Télécharger l’application
50% PILIHANKU / Chapter 2: 2

Chapitre 2: 2

SEMUA anak mata milik pelajar kelas perniagaan kini tertumpu kepada jejaka berbaju kemeja lengan panjang berwarna hitam dan memakai jam rolex. "Mana Fat? Tak akan duduk kat toilet lagi." Teka Mariam yang sudah kerisauan.

"Relax ah paling tidak Fatin melawan cakap jantan tu sudahlah dia tu ganas." Balas Dwi sambil memusingkan pen miliknya.

"Can I take attendance? Semua dah masuk kan?" soal lelaki itu sambil melihat pelajarnya. Dan pandangan dia terganggu saat seorang gadis mengangkat tangannya.

"Boleh beri 10 minit? Kawan Saya on the way ke sini, sir." Kata Malika dengan riak wajah yang tenang. Lelaki itu mengangguk perlahan lalu dia memandang ke arah pintu dewan yang sudah terbuka.

"Who are you, miss?" Nadeen yang baru tiba terus menjeling sahabatnya yang tidak reti mengejutkan dia untuk ke kelas. Mujur Mariam tu berhati perut kalau tidak sudah dia terajang sahabatnya keluar dari rumah.

"Nadeen Fatin." Senyum. Nadeen membaca tag nama di poket baju lelaki itu dan dia memandang semula sahabatnya.

'Affan Aidan? Lecturer Aku? Aku?!'

"Jangan lambat lagi." Pesan lelaki itu sebelum dia kembali ke tempatnya. Nadeen berlari anak mendapatkan sahabatnya yang setia menunggu di atas. Namun langkahnya pula mati ketika terlanggar tubuh sasa seorang lelaki ketika mahu mendaki anak tangga.

"Aduh! Aku langgar dinding bergerak ke? Asal keras sangat." Rungut Nadeen sambil mengurut kakinya yang sudah sakit.

"Ruang punya luas ni awak tak nampak ke? Nak juga langgar Saya. Kenapa tak langgar je kawan Saya sekali?" jerkah Nadeen yang masih setia duduk di tangga, Namun pandangan kawan-kawan dia pula membuatkan dia berasa pelik. Kenapa anak mata kawan-kawan dia besar semacam?

Affan Aidan sudah berlari mendapatkan pelajarnya yang masih terduduk di tangga. "Nad, cuba bangun." Nadeen terdiam. Suara garau milik siapa pula ni? Eh tapi kenapa dia macam kenal? Nadeen mengangkat kepalanya dan mata dia terbuntang. Adeen?!

'Bala apa kalini ya Allah. Satu-satu manusia ni datang.'

"Cuba bangun, Nad." Pujuk lelaki itu lagi. Nadeen cuba mengangkat badannya namun dia gagal kerana kakinya sudah terseliuh.

"Fatin terseliuh ni." Kata Affan Aidan pula yang cuba untuk menyentuh kaki Nadeen namun mujur Nadeen sempat mengelak sebelum tangan besar lelaki itu menyentuh kaki dia walaupun dia memakai stokin namun dia masih tahu batas sebagai umat islam. Seram sahaja kalau dia terlupa untuk menyarung stokin pada pagi tadi haih.

"Malika, kau gi ambil kereta Aku." Arah Adeen kepada Malika yang sedang merakam detik itu ke dalam fikiran dia.

"Aku kena?" soal Malika kepada dirinya sendiri.

"Ya tak akan Aku nak suruh Nadeen pula!" suara Adeen tinggi kalini. Malika mencebik lalu dia mengambil kunci kereta yang dilemparkan kepada Malika.

"Sebelah kereta Nadeen." Kata Adeen lagi sebelum Malika keluar daripada dewan kuliah itu. Affan Aidan seperti patung dia tidak mampu lakukan apa-apa apabila seorang lelaki yang tidak dikenali merawat Nadeen Fatin.

"Awak nak bawa dia pergi mana?" Soal Affan Aidan tak puas hati. Nadeen memasang riak wajah blur kerana tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja lecturer dia memarahi Adeen.

"Urusan Aku atau urusan kau?" kalini Adeen menikam anak mata coklat Affan Aidan.

"Dia pelajar Aku jadi urusan Aku!" balas Affan Aidan seraya menunjukkan ke arah Nadeen yang sedang diurut oleh Dwi dan Mariam.

"Pelajar sahaja! Aku ni kawan dia!"

Dwi mendekati telinga Nadeen lalu berbisik, "Dua ekor ni kenapa duk memekak? Tak ada rasa malu ke dekat orang lain?" Nadeen menjongket bahu. Sudahlah dia tak tahu tujuan Adeen datang ke sini tiba-tiba sahaja nak marah bakal tunangnya. Eh- tunang?

"Aku bakal suami dia jadi Aku ada hak ke atas dia!" kata-kata Affan Aidan membuatkan mereka semua memandang Nadeen Fatin. Nadeen mengerutkan dahi. 'Aku? Aku? Apa ni ya Allah. Kalau bunuh dia ni memang elok perangai suka-suka je kata bakal suami Aku.'

"Bakal suami ke atau bakal tunang? Cincin tunang pun tak ada kat jari dia." Sempat Adeen melihat jari jemari Nadeen.

"Oi mat! Kau nak kereta tu kena buang ngan pak guard ke?" tegur Malika sambil membaling kunci kereta mercedes kepada Adeen.

"Boleh bangun tak, Fatin?" Soal Affan Aidan kepada Fatin yang masih mencuba untuk berdiri. Aduh kenapa kakinya ini tak boleh berdiri? Tak akan patah pula.

"Apa bodoh soalan kau ni? Kalau dia tak boleh berdiri tak adanya Aku suruh Malika ambil kereta Aku!" tanpa membuang masa, Adeen menyuruh sahabat Nadeen untuk memapah dia hingga ke kereta. Dwi mencebik.

Ingatkan Adeen mahu mendukung atau memapah si Nadeen rupanya tidak. Podahlah putus niat nak kahwinkan dua manusia ni. Affan Aidan memandang pelajar yang lain setelah bayang-bayang Nadeen hilang dari dewan itu.

"Kalau sir boleh buat Fatin tu jatuh cinta, Saya respect kat sir!" kata perempuan berbaju kemeja kotak-kotak dan berseluar panjang sambil mengayakan rambut pony tail.

"Awak ingat Saya tak mampu?"

"Yakin sangat ni sir. Sir tahu siapa lelaki tadi?" tanya lelaki dibelakang perempuan itu pula. Affan Aidan menggelengkan kepalanya. Who?

"Crush dia. Aduh sir kalau nak jadi suami dia mesti tahu siapa member, ex, crush, ex crush apa semua. Apa ni sir?" Affan Aidan terpanah. Lelaki berbaju kemeja putih itu crush Nadeen Fatin? Patutlah Nadeen Fatin lebih memandang ke arah lantai tapi kenapa gadis itu seperti kurang selesa dengan lelaki yang dinamakan crush?

"For your information, crush dia tu pangkat pensyarah sama level dengan sir tapi dulu dia pensyarah dekat London now di Malaysia. Tapi sayanglah lelaki tu buta tak nampak Fatin. Mungkin tadi dia cuma risaukan Fatin sebab dia yang langgar kan so sir ada peluang untuk buka mata Fatin." Tenang kawan fakulti Fatin memberi tahu maklumat tenang Adeen. Bagi mereka Nadeen Fatin ialah adik mereka kerana Fatin sahaja yang lahir pada bulan 12 dan bersikap seperti kanak-kanak jadi tiada istilah cemburu.

ADEEN menghulurkan not RM 50 kepada pekerja di kaunter seraya mengambil plastik kecil berisi ubat sapu. Usai menerima baki, dia mendekati Nadeen yang dari tadi termenung di kerusi ruang menunggu. Plastik ubat diletakkan di sisi gadis itu lalu dia melabuhkan punggung disebelah Nadeen.

"Nad lapar?" soal Adeen dengan lembut. Nadeen yang terjaga dari lamunan dia terus memandang Adeen. Dia berasa gugup tatkala bertentang mata dengan lelaki itu.

"Kalau lapar, kita singgah mall ya? Kita makan dengan kedai kawan Aku." Nadeen menggeleng. Dia tak nak meluangkan masa dengan lelaki itu. Dia bencikan lelaki itu.

"Kalau macam tu kita balik?"

"Suka hati kaulah." Nadeen bangun perlahan-lahan sambil mengambil plastik ubat itu. Adeen berlari untuk membuka pintu dan dia mengeluh perlahan. Bukan ini yang dia mahukan. Bukan ini yang dia mahu melihat dan bukan ini dia mahu membuat Nadeen begitu. Dia tahu dia terlambat untuk menyedari kewujudan Nadeen namun dia ingin sekali cuba dan usaha untuk melayan Nadeen seperti ahli keluarganya.

Pintu kereta dibuka oleh Adeen dan membiarkan Nadeen masuk terlebih dahulu memandangkan hari semakin panas. Pendingin hawa dibuka lalu dia memakai tali pinggang keledar sebelum bertolak pulang.

"Nad beri location.." Adeen memberikan telefon pintarnya kepada Nadeen lalu Nadeen mengambil telefon itu tanpa senyuman dibibir. Tiba-tiba sahaja rasa cintanya terhadap Adeen mati. Terkubur agaknya.

Nadeen meletakkan telefon Iphone tu ke handhelp handphone lalu dia kembali berdiam diri. Sesekali Adeen mengerling ke arah gadis kecil disebelahnya. Nadeen memandang ke luar cermin dan kepalanya tiba-tiba berdenyut. Seketika dia melirik juga ke arah telefon pintar kot-kot ada yang mesej. Ceh siapa pula nak mesej Nadeen di pagi hari-

'EH? Manusia mana pula ni?'

011-4537-0989 itulah makhluk tersebut namun siapa?

"Assalamualaikum, Nadeen. Sv number ni ya? Affan Aidan as your bakal tunang." – Affan Aidan

"You are not my bakal tunang, Affan. Saya tak kata lagi Saya terima untuk jadikan awak as bakal tunang Saya." – Nadeen

"Balas salam, Nadeen." – Affan Aidan

"Saya jawab dalam hati lah." – Nadeen

"Ok ok. Just kidding, Nadeen. By the way nak lunch sekali? Mama awak ada bekalkan lauk." – Affan Aidan

Mata Nadeen terbuntang. Ah sudah bab masakan mak dia memang dia lah nombor satu.

"Nak ke tak nak, senah oi." – Affan Aidan

'Nama Aku sedap-sedap Nadeen dia gi tukar Senah? Aku hempuk karang.'

"Jumpa kat mana?" – Nadeen

"Eleh nak lah tu. Kita jumpa kat taman rumah awak. Okey, pretty?" – Affan Aidan

Nadeen terdiam. Tanpa dia sedari dia tersenyum sambil membalas mesej dengan jejaka Affan Aidan. Baru kali pertama berjumpa namun dia rasakan Affan Aidan merupakan orang yang baik.

"K. Tunggu tau!" – Nadeen

"Apahal kau senyum-senyum? Chat encik tunang ke?" perli Adeen dengan nada tak puas hati.

"Apa kena mengena dengan kau? Sakit hati?" balas Nadeen sambil membaca semula mesej Affan Aidan.

"Aku tanya elok-elok kan, Nad."

"Kau perli bukan tanya. Jangan panggil Aku, Nad boleh tak? Annoying!" Nadeen meluahkan rasa rimas dengan perangai Adeen. Dia ingin menutup pintu hati dia kalini. Lelaki macam Adeen ni perlu ke diberikan peluang? Berapa kali confess tapi jawabnya macam nak tak nak.

"Dulu kau tak ada pula nak annoying dengan Aku sekarang ada? Kau berubah ya, Nadeen."

"Disebabkan kau, Aku berubah. Bertahun Aku tunggu kau tapi end up? Dengan siapa? Kau dengan Juwita. Dia yang baru seminggu dengan kau, wah bukan main tenang kau up kat story ig yang kau dengan dia bertunang. Aku ni? 15 tahun Aku tunggu kau tapi tak ada pula. Kau kata dekat majlis tu yang kau terima Juwita sebab dia setia. Aku ni apa? Tak setia lah?" Nadeen memandang tepat raut wajah Adeen yang serba salah. Adeen menelan air liurnya. Nampak gaya Nadeen Fatin amat marah dengan hal bertunang.

"Nad, Aku cuba buka pintu hati Aku. Aku cuba untuk cintakan tapi tak boleh masatu. Sebab kau bukan..." seperti ada sampah yang berada di mulut Adeen ketika itu. Kereta telah berhenti dihadapan pintu rumah Nadeen.

"Aku bukan apa? Kau jawab!"

"Kau bukan ciri wanita yang Aku suka. Kau boleh hafal 30 juzuk al-quran macam Juwita? Kau boleh memasak sama macam dia? Tak boleh kan? Tapi tu dulu. Aku baru sedar yang dengan perkara itu tak dijamin kebahagiaan, Juwita tinggalkan Aku lepas Aku pulang ke sini. Dia kata Aku tiada masa untuk dia dan..."

"Dan kau datang dekat Aku lepas semua tu? Alasan bodoh tak boleh pakai lah, Adeen. Aku sukakan kau sampai terima kekurangan kau tapi alhamdullilah. Disebabkan kau juga Aku sedar cintakan seseorang hingga bertahun tak menjamin ke jenjang pelamin. Terima kasih sudi hantar Aku balik dan terima kasih bayarkan duit ubat Aku walaupun Aku tak suruh." Nadeen mengeluarkan duit kertas RM 50 lalu dia meletakkan ke dalam dashboard milik Adeen sebelum keluar dari situ. Kesakitan di kaki dihiraukan kerana kesakitan hati lagi sakit.


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C2
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous