Télécharger l’application
25% PSYCHO - SEHUN EXO / Chapter 1: 01
PSYCHO - SEHUN EXO PSYCHO - SEHUN EXO original

PSYCHO - SEHUN EXO

Auteur: SuamikuCapang61

© WebNovel

Chapitre 1: 01

April, 2019

"Cerita dari mula, macam mana dan bagaimana kau boleh jadi macam ni?"

Senyuman sinis terukir di bibir sebagai balas. Kepala di geleng beberapa kali sebelum dia bersandar ke belakang. Dilepaskan keluhan dan memandang kearah insan dihadapannya semula.

"Kau tak takut jadi gila bila dengar cerita aku ni? Kau pun nak gila macam aku juga?" Soalnya semula. Dengan penuh santai dia memandang kearah insan tersebut, seperti tiada apa yang berlaku ketika itu. Kedua tangannya yang di gari dipandangnya sekilas sebelum disusuli dengan tawa kecil.

"Aku tanya kau! Apa kau dah buat, Jawab soalan aku!" Tempik insan tersebut. Rasa geram dengan kelakuan acuh tidak acuh manusia di hadapannya ketika itu.

"Relax man…Aku akan cerita. Semuannya aku cerita"

AKU, Sehun. Oh Sehun. Aku seorang remaja lelaki yang biasa dan semestinya aku tidak gila. Cuma rasa sayang yang wujud dalam jiwa lelaki aku membuatkan aku hilang kawalan. Aku tak sanggup melihat orang yang aku sayang menjadi milik orang lain. Kalau aku cakap dia, maka dialah milik aku. Orang lain pun tidak boleh memilikinya.

"Sehun!!!" Jeritan seseorang membuatkan aku berhenti dari terus mengelamun. Aku menoleh memandang kearah manusia yang memanggil aku dengan serta merta. Hanya mendegar sahaja sudah cukup membuatkan aku mengenali siapa insan tersebut. Bibir aku mengukir senyuman manis takala melihat manusia tersebut berlari mendapatkan aku.

"Kenapa kau jalan cepat sangat? Nak pergi mana? Kau tahu aku penat" Aku mendengar keluhan insan tersebut dengan senyuman yang masih dikekalkan di wajah.

"Sehun, dengar tak ni?" Soal insan tersebut yang sudah merenung tajam kearah aku. Kedua kening yang bercantum membuatkan aku semakin melebarkan senyuman. Lantaklah orang nak cakap akua pa, yang penting insan di hadapan aku inilah membuatkan jiwa aku tenang.

"Dengar…Aku ingat kau tak mahu jalan dengan aku" Balas aku sebelum menoleh memandang kearah depan semula. Tali beg sandang yang jatuh dari bahu aku betulkan. Pandangan jatuh kearah insan yang berada di sisi aku semula. Melihat dia juga sedang membetulkan tali beg sandangnya, dan tanpa bersuara aku dengan cepat mengambil beg sandangya dan membawanya.

"Sehun, petang ni teman aku macam biasa ye…aku ada latihan sukan. Aku memerlukan sokongan dari sahabat baik aku sepenuhnya."

Aku menangguk takala mendengar permintaan dari insan tersebut.

"Sehun, ka…"

"InJong, kau memang banyak cakap tahu, sebelum aku cubit bibir kau tu. Baik kau diam dan jalan cepat" Aku bersuara dan membuka langkah meninggalkan InJong kebelakang.

Ya, Insan yang membuatkan aku sering kali tersenyum dan mengatakan dirinya milik aku adalah InJong, Kim InJong. Sahabat aku dari sekolah rendah lagi. Hanya dia sahaja yang mampu membuatkan jiwa aku tenang.

"Sehun! Tunggu la" Jerit InJong membuatkan aku berhenti dari melangkah, menanti kehadirannya di sisi aku.

"InJong, My Sweetheart" Panggil satu suara dari belakang aku. Dan membuatkan aku dengan serta merta menoleh ke belakang. Senyuman aku hilang bergitu sahaja takala melihat Lee Hyun Woo, satu-satunya manusia yang sememangnya mencabar aku. Tali beg milik InJong aku genggam dengan erat, menahan diri dari bertindak di luar kawal.

"Siapa sweetheart kau? Gila?" Balas InJong geram.

Aku. Aku hanya memerhati. Tidak mahu mengambil sebarang tindakan.

"Ya aku memang gila. Gilakan kau. Kenapa kau suka jual mahal sangat? Kau tahu bukan aku memang sukakan kau dari dulu lagi" Ujur Hyun Woo. Rambut InJong di sentuhnya lembut sebelum gadis tersebut menepisnya kasar.

"In your dream. Dah sana, jangan semakkan laluan aku." InJong menolak tubuh Hyun Woo kebelakang dengan kasar. Sehinggakan lelaki tersebut terdorong kebelakang. Dan aku hanya menarik senyuman bangga, tidak perlu kotorkan tangan untuk uruskan lelaki tersebut.

"Kau tunggu InJong. Kalau aku tak dapat kau, Takkan ada seorang pun boleh dapat kau" Balas Hyun Woo dengan rasa amarah.

Aku yang berdiri tidak jauh dari perbalahan tersebut juga merasakan aura Hyun Woo pada ketika itu.

"Kim InJong" Panggil aku takala melihat InJong ingin membalas herdikan Hyun Woo.

InJong masih lagi berdiri memandang Hyun Woo dengan tajam dan membuatkan aku dengan sendiri menariknya dari melakukan sebarang tindakan bodoh.

"AKU akan ajak InJong keluar dating lepas dia habis latihan sukan ni" Hyun Woo bersuara, matanya masih lagi memandang kearah InJong yang sedang berlatih.

"Kau berani ke nak dekat dengan dia. Dia selalu dengan Sehun. Budak pelik tu" Balas rakannya disebelah.

"Aku akan hapuskan Sehun. Budak pelik tu layak mati je. Dan InJong akan jadi milik aku. Aku akan ratah dia" Balas Hyun Woo dengan senyuman terukir di bibir.

"Hmm..aku malas nak cakap dengan kau Woo. Pandai-pandai lah kau nanti. Aku balik dulu" Rakan di sisinya bangun meninggalkan Hyun Woo yang masih lagi setia merenung kearah InJong di pandang.

"Kim InJong. You will be mine after this. First let me find your weird partner" Ujur Hyun Woo dengan senang hati. Belakang seluar di tepuknya perlahan sebelum kedua tangan di masukkan kedalam kocek seluar.

Langkah di buka menghampiri Sehun yang sedang berehat di bawah pokok berhampiran pandang. Di tendang kaki milik Sehun, mengejutkannya dari lena.

"Jumpa aku dekat belakang sekolah" Hyun Woo bersuara sebaik sahaja mata Sehun memandang kearahnya. Senyuman terukir di bibir, fikirannya hanya satu, ingin hapuskan Sehun dengan segera.

Sebaik sahaja belakang sekolah dihampirinya, sebatang kayu yang berada dihampiran dinding di ambilnya dan di ketuk beberapa kali di tanah. Matanya memerhati sahaja gerak geri Sehun ketika itu, lelaki pelik.

"Aku panggil kau ni cuma nak cakap, mungkin hari ini…hari terakhir kau berjumpa dengan InJong" Hyun Woo bersuara.

Aku hanya memandang wajah Hyun Woo tanpa bersuara. Hyun Woo membuka langkah sedikit demi sedikit menghampiri kearah aku dan aku juga membuka langkah mengundur ke belakang.

"Kau dengar baik-baik, Oh Sehun. Jauhi InJong kalau kau tak mahu aku tamatkan Riwayat kau dekat sini"

"Kalau aku tak mahu?" Aku bersuara membalas. Aku berhenti mengundur ke belakang, tatapan Hyun Woo aku balas dengan bersahaja.

"Kalau kau tak mahu…Ini makan dia"

Hyun Woo mengayunkan kayu di tangannya kearah, dan silap aku tidak mengelak. Kepala di jadikan sasarannya. Sebaik sahaja tubuh aku jatuh ketanah, tanpa henti dia memukul aku pada tubuh dengan kayu tersebut.

Setelah puas aku dikerjakannya, wajah aku diludahnya sebelum berjalan meninggalkan aku yang masih lagi terbaring ke tanah. Langit yang sudah merah aku pandang sebelum kesemuanya gelap.

BERJALAN dalam suasana gelap tanpa sebarang cahaya sedikit pun tidak mengganggu dirinya dari meneruskan langkah. Guruh dilangit kedengaran, cahaya petir memancar di angkasa raya silih berganti. Batang paip besi yang sudah berlumuran darah tidak dihiraukannya.

Wajah yang tegang itu berubah sebaik sahaja dia sudah berjalan jauh, senyuman yang boleh digambar ngeri itu terukir di wajahnya. Titisan hujan yang menitik di wajah membuatkan dia semakin melebarkan senyumannya. Wajah di dongak ke langit, kedua tangan didepakan ke sisi dan dengan itu titisan hujan yang pada mulanya sedikit kini semakin lebat jatuh menimpa tanah.

Tubuhnya yang sudah separuh basah itu dibiarkan, tawa kuat dilepaskan takala dia merasakan dirinya puas. Kepala di pusing memandang kearah tubuh yang sudah tidak bernyawa di belakangnya, senyuman lebar terhias di wajah.

Melihat mulut manusia tersebut dikelarnya sehinggakan menampakkan isi dan gigi. Boleh dikatakan leher manusia itu juga di tikam di kelarnya hingga terpisah dari tubuh. Keadaan yang ngeri itu membuatkan dirinya benar-benar puas melihat hasil kerjanya.

Dibiarkan darah mengalir ke dalam longkang berhampiri. Rasa kasihan mula hadir takala melihat tubuh tersebut dibiarkan bergitu sahaja. Dia berpatah balik semula menghampiri mangsanya, bercangkung dia sambil melihat kearah mangsa tersebut. Kepala di gelengkan beberapa kali sebelum dia mengheret masuk kedalam hutan yang berhampiran dengannya.

Gaung yang cukup curam dan hanya ada ranting tajam yang mencacak dan menunggu mangsa sahaja datang menyempah di pandangnya. Senyuman dilebarkan takala dia melihat keadaan gaung tersebut.

"Welcome to the hell buddy" Ujurnya di susuli ketawa nyaring memenuhi seluruh hutan tersebut. Di tolak mayat kedalam gaung curam tersebut. Setelah melihat mayat tersebut jatuh tertusuk ranting tajam , senyuman terukir di bibirnya.

Berjalan dia keluar dari hutan tersebut, hujan yang sudah berhenti membuatkan dirinya basah dan bau hanyir darah menusuk rongga hidungnya, matanya jatuh kearah tubuh. Melihat baju yang di pakainya sudah dipenuhi darah mangsa. Kedua tangan yang juga dipenuhi darah di pandangnya dengan riak wajah bersahaja, tanpa berfikir panjang, baju di pakainya dibuka dan di campak kedalam tong besi sebelum dia membakarnya.

Wajahnya tanpa riak memandang baju yang di sambar api. Fikirannya ketika itu boleh dikatakan kosong.

Sekosong hatinya.


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C1
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous