Télécharger l’application
24.78% Perceraian Ke-99 / Chapter 227: Tak Sabar Mahu Membuka Tali Pinggangnya

Chapitre 227: Tak Sabar Mahu Membuka Tali Pinggangnya

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Bo Xiao memandangnya dan berkata dengan lembut, "Sayang, mungkin perasaan awak saja tu."

Rong Anna mengerutkan dahi dan memandang ke belakang, sambil melihat Su Qianci dikelilingi ramai orang. Dengan senyuman di wajahnya, dan solekan ringkas, rupanya nampak lembut dan baik.

Merasakan yang di sedang diperhatikan oleh Rong Anna, Su Qianci memandang ke arahnya dan tersenyum.

Rong Anna mengangkat keningnya dan tergelak kecil. "Memang perasaan saya saja."

"Mereka nampak serupa tapi ramai orang yang ada ciri-ciri sebegitu. Memang tak pelik pun kalau awak rasa begitu."

"Betul tu."

Di pesta muzik itu, ramai selebriti yang membuat persembahan di atas pentas. Semasa persembahan mereka berlangsung, Su Qianci berasa gementar kerana dia pun akan naik ke pentas.

Bo Xiao membuat persembahan bersama-sama Rong Anna sebelum giliran mereka. Bo Xiao bermain piano manakala Rong Anna bermain biola. Muzik yang dimainkan sangat merdu dan merupakan antara muzik terbaik Bo Xiao. Namun, gabungannya bersama Rong Anna bukanlah persembahan terbaiknya kerana Su Qianci pernah mendengar persembahan yang lebih baik daripada Bo Xiao pada hayatnya terdahulu.

Tidak lama kemudian, giliran mereka pun tiba. Dengan fikiran yang kosong, Su Qianci risau dia akan buat silap disebabkan rasa gugupnya. Nasib baik tak ada sesiapa yang mengenali orang asing sepertinya. Semua orang bersorak dengan kuat kepada kumpulan itu.

Pesta muzik itu pun berakhir. Kumpulan Song Yifan sememangnya menjadi perbualan hangat. Su Qianci hanya menyorok di belakang Song Yifan dengan senyap. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada pemuzik-pemuzik lain di lapangan terbang, Su Qianci pulang ke Bandar Kingstown. Tarikh hari itu ialah 14 Oktober.

"Saya sudah pulang. Saya akan sampai di Kingstown pada jam 5 petang."

"Okey. Kita akan ikut apa yang dirancang."

Selepas keluar dari lapangan terbang, Su Qianci menolak cadangan Song Yifan untuk menghantarnya pulang dan dia menunggu Yang. Namun, selepas sepuluh minit, Yang masih belum tiba. Su Qianci kemudian mendapat panggilan daripada Yang bahawa kereta telah rosak di lebuh raya. Su Qianci terpaksa mencari teksi sendiri.

Lapangan terbang itu tidak begitu jauh dari kediaman dia dan Li Sicheng, lebih kurang setengah jam sahaja jika menaiki kereta. Tapi, pemandu teksi itu sudah memandu lebih dari empat puluh minit. Melihat nombor meter teksi yang semakin meningkat, Su Qianci faham akhirnya faham kenapa jadi begitu.

"Encik, tolong cepat sedikit. Sudah lewat ni."

"Okey."

Akhirnya, pemandu teksi itu tidak menghantarnya pulang, tapi meninggalkannya beberapa blok jauh dari rumahnya. Itu pun kerana teksi itu kehabisan minyak. Su Qianci berasa sangat marah dan berjalan pulang bersama bagasinya. Jam sudah melepasi pukul 6 dan langit sudah pun gelap kerana musim panas sudah berlalu. Sambil Su Qianci berjalan, lampu di kawasan itu malap.

Waktu itu ialah masa untuk makan malam jadi lorong-lorong di situ kosong. Sambil dia berjalan, Su Qianci dapat merasakan yang seseorang sedang mengekorinya. Dia berhenti dan memandang ke belakang tapi dia tak nampak apa-apa yang pelik. Sambil dia terus berjalan, dia semakin yakin yang ada orang mengekorinya.

Su Qianci menjadi lebih berwaspada dan mengeluarkan telefonnya. Dia mendail nombor kecemasan dan meletakkan jari di butang "Panggil".

Dengan bagasinya, Su Qianci masuk ke satu simpang. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi nafas yang kuat dan bau alkohol. Sejurus selepas itu, dia dipeluk oleh seseorang.

Su Qianci menjerit, "Lepaskan saya!"

Namun, orang itu menarik Su Qianci ke satu lorong yang gelap dan dalam. Lelaki mabuk itu menolak Su Qianci dan tak sabar mahu membuka tali pinggangnya…


next chapter
Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C227
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous