Télécharger l’application
33.33% Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 7: Chapter 7 : Oyen Bolkiah vs Rai Nariko

Chapitre 7: Chapter 7 : Oyen Bolkiah vs Rai Nariko

Di Taman Tasik Titiwangsa Tepat pukul 3 pagi. Geng Kuala Harimau dan Quartet Singa Petir teleh bertembung dan berlawan habis-habisan . Oyen yang walaupun patah hati tetap berlawan sepenuh hati .

"Nyerah dan Mampus sahajalah!!"

Kata Rai lalu memecut bagaikan kilat dan menendang Oyen dari belakang.

"Urghh..*Bluueek* Heh..Jangan harap!"

Oyen berkata lalu membalasnya semula dengan tumbukan pada dada Rai.

*Bang*

Mereka berdua berhenti apabila terdengar bunyi tembakan di Udara.

"Babak ah berapa lama korang nak lawan macam budak-budak? "

Iffan berkata sambil menghalakan pistol pada seorang budak.

"Eh RAi!? Kejap habis tu siapa yang oyen tengah lawa-"

Wadi berkata lalu memandang ke arah Oyen dan..

"RAI!!?"

Wadi menjerit

" Macam mana boleh ada dua Rai kat sini???"

TG berkata .

"Hahaha takutkan? "

Iffan berkata.

"Lepaskan Adik aku!! Kau kata kau takkan libatkan dia dalam perbalahan ni!"

Kata Rai dengan air mata yang mengalir.

"Lupakan sajalah kau buat kerja lambat sangat! Jadi alang-alang korang berdua dah lemah dan tak berdaya apa kata aku bantai korang semua dan ambil alih Pangkat Hongfet dan kaut sekali perniagaan serbuk-putih di Selangor!!"

Megah Iffan dengan bongkak.

"Bila kau dah dapat posisi tu adakah kau kan puas?"

Oyen cuba untuk bangun dengan sedaya upaya .

"Huh?!"

Iffan berkata dan terasa seolah-olah terancam.

"Oi apa yang ...Yang kau cuba buat?!"

Rai Berkata sambil sedaya upaya cuba untuk bangun .

"Takpa Rai, kau boleh berehat biar aku yang uruskan."

Oyen berkata sambil berjalan arah Iffan .

"Jangan Oyen kau dah lah cedera parah , Kalau kau teruskan kau mungkin akan cedera

parah !"

TG memberi amaran .

"Aku faham perasaan kau Rai dan sebab tulah aku takkan biarkan benda begini...Berlaku lagi!"

Oyen berkata

"Hmph ...DIa hanyalah batu loncatan yang organisasi kami guna untuk maju ke depan. Kalau setakat peras ugut macam ini hanyalah benda biasa ."

Iffan berkata lalu menembak lengan Oyen .

"Oyen !"

Jerit Wadi, TG dan Murni .

"Berhenti aku cakap!! Kalau kau hampiri aku walaupun se meter pun , Aku akan..Aku akan ...Aku akan tembak kepala budak ni sampai hancur barai!!"

Jerit Iffan dengan panik .

"Alahai...Sehina mana kau nak pergi mana sebenarnya? "

Oyen berkata.

"HUH!?"

Iffan terkejut . Lalu Oyen membaling batu bata tepat mengena kepala Iffan dan menusuk matanya.Mengakibatkan pendarahan yang teruk .

"Arghh...Arghh…"

Iffan mula hilang kawalan dan mula menembak secara rawak.

"Tunduk semua"

Jerit Wadi.

Akibat sakit yang teramat. Iffan kemudian tersandung lalu jatuh ke dalam Tasik .

"KAKAK!!"

Adik Rai menjerit.

"Kiyoko!!"

Jerit Rai dengan tangisan lalu memeluk adiknya yang sekian lama terpisah.

" Gembiranya dia dapat jumpa adik dia."

Nangis TG.

"Ya...Eh Kejap ketua kita apa cerita???"

Wadi berkata .

Oyen yang penat dan tak bermaya pengsan selepas kehilangan darah dengan banyak . Dengan pertolongan Sulung ,Oyen di rawat di hospital Kajang untuk beberapa hari .

"Aku...:"

Oyen Berkata .

"YO...Hidup lagi kau ya, Apa khabar sihat?"

Pak-teh berkata.

"Kak-Teh!?"

Oyen terkejut .

"Terkejut ke ? Hahaha… Lupakanlah kakak cuma bayangan kamu sahaja . Roh kakak dah lama kat alam bazrah . tapi ada satu benda kakak nak bagi tahu...Apa-apa pun yang kamu buat...Jangan sesekali cuba ke seberang sini selagi kamu tak runtuhkan organisasi yang bertanggungjawab dalam penyebaran Serbuk-putih. "

Pak-Teh berkata sambil beredar pergi jauh dari Oyen .

"Kak-Teh...Tunggu jangan tinggal saya tolong...Jangan!!"

Oyen menangis merayu lalu dia tersedar dari tidur.

"Selamat pagi Ketua !"

Aidit dan Wadi Menyapa Oyen .

"Aidit kau dah sembuh dah ? "

Oyen terkejut melihat Aidit yang sihat walafiat.

"Jangan risaulah ketua . Tiada racun dalam dunia ni yang boleh membunuh aku!'

Aidit berkata dengan berlagak.

"Ceh ...Masa kau tersalah makan hari itu , bukan main teruk lagi menjerit kesakitan macam orang sedang nazak"

Perli Wadi.

"Woi jangalah malukan aku!"

Marah Aidit.

"Se...Selamat pagi Oyen.."

Rai berkata dengan lemah.

"Eh Rai apa yang kau buat kat sini!? Kenapa kau kat atas katil sebelah aku?"

Oyen terkejut.

"Oh mamat ni ada kat sini sebab dia seorang sahaja yang ada darah jenis AB untuk kau ."

Jelas Wadi .

"Darah AB?"

Oyen Bertanya .

"Yalah kau tahu tak yang kau hampir mati sebab kehilangan banyak sangat darah ,mujur dia ni ada kalau tak …"

Kata Aidit sambil menangis .

"Oyen aku... aku nak minta maaf sebab dah banyak susahkan kau "

Rai meminta maaf kepada Oyen .

"Takpalah Rai, kalau aku di tempat kau pun , aku tetap akan lakukan benda yang sama . "

Oyen berkata .

"Oyen…"

Rai menangis.

"Alahai manisnya, Dah dah bangun cepat !"

Wadi berkata.

"Huh!?"

Oyen dan Rai terkejut.

"Ni kerja sekolah kau ni dah satu minggu kau tak buat. Cepat siapkan "

Wadi berkata.

"Alah nantilah aku penatlah"

Ngeluh Oyen.

"Tak Ada-tak ada minggu depan nant,i kita ada periksa "

Wadi berkata.

"*Sob* *Sob* Yalah.."

Pasrah Oyen.

"Kau pun sama Rai, Baca buku teks yang aku belikan untuk kau tu, "

Wadi berkata.

"Eh ...Tapi aku mana pernah pergi sekolah "

Rai Panik .

"Tahniah , mulai minggu depan, berkat pertolongan dari Inspektor Sulung kau dan adik kau akan mula bersekolah. Jadi kau boleh tinggalkan kehidupan merempat kau tu ."

Wadi berkata dengan senyuman di muka.

"WAh ya kan?! Terima kasih!"

Rai teruja .

Tak lama selepas itu Wadi dan Aidit beredar dari bilik sakit meninggal mereka berdua keseorangan .

"Oyen..Sekolah tu apa ?"

Rai bertanya .

"Hmm?..Oh Sekolah ...Umm ia adalah tempat dimana kau belajar benda dan kemahiran baru lah kot. "

Oyen membalas.

"Wah Macam menarik!"

Rai teruja.

"Takde Lah hebat mana pun setakat pergi buat penat je."

Oyen merungut.

"Tapi bukankah itu lebih baik dari apa yang kita buat sekarang ?"

Rai menambah .

".... Apa-apa pun kalau aku harapkan polis pun apa gunanya jadi lebih baik aku sendiri yang akan jatuhkan Organisasi tersebut kalau tak kawan-kawan...Tak bukan mereka sahaja silap-silap satu Malaysia akan boleh jahanam hanya disebabkan serbuk."

Oyen menjelaskan sambil menyelesaikan soalan-soalan sains dan sejarah.

"Murni impian kau Oyen.."

Rai tersenyum .

"Hebatkan? Aku bukan nak cakap besar tapi aku rasa macam telah ditakdirkan untuk benda ni dan….Lupakan Sajalah."

Oyen berkata lalu teringat akan mayat mendiang kakaknya yang dah lama mati bersama ayat yang dikatakan oleh nya.

"Hahaha"

Rai Tergelak.

"Apa yang lawaknya ? "

Oyen marah .

"Takde Lah...Cuma kau tak pelik ke ? Budak yang 16 tahun tak pernah belajar apa-apa dan tiba-tiba sahaja dipaksa suruh membaca Kompilasi Buku teks Dari Darjah 1 sampai Tingkatan 6. "

Rai berkata sambil tersenyum.

"Kejap kau tak reti baca ke!?"

Oyen terkejut.

"hehehe...Adik aku sahaja yang reti baca tu pun Kanji dan Hiragana dan aku sejujurnya…"

Rai memandang buku teksnya dan terdiam untuk seketika.

"Ke...kenapa Rai?"

Oyen bertanya.

"Ini Tulisan apa sebenarnya?????"

Rai menjerit kebingungan .

" Bawa bertenang itu Jawi Melayu , Biasalah untuk Orang Asing macam kau tak faham ..Takpa-takpa biar aku ajar kau. "

Oyen berkata.

"Eh...Belajar benda baru? Ini ke sekolah?"

Rai bertanya dengan teruja .

"Umm..Lebih kuranglah ...Meh sini hulurkan kertas biar aku tunjuk. "

Oyen berkata .

Akhirnya mereka berdua pun mengulang -kaji bersama-sama sehingga larut malam . Sementara itu Ahli-ahli Kuala Harimau juga sibuk Mengulang kaji . Sampailah…

"ARGHHH ….KENAPA SUSAH GILA SOALAN NI!!"

Jerit Rizky sambil mengaru kepalanya seolah-olah ia ada kutu.

"Kenapa tu Riz?"

"Oh takda apa-apa Bu, Cuma soalan ini saja...Susah banget sampaikan Rizky nggak bisa menjawabnya hehe.."

Sinis Rizky .

"Oh Begitu… Bagus sekali ya kamu. Teruskan-teruskan !!'

Penjaga Rizky memberikan sokongan.

"Makasih Bu"

Rizky membalas.

Kegembiraan, Kesedihan,Keperitan , Keganasan. Geng Kuala Harimau telah mengharungi kesemuanya dan peroleh kemenangan yang mutlak dengan harga yang terlalu tinggi untuk dibayar. Namun ini semua hanyalah permulaan kepada penderitaan yang lebih dahsyat.

Hotel Grand Kuala Lumpur Pukul 7:30 petang

"Sayang...Awalnya awak bangun~Taknak tidur lama sikit ke?"

Suara wanita muda yang mengajak pasangannya.

"Diam! Nampaknya si Iffan tu gagal dalam meruntuhkan Geng Kuala Harimau dan sekarang nampaknya Jakarta Jaya dan Polis dah makin berani dengan menyerang markas saya di Negeri sembilan.

Kata lelaki besar tersebut.

"Bertenanglah Nico, lagi pun...Kau kan ketua segala Pengedar serbuk -putih di selangor~

Nico Walch ,Syaitan Narkotik paling berkuasa di eropah~"

Wanita itu berkata sambil memeluk dan meraba Nico dari belakang .

"Berikut terkini sebanyak 100,000 kes melibatkan penggunaan Dadah jenama Serbuk-putih dan negara dan negeri yang terlibat adalah California,Amerika syarikat, Kyoto, Jepun , Berlin Jerman, Kuala lumpur, Malaysia-"

Televisyen di tutup.

"Kumpulkan ke semua Polis berjawatan tertinggi, Inspektor dan Pegawai."

Dia berkata lalu meletakkan telefon .


L’AVIS DES CRÉATEURS
Tahsin_Tarabas Tahsin_Tarabas

Pergi kelas tae kwon do memang memenatkan, Tapi mujurlah Senior ada untuk membantu.

next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C7
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous