memakai hanbok berwarna putih sahaja selama dia bekerja sebagai penjaga di rumah itu.

selain itu, ada juga anak bangsawan perempuan yang menginap di situ sebelum ini tetapi mereka tidak akan keluar dari bilik tanpa menghias diri walaupun sekejap sahaja dengan berpakaian tidur seperti hara, dan ini membuatkan makcik kim berasa sedikit pelik dengan perangai hara yang jauh berbeza dengan anak bangsawan lain.

" ha!, kenapa ada masalahkah dengan baju saya makcik kim lagipun ini masih awal appa(ayah) pun belum bangun lagi " . Jawabku kembali.

Tapi kenapa makcik kim bertanya seperti itu ya, kataku dalam hati . sejurus itu aku melihat hanbok berwarna putih yang aku pakai sekarang mana tau koyak atau kotor sampaikan makcik kim menunjukkan riak muka yang kehairanan sedikit.

" Cik dari mana cik tau nama saya ? " Tanya makcik kim lagi.

" Saya tanya penasihat agung Jang atau appa(ayah) mana adil makcik kim tau nama saya masa saya tidak boleh tahu nama makcik kan ". Jawabku lagi lalu menuruni dua anak tangga untuk menuju ke arah makcik kim.

Aku pun memakai hwa(kasut) dan segera berjalan ke arah makcik kim untuk membantunya.

"Cik...., cik buat apa nii ? " Ujar makcik kim yang agak terkejut melihat aku mengambil air yang ada dalam tempayan itu .

" Makcik kim, apa makcik kim sudah lupa saya bilang panggil saya Hara kannn" cakapku sambil memegang air di dalam tempat seperti gayung.

" Iya saya tau cikk.. ehhh.. bukan maksud saya hara biar makcik sahaja buat kerja ni hara pergilah bersiap dulu ". Jawab mak cik kim lagi, sambil berusaha untuk mengambil gayung di tanganku.

Aku pun mengelak sedaya- upaya agar makcik kim tidak mengambil gayung itu. Agak lama juga kami bergelut di situ.

"Alahhh, makcik kim sekali saja ya Hara nak siram juga lah ya...ya..ya ". Pinta ku dengan nada suara yang comel dan riak wajah merayu. Apakan tidak nampaknya makcik kim berkeras supaya aku tidak membantunya menyiram pokok-pokok bunga itu.

Tidak lama kemudian pintu bilik appa(ayah) terbuka dan appa(ayah) terus keluar menuju ke halaman rumah itu.

" Hara.., hara apa bising sangat pagi-pagi ni sampai ke dalam appa(ayah) dengar suara kamu tau ". Kata appa (ayah) yang baru keluar dari ruangan tidurnya dan kelihatannya appa(ayah) sudah bangun.

muka appa(ayah) sedikit mamai mungkin juga dia segera bangun setelah mendengar keadaan yang agak bising di luar.

Kami pun segera berhenti seketika dan makcik kim menundukkan kepalanya .

"Maaf tuan, mengganggu tuan tidur, maafkan saya" ujar makcik kim yang menundukkan kepalanya itu.

" Tiada masalah makcik kim lagipun saya sudah bangun cuma saya agak terkejut sedikit kerana suara hara kedengaran dan nampaknya sikap degilnya muncul lagi makcik kim ". Jawab appa(ayah) sambil melihat ku yang berdiri disebelah makcik kim.

"Mana adalah appa(ayah) hara cuma mahu tolong, tapi makcik kim tidak benarkan lah lagipun ini bukan salah makcik kim yaaa appa(ayah)". Ujar ku kepada appa( ayah).

"Makcik kim, beginilah apa kata makcik kim biarkan saja hara bantu makcik kalau di larang pun mana mungkin dia dengar, kalau tidak sampai esoklah jawabnya makcik kim bergelut dengan Hara." Kata appa(ayah) yang memberi pendapat dan sedikit menyindir kerana siapa yang tidak kenal dengan sikap anak perempuannya yang degil itu terutamanya dalam hal begini.

"Baiklah saya izinkan hara tolong saya" jawab makcik kim dengan suara yang gembira .

" Yeahh!! Saranghae appa, kim ajumma (sayang ayah dan mak cik kim) nanti hara bagi haengboghada biskut ." ucap ku dengan teruja kerana akhirnya aku dapat menolong setelah lama aku meminta dengan makcik kim tetapi dia tetap tidak membenarkan nasib baik lah appa(ayah) ada tadi.

" Hara nampaknya kamu gembira sekali ya ". Ujar makcik kim dengan tergelak sedikit melihat sikap ku .

" Mestilah makcik kim". Jawab ku sambil menyiram pokok-pokok bunga yang ada disitu.

Kami pun bersama-sama menyiram pokok-pokok bunga itu sambil bergurau senda.

Entah kenapa aku bersikap seolah-olah aku sudah lama mengenali makcik kim padahal pada realitinya aku hanya menginap di rumah itu beberapa hari sahaja dan esok kami akan pulang ke Hanseong dimana tempat aku tinggal dan juga merupakan ibu kota Jeosen.

"Nampaknya anakku sudah membesar dengan baik dan amat jelas terukir kegembiraan di wajahnya". Ujar ayah hara dalam hati yang melihat sikap, gelak tawa dan keakraban Hara dengan makcik kim walaupun pun mereka baru sahaja kenal antara satu sama lain.

Setelah habis menyiram tadi aku pun segera naik dan menuju kearah appa(ayah) yang sibuk membaca segulung surat.

"Appa(ayah) buat apa tu " tanyaku dan duduk disebelah appa(ayah) dan melihat ke arah surat itu.

" Tiadalah ini hanya nama penduduk kampung yang akan appa (ayah) jumpa nanti dan lagi satu appa(ayah) nak pergi ke pekan kampung ini untuk beli beberapa buah tangan untuk omma(ibu), Dan Hara tak nak bersiap lagi kah ni, pergi bersiap dulu lepas itu baru sarapan sama-sama " ujar appa(ayah) .

"Aresoyseo appa (baiklah appa)". Jawabku.

" Apa hara tidak bau sesuatu kah ? " Tanya appa dan menghidu ke arah ku.

pada awalnya aku sedikit terkejut mendengar pertanyaan appa(ayah) kerana dari tadi aku tidak terhidu bau apa-apa disitu.

" Rupanya kamu ya, pergi mandi sana aduhhh," kata appa (ayah) dan melihat ku.

Nampaknya penasihat agung Jang suka mengusik anak perempuannya kerana baginya melihat reaksi hara adalah perkara yang dapat menghiburkan dirinya.

" Eshhh, jahat lah appa (ayah) ni mana ada hara bau, Hara bukannya kemana- mana pun " jawab ku dengan suara yang merajuk.

Siapa yang suka di katakan begitu memanglah aku belum mandi dan bersiap tapi tidak semestinya berbau kan.Lagipun masih awal apa untuk bersiap.

" Hahaha, appa(ayah) bergurau sajalah jangan nak merajuk mulut tu muncung, muka hara macam ikan kap gebenor Hwang ". Tambah appa(ayah) lagi.

" Aresoyseo ( baiklah) penasihat agung Jang" jawab ku dan terus menuju ke bilik untuk bersiap.

Penasihat Agung Jang (ayah hara) :

Rupanya sikap hara masih juga macam dulu memanggilku penasihat agung apabila marah atau merajuk sedikit.

Di dalam bilik hara :

Setelah selesai mandi dan bersiap, sekarang tiba masanya aku memilih hanbok yang aku pakai pada hari ini.

Aku pun melihat beberapa hanbok yang berada dalam almari bilik itu dan seperti biasa aku memikir sejenak.

" Ha, jumpa pun " kataku setelah melihat hanbok berwarna biru pastel di bahagian chima(skrit)dan di bahagian jeogorinya( bahagian atas hanbok) berwarna putih yang dihiasi sekuntum bunga mawar.

Aku memilih untuk memakai otgoreum(reben sebagai kancing berukuran panjang yang mengunjungi ke bahagian skrit) berwarna kuning.

Dan sepertinya hanbok ini lah yang omma(ibu) cakap sebelum aku bertolak ke kampung ini bersama appa(ayah) dan pada masa itu aku langsung tidak mengendahkan bicara omma(ibu).

Aku bukan sengaja berbuat sedemikian tetapi ketika itu aku sedikit sibuk menyiapkan pakaian yang hendak aku bawa.

Di ruang tamu rumah sementara :

" Hara ppali (hara cepat) " panggil appa(ayah) yang sedang duduk dan sedang memakai hwa (kasut).

Di bilik hara :

" De, appa cangkaman( iya ayah sebentar) jawabku ketika aku berdiri di hadapan cermin untuk membetulkan ikatan otgoreum (reben) hanbokku.

Tidak lupa juga uncang begnya yang selalu di bawa hara tapi kali ini beg uncang itu berwarna biru. Seperti bisa dalam uncang beg itu ada beberapa biskut kegemarannya dan sapu tangan serta duit yang telah diberikan oleh ayahnya.


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C3
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous