Pagi-pagi lagi kami telah bersiap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur,jujur pastinya aku berasa lega kerana tidak perlu lagi melayan lakonan Zafrel yang mengada dan pelik itu,namun,ada juga tercalit rasa sedih untuk meninggalkan kampung yang walaupun tidak sampai seminggu aku tinggal disini,namun sudah pelbagai kisah yang tercoret di sini.Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku jejakkan kaki ke sini,kerana aku sendiri tidak pasti sampai bila aku akan bergelar isteri.
Aku kucup lembut tangan ummi,Aku bersyukur kerana dikurniakan ummi dan abi sebagai mertua,mereka melayanku dengan sangat lembut walaupun aku banyak kekurangan dan kelebihan.tanpa sedar air mataku mengalir perlahan.
"eh,bakpo Saira teriok(nangis) ? " soal ummi lembut.
"ehem,ada orang tu sedih ke nak tinggalkan kampung saya?" celah Zafrel yang sedang berdiri di sebelahku
Aku menjeling Zafrel tajam,ikutkan hati mahu saja aku hadiahkan dia cubitan lipan,mujurlah mengenangkan ummi yang memerhati tingkah kami.
"ummi,Saira minta maaf tau kalau Saira ada salah dengan ummi,halalkan makan minum Saira dekat sini,terima kasih sebab layan Saira baik sangat" ujarku ikhlas,kata-kata itu aku ucap ikhlas dari hati kerana aku tidak pasti akan adakah lagi peluang untuk bertemu ummi sebagai menantu.
"akak ni,nanti,kami datang rumah along dengan akak,boleh lepak lagi,." ucap Fira mesra,
"haa along,jangan buli akak Fira tau,akak ingat,kalau along buat hal call Fira, nanti sampai lah Fira depan pintu" sambung Fira lagi sambil ketawa.
Alahai,andai Fira tahu hubungan kami yang sebenar,apalah riaksinya,sungguh tak dapat aku bayangkan riaksi orang-orang yang aku sayang pabila mengetahu hubungan kami yang sebenar.
***
Sepanjang perjalanan,aku dan Zafrel tidak brrcakap mahupun bertegur,Zafrel kelihatan tenang sahaja ketika memandu,matanya fokus menghadap jalan raya,.
Mataku perlahan memerhati wajah milik Zafrel,putih kemerahan wajahnya,jika diteliti,wajahnya ada iras dengan pelakon Thailand, Sunny Suwanmethanont.
"dah habis kira ke bulu roma saya ada berapa helai?" kata Zafrel memecah kesunyian.
Aku dengan pantas mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap,perasaan malu mula menyerbu.aduh,kau ni Saira selalu sangat kantoi kalau kau tengok dia,mamat ni pun satu,pakai ilmu aap entah,asyik perasan je.
"saya tahu,awak bersyukur dapat suami kacak macam saya ni,tapi tak payahlah curi-curi tengok,tengok je,sebab its yours," ujar Zafrel lalu mengenyitkan mata kananya.
"euw! Encik Zaf jangan nak perasan,mungkin isteri Encik Zaf seorang lagi kut yang bersyukur,bukan saya!" bantahku tegas,haish,Entahlah,hatiku masih belum reda sepenuhnya,aku cuba untuk tidak memikirkannya kerana aku dan Zafrel bukanlah nikah atas dasar cinta,itu mungkin haknya untuk merahsiakan.
***
"uii,mokcik,bangun lah,.." bisik seseorang di telinga ku,
Aku berpaling dengan pantas dek kerana terkejut.tanpa sempat aku mengelak,batang hidungku telah pun bertemu hidung seseorang.
"aduh!!" keluh seseorang,
Bulat mataku mendapati hidung yang aku langgar tersebut adalah milik Zafrel,perasaanku bercampur baur apabila jarak dan Zafrel hanya beberapa inci sahaja.
Dia memberiku pandangan yang redup,matanya tepat memanah mataku,
"ni hutang tau." ujarnya lalu membetulkan kedudukan.
Aku menarik nafas lega,sangkaku,Zafrel marah dengan tindakan ku sebentar tadi.takut kah aku pada Zafrel? Mana hilangnya kemarahan kau Saira,haish kau ni,macam kucing,lembut sangat.
Aku melihat sekekeliling,rumah aku? .
"kenapa kita dekat sini?" soalku kepada Zafrel yang sedang membelek hidunnya di cermi.
Ceh! Mengada betul belek hidung dia tu,takut jatuh saham lah tu,detak hatiku.
"haa,mengutuk saya lah tu,nasib dalam kereta,kalau tak,.." ujar Zafrel lalu mengukir senyuman nakal.
"apa Encik Zaf?" soalku dingin,
"you should know better than me," kata Zafrel sambil menjongketkan keningnya.
"kenapa kita balik sini?" soalku lagi tanpa membalas kata-kata Zafrel sebentar tadi,.
"erm,nak kemas barang awak lah,lepas tu baru balik rumah." kata Zafrel lalu keluar dari perut kereta BMW miliknya.
Aku pun turut keluar lalu mengekori Zafrel,rumah mana pula yang dia maksudkan,rumah papa ke?
"Encik Zaf,rumah mana pula ni?"soalku ingin tahu.
"rumah kita lah,wahai isteri,.." jawab Zafrel sambil tersenyum manis.
"babe! Baru sampai?" laung Salina yang berjalan menuju ke pintu pagar.
Salina dan ahli keluargaku yang lain menaiki kapal terbang pagi tadi,jadi mereka sudah lama sampai ke Kuala Lumpur.
Aku tanpa banyak soal,terus masuk kedalam rumah,dan meninggalkan Zafrel disitu.alah pastinya dia akan masuk juga nanti.
"banyak ke barang kau nak bawa?" soal Salina yang turut mengikutku naik ke bilik.
"taklah,baju je,nanti aku balik sini juga," kataku,kepada Salina.
Memandangkan hubunganku tidak akan kekal lama jadi tidak perlulah aku hendak membawa pelbagai barangan.cukup yang diperlukan sahaja.
"kau nak buat rumah ni,tempat kau merajuk nanti eh?" soal Salina curiga.
" haha kau rasa? Hahaha" kataku sambil ketawa.
Merajuk? Hurm mungkin tempat untuk aku tinggal selepas ku bercerai nanti.yakin ke kau Saira? Entahlah penat untuk berfikir.hubungan aku dan Zafrel yang terjalin tanpa cinta ini.
"haa,kau kemas lah,aku nak masak,kejap lagi boleh makan sama-sama." ujar Salina,
Aku tersenyum nipis,lalu mencapai beg yang terletak di atas almari.
Dalam sibuk aku mengemas pakaianku untuk dibawa bersama,terasa bagai ada seseorang di belakangku.
Dengan debaran di hati,aku menoleh perlahan,...dan aku terlihat sepasang kaki yang sedang duduk di atas katil.
"Encik Zaf?!!" ucapku terkejut,dengan pantas aku mencapai tuala yang ada disisiku lalu diletakkan diatas kepala
Zafrel ketawa kecil melihat gelagatku,dia memandang ku lembut lalu turun dan duduk disebelahku
"bila Encik Zaf masuk? Kenapa masuk? Kenapa senyum?" soalku bertubi, sakit pula hatiku,apabila tidak menyedari sejak bila dia berada di dalam bilik,tidak pula dia ketuk pintu.
Haih Saira,tak pelik ke kalai dia ketuk pintu nak masuk bilik isteri dia?tapi dia anggap kau isteri ke? Hurmm
"wow! Banyaknya soalan,tak nak jawab boleh?" kata Zafrel lalu mengukir segaris senyuman comel.
"hurm,ni ke bilik isteri saya? Cantik!tak macam tuan dia," gumam Zafrel perlahan,
"Encik Zaf nak cakap saya tak cantik ke?" soalku dingin.
"eh? Awak rasa awak cantik ke?" katanya sambil tersenyum nakal.
Haish! Menyakitkan hati lah mamat ni!
" nak saya tolong apa-apa tak,?" soal Zafril lagi sambil merenung wajahku bersama senyuman.
"tak payah,Encik Zaf turun lah bawah,saya boleh buat sendiri." ucapku mendatar.
Kata-kataku tadi dianggap sebagai angin yang berlalu sahaja di telinga Zafrel,tangannya pantas memasuki baju-baju yang telah aku lipat ke dalam beg.
Haish tak dengar cakap betul mamat ni! Macam mana lah kau boleh kahwin dengan dia Saira,haih..
"wow! Seksi! Awak punya ke?" soal Zafrel nakal,
Seksi? Apa pula si Zafrel ni,aku menoleh ke arah Zafrel.,bulat mataku apabila melihat Zafrel sedang memegang baju tidur tanpa lengan dan jarang,haduh..macam mana pula dia boleh jumpa baju ni,.
"eyy!! Keluar !!!" arahku tegas,wajahku sudah pun merona merah,manakan tidak baju yang seksi itu dijumpai oleh Zafrel.ni semua gara-gara Salina yang memberikannya kepadaku,sebelum majlis pernikahan kami.
"eh,kenapa? Cantik lah baju tu," kata Zafrel menahan tawa.
"Eyy! Encik Zaf ni!!" ujar ku,lalu menolak Zafrel keluar dari bilik,belum sempat aku hendak menutup daun pintu,Zafrel pantas menahan .
"baju tu jangan lupa bawa tau,saya suka!!" kata Zafrel ceria,
Aku menolak daun pintu dengan kuat,tanpa sedar jari Zafrel terkepit dek pintu yang aku tolak.
"aduh!! " jerit Zafrel perlahan.
"sorry!!" ungkapku refleks.
"Encik Zaf ok tak?" soalku risau,manalan tidak jari terlunjuknya kelihatan membengkak,andai rosak jari mamat ni,apalah aku nak jawab pada ummi dan abi,bukan ada jual di kedai.
"kenapa Saira?" laung Salina dari bawah, pastinya dia terdengar suara Zafrel mengaduh kesakitan,.
"jari Zaf tekepit pintu," jawabku,
"haa kau orang buat apa ha sampai terkepit bagai?" sakat Salina dari bawah,
Aku menari lengan Zafrel supaya masuk kedalam bilik kembali.
"aik,tadi halau,ni tarik pula,awak ni, macam-macam" omel Zafrel dari belakang.
Haish mamat ni,sakit-sakit pun mulut tak berhenti,patut mulut yang terkepit tadi bukan jari.hasih Saira,tak baik lah kau ni doakan suami macam tu,suami? Itukah yang aku anggap di dalam hati.
"Encik Zaf duduk sini,saya ambil ais." ujar ku lalu menuju ke peti sejuk mini di dalam bilikku,lalu mengambil beberapa kiub ais dan diletakkan dinsalam sehelai sapu tangan.
Aku menuam perlahan jari Zafrel yang sudah pun kelihatan kebiruan,
"ok sikit tak?" soalku kepada Zafrel sambil meniup perlahan jarinya,entah lah meniup merupakan cara yang betul atau tidak,
"ok dah.sikit,kalau macam ni lah awak layan saya,semua jari terkepit oun tak apa," kata Zafrel sambil tersengih.
Aku memandang tajam Zafrel,ada pula dikatakan sanggup terkepit semua jari,pelik-pelik dia ni.
"haa cakap lah macam tu,terkepit sungguh baru tahu," ucapku tegas kepada Zafrel.
" eh,caringnya,I like!" ujar Zafrel lalu mencubit pipi kanan ku,
Baru sahaja ingin memarahinya,tapi terbatal apabila melihat Salina sedang berdiri di muka pintu sambil tersenyum.
"comel lah kau orang ni,eh jom makan." pelawa Salina .
Aku melihat hidangan di atas meja,semua sedap,terhidang beberapa lauk yang di masak Salina,
"nasi daging? Wow sedapynya,wehh rindunya dengan masakan kembar aku ni!! Haishh" ujarku ceria,benar,sudah agak lama Salina tidak memasak kerana sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.
"haa kau dah pandai masak ke? Kang kurus pula abang ipar aku ni," kata Salina sambil ketawa.
"hahah tu lah Lyn, kena install food panda siap-siap lah ,ahahaha" sakat Zafrel.
" hahah ,Saira tak pandai masak ke?" soal Syarif terkejut,
"tak,kenapa hina sangat ke ha?" jawabku kurang senang.
"tak apa sayang,awak tak pandai masak pun saya still sayang," ujar Zafrel sambil mengeyitkan mata kanannya.
"aip! Macam kau orang dua je eh,baru kahwin,kami pun sama tau!" celah Salina lalu ketawa.
Baru sahaja satu suap nasi masuk ke dalam mulut,terasa Zafrel mencuit pinggang ku.terpaku aku sebentar dengan tindakannya.
Aku memandangnya dengan pandangan tajam.
"tangan saya sakit,macam mana nak makan,suap boleh?" bisik Zafrel.
Aku mengerut dahi menghadam kata-kata Zafrel yang masuk ke telinga ku,tidak silap ku,hanya satu jari yang cedera.
"satu je kan sakit, yang lagi empat tu hilang mana?" perliku sambil memberikan wajah serius.
Zafrel menjuihkan bibir lalu mula menyuapkan nasi kedalam mulut,
Haish agak-agak lah nak menipu,sampai tak boleh makan,namun aku perasan,sedikit sukar tanganya untuk menyuap nasi.
Aku mengeluh lalu menyuakan dia sesuap nasi,Zafrel tersemyum lalu menyuakan mulutnya.
"ehem!" dehem Salina,
"apa? Zaf sakit jari," kataku pantas,walaupun sedikit malu dengan tindakanku.
"haha,okeyh" jawab Salina sambil tersenyum.
***
Kereta berhenti di hadapan sebuah rumah mewah moden yang berkonsepkan kaca,rumah ini terlihat mempunyai halaman yang besar dan kemas.
"ni ke rumah Encik Zaf?" Soalku
"ni rumah kita,jom!" ujar Zafrel,sambil tersenyum,
Melangkah sahaja kedalam rumah ini,aku tepaku dengan susun atur rumah ini,sudah lengkap berperabot,dan bukan lah seperti rumah bujang yang aku sangkakan.ia cantik dan kemas,.
"saya harap awak selesa,bilik kita dekat atas,belah kanan," kata Zafrel.
"bilik kita? Saya tak nak tidur dengan Encik Zaf!" ujar ku tegas.
"haha ,alah,why?" ujarnya dengan suara maskulin.
"Encik Zafrel," ucapku dengan nada suara yang cuba beriak garang.
"hahaha,bilik depan bilik utama,." kata Zafrel lalu menarik tangan ku memgekorinya,.
"ni bilik awak,"katanya lalu membuka,salah satu pintu bilik,di tingkat atas.
"okeyh" jawabku ringkas,lalu masuk dan terus menutup pintu.
"aik?cepatnya? Kalau sunyi nak teman,saya dekat bilik depan!" laung Zafrel disebalik pintu bilik.
Aku memerhati setiap inci bilik ini,bilik ini lebih kurang sahaja ukurannya dengan bilikku di rumah yang papa belikan,bilik ini tersusun kemas,aku membuka salah satu laci meja solek,
Terdapat,sekeping sampul surat yang bertulis "you".
Aku membuka sampul tersebut,dan terdapat sekeping nota di dalamnya,nota apakah? Aku membaca perlahan
"Dear,
BERSAMBUNG...
P/s: hai semua!! Bab kalini tak ada konflik pun,happy2 je,next bab ad konflik ke? Hurmm,nanti sis bgthu,ahhah ,jgn lupa vote,komen,and share,enjoy reading semua!! Sayang semua!!selamat berpuasa ye,