Télécharger l’application
23.33% Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 4: Chapter 4 : Singa petir

Chapitre 4: Chapter 4 : Singa petir

Dua hari selepas "Temu janji" bersama Rizky. Keyakinan Oyen telah pun kembali dan kini dengan cita-cita dan semangat yang berkobar-kobar , Geng Kuala Harimau (Kini di bawah pentadbiran Oyen) sekali lagi akan memulakan serangan untuk menjatuhkan hierarki Geng Bintang Tiga, dalang yang bertanggungjawab dalam penyebaran serbuk Putih ke seluruh dunia. Tetapi kini wujud pula satu Geng baharu yang telah Menimbulkan kontroversi di sekitar Kuala lumpur.

"Berita terkini!! Semenjak semalam telah berlaku kes kecederaan sirius serius . Dimana rata-rata mangsa adalah lelaki berumur dua-puluhan dan beberapa remaja wanita. Mangsa yang diserang dikatakan telah melihat dua lelaki remaja dan dua perempuan remaja dan mereka mengelarkan diri mereka sebagai Quartet Singa Petir. Sekarang kita akan menemu bual beberapa orang mangsa."

Pemberita berkata sambil memasuki salah satu wad di hospital.

"Encik boleh ceritakan sikit tentang Quartet Singa Petir ?"

Pemberita berkata.

" Umm macam mana nak cakap ya? Tapi mereka baik juga ...Kalau bukan sebab mereka mungkin saya takkan jadi kurus macam sekarang dan apa yang terbaik adalah kini hubungan sosial saya dah semakin baik"

Hen-Tai Kyoo, 23 tahun . Mangsa.

"Mereka agak hebat !! Jujur saya cakap kalau bukan sebab mereka mungkin saya sudah lama mencabut nyawa saya sendiri akibat depresi."

Jamal Anak Bulan, 25 tahun . Mangsa

" Apa mereka penjenayah? Eh awak mulut jaga sikit ya !, kalau bukan sebab mereka mungkin Ketagihan suami saya terhadap Alkohol dan wanita takkan dapat dirawat. Ya memang dia cedera parah tapi sekurang-kurangnya dia dapat mengambil iktibar untuk menjaga istrinya dari melayan saya macam sampah "

Safiyyah Kassim Binti Udin , 29 tahun , isteri mangsa .

"Dan itulah rintihan mangsa, Okelah sekarang kita beralih ke cuaca "

Radio ditutup.

"Macam mana ni tuan kes kecederaan berkaitan Quartet Singa Petir sudah semakin meningkat"

Ngeluh Asmail.

" ARGHH Pening kepala aku. Mula-mula serbuk putih dan sekarang??? "

Asmail mula pening dan tak sengaja tepusingkan roda steering ke kanan dan hampir terlanggar lori balak .

"Hoi jaga-jagalah sikit bawak tu "

Tengking sulung.

"Hehe ...Minta maaf .."

Asmail meminta maaf .

Sementara itu di sebuah taman permainan. Oyen kelihatan sedang duduk berayun di atas buaian sehinggalah dia ditegur oleh seseorang .

"Yo, takde teman ke? "

Kelihatan seorang remaja wanita sedang duduk di sebelah Oyen .

"Haah , semua ada hal masing-masing . Kejap kau siapa ?"

Oyen tiba-tiba terasa terancam.

"Oh ya ..Minta maaf , nama aku Rai, Nariko Rai."

Rai memperkenalkan diri.

"Oh... Kalau macam itu, nama aku Oyen."

Akhirnya mereka saling memperkenalkan dan perbualan pun bermula.

"Cantik tudung kau, Coraknya sangat memukau."

Rai memuji sambil berayun pada buaian .

"Oh terima kasih, Jaket kau pun sama."

Oyen memuji semula.

"Oyen, boleh aku tahu siapa kawan kau?"

Rai bertanya

"Eh kenapa kau nak tahu?"

Oyen membalas .

"Takdelah sahaja tanya."

Jelas Rai.

Maka mereka berdua pun berbual sehinggalah …

" Salam Ketua! Sembang kencang Nampak."

Wadi berkata.

"Wah Oyen kau tengah sembang dengan siapa?"

TG menambah.

"Wadi , TG, apa korang buat kat sini ?

Oyen bertanya.

"Oh kami memang jalan beriadah kat sini hehe."

TG membalas sambil memeluk tangan Wadi.

"Woi, jangan sentuhlah! Dosalah ! "

Wadi terkejut .

"Alah….Kalau macam tu , cepatlah bila nak halalkan TG?

TG berkata dengan nada suara yang comel alah-alah anak kucing yang meminta untuk dipelihara.

"*Gulp*"

Wadi terkaku.

"Haha kelakarlah korang ni .

Oyen tergelak melihat telatah mereka berdua.

"Kau memang bertuah dapat kawan-kawan macam ni."

Rai tersenyum .

"Haha terima kasih."

Oyen membalas.

"Eh memandangkan kita semua dah berjumpa , apa kata kita pergi lepak kat mamak jom"

TG memberi cadangan.

"Ewa-ewa Sedapnya mulut, siapa yang nak bayar??"

Wadi memandang sinis.

"Hehe siapa lagi kalau bukan awak?"

TG tergelak .

"Ceh"

Wadi membalas.

"Jom Rai, Rezeki jangan ditolak. "

Oyen mengajak Rai, hanya untuk melihat yang dia sudah tiada di buaian tersebut.

"Eh Ketua mana pergi budak yang duduk sebelah tuan tu?"

Wadi bertanya.

"Haah mana dia pergi? Dah balik ke?"

TG tertanya.

"..."

Oyen berdiam diri, memikirkan sama ada budak yang dia diajak berbual tadi adalah hantu ataupun manusia.

"Macam ni tuan? Nampak gayanya kes Quartet Singa Petir makin meningkat. "

Asmail berkata sambil memakan kerepek.

"Hmm..Kes ni agak menarik dari kes yang sebelum ni. "

Sulung membalas.

"Apa maksud tuan?"

Asmail tertanya-tanya.

"Cuba kau tengok balik, majoriti kes hanya berlaku pada golongan penganggur dan golongan B40 yang kurang bernasib baik ."

Sulung berkata.

"Tapi pelik jugak macam mana mereka boleh tahu lokasi mereka?"

Asmail menyoal .

Tiba terdengar Notifikasi mesej dari telefon Asmail.

"Eh mesej apa ni? "Adakah anda mempunyai masalah-"

Tiba-tiba telepon Asmail dirampas oleh inspektor Sulung.

"Eh apa ni tuan!? Kan saya tengah baca tu."

Marah Asmail.

"Aku dah agak, memang orang macam kaulah diorang buat sasaran."

Sulung berkata sambil menunjuk sejarah paparan carian pada Asmail.

"hehe...Bila tuan dah cerai memang tuan akan rasa sunyi...Hehe.."

Sinis Asmail sambil memandang ke arah bertentangan kerana malu.

"Ini dia , klue pertama kita. Nampaknya mereka hanya menyerang wanita dan lelaki yang miang."

Sulung berkata lalu memecahkan telepon Asmail.

"WAHHHH !! Kenapa tuan pecahkan!? Mahal telepon tu saya beli tahu tak!!"

Asmail menjerit diikuti dengan air mata kecewa.

"Diam. Musuh kita mempunyai kelebihan dalam maya, Mungkin mereka sedang memperhatikan kita melalui telefon kit-"

Tiba-tiba Sulung disapa dengan suara yang kurang menyenangkan.

"Haha...Bagus nampaknya kau dah tahu corak serangan kami."

Bisik Damini di telinga Sulung.

"Kau...Macam mana kau boleh.."

Sulung terkaku ketakutan.

"Ceh telepon orang tuan hancurkan, telepon sendiri tak hancurkan pulak."

Asmail menambah.

Tanpa membuang masa Damini memukul kepala inspektor Sulung dengan baton manakala Asmail dibelasah dengan teruk oleh Kamirai dan Minami.

Sementara itu di sekolah.

"Oyen, Cikgu dengar kakak dan kawan kamu, Nur telah meningga dunia l dan sejak itu kamu sudah banyak berubah dari sudut akademik dan akhlak "

Cikgu kaunselor , Roslailee Binti Masrida.

"..."

Oyen berdiam diri sambil memandang tingkap .

"Bukan apalah tapi ini adalah suatu perubahan yang bagus, bukan sahaja kamu mula merapati rakan kelas kamu, kamu juga sudah banyak mendapat kepercayaan dari kalangan guru bahkan pengetua sendiri yang berkata yang kamu adalah contoh untuk bekas pelajar juvana di seluruh selangor!"

Roslailee memuji.

"Takdelah hebat mana pun,semua orang boleh buat kalau ada keinginan . "

Oyen membalas .

"Tapikan cikgu...Nak tanyalah oyen satu soalan"

Roslailee berkata sambil memasukkan tangan ke dalam almari mencari sesuatu .

"Soalan apa cikgu?...Cikgu?...!!!"

Oyen bertanya hanya untuk melihat Cikgu Roslailee mengeluarkan Pisau lipat.lalu berlari ke arah Oyen dengan kelajuan yang tak masuk akal.

Dengan mulut yang berbuih bagaikan anjing gila, Cikgu Roslailee pun berkata.

"JANGAN KAU SESEKALI MENDEKATI KETUA KAMIIIIIII!!!"

"Cik...Cikgu dah kenapa!?"

Oyen sedaya-upaya menahan tangan Cikgu Roslailee .

Sedikit demi sedikit mata pisau lipat tersebut semakin mendekati anak mata oyen ,

"MATI KAU!! MATI KAU !! MATI KAU!!"

Desak Cikgu Roslaleei dengan muka pucat yang menakutkan.

Oyen menendang kaki Cikgu Roslailee mengakibatkan pisau lipat tersebut jatuh menikam kaki Oyen.

"Argh..Kaki aku!!"

Oyen menjerit kesakitan.

"Grrr…"

Roslailee memandang Oyen dengan muka yang menakutkan bagaikan serigala bersedia untuk menerkam musuh .Gigi cikgu tersebut tiba-tiba mula membentuk taring...Bulu di sekeliling badan cikgu itu mula melebat,

"Telinga dan ekor tu…"

Oyen terkaku apabila melihat Cikgu Roslailee yang terkenal dengan sifat lembut dan prihatin beliau kini telah berubah menjadi raksasa jadian dengan badan yang sasa ,gigi yang tajam .

Tanpa dapat menarik nafas Oyen ditumbuk dengan kuat oleh Cikgu Roslailee.

" *Blueeekk*"

Oyen termuntah darah.

"Cikgu bertenanglah!!"

Oyen cuba menenangkan Cikgu Roslailee tapi gagal

"ROARRRRR"

Cikgu Roslailee mengaum diikuti dengan kerakusan dan keganasan yang tak terkira.

"( Kalau keadaan ini berterusan nyawa orang sekeliling akan berada dalam bahaya!!)

Oyen berkata dengan dalam hati.

"Weh tengok tu !!"

"WAH SERIGALA JADIAN lAH!!"

"EH ITU OYEN KAN !??"

"EH DIA TENGAH BUAT TU??"

"Alamak apa aku nak buat ni???"

Gelabah Oyen.

"SEMUA!! DI MINTA UNTUK MASUK KE KELAS DAN MENYAMBUNG SEMULA PELAJaRAN SEPERTI BIASA!!"

Seorang murid beruniformkan pengawas berkata melalui Speaker muda alih

"Rupa kau....."

Oyen terkejut melihat wajah Pengawas tersebut mirib seakan-akan kawannya yang dah lama meninggal.

"Ya aku kakak kawan kau dan aku juga merupakan bekas Kapten Divisi ketiga ,Kuala Harimau, Shohadith Murni Manis!"

Murni berkata sambil menhalakan Speaker mudah alih ke arah Cikgu Roslailee.


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C4
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous