Baiklah Askar bantuan dari Singapore dan Amerika syarikat akan sampai dan berarak maju ke depan menawan Johor dan selatan Perak. Pada masa yang sama tentera filipina dan askar sulu akan yang datang melalui tanjung siam akan menguasai seluruh kawasan Kedah dan kelantan. "
Terang Pegawai perang Lothar.
" wah…Rancangan yang hebat ! Saya pasti mereka pun akan terkejut dengan ini hahaha"
Gelak Inspektor Mahmud sambil minum teh.
"Cuma satu benda , yang menjadi halangan sekarang ni adalah Askar diraja Johor dan beberapa pahlawan yang mempunyai dengan gelaran "Hang" pada nama mereka."
Inspektor Mahmud berkata.
"Hang ?"
Lothar bertanya.
"Betul tu mereka yang mempunyai gelaran Hang adalah pahlawan yang dipercayai Yang di pertuan Agong namun identiti mereka dirahsiakan dan mereka menyamar sebagai askar biasa.
Silap-silap Merekalah punca kenapa askar singapore langsung tak berarak ke masuk ke sempadan Johor Bahru. "
Inspektor Mahmud berkata sambil memotong kek.
" Begitu ke… Urgh "
Lothar gementar.
"Jangan risau Laksamana Lothar , nak cari mereka ni senang sahaja tapi tulah …Maklumat pasal mereka sangat sulit dan tak banyak sangat yang kita tahu .."
Inspektor Mahmud berkata dengan hampa.
"Nutzlos"
Lothar berkata.
Di Lebuhraya Cheras-Kajang
"Warghhh"
Murni menjerit.
"Bertahan semua !!"
Inspektor Sulung berkata .
"Woi korang berdua ada pistol kan ? Tembaklah !!"
Jerit Oyen.
"Tak boleh ! Lapisannya terlalu! peluru kami tak dapat tembusinya. "
Wadi berkata.
*KABOOM*
"Argh lama lagi ke ?!"
Jerit Detektif Siti.
Di dalam Zeppelin
"Apakah ? Mereka mengelak bom-bom yang kita jatuhkan dengan senang sekali ? "
Gerhard terkejut.
"Mestilah lori itu jenama Proton kot !. *Adeh*
Kata seorang pegawai pengemudi sebelum dipukul oleh Gerhard dengan Kasut kulit.
" Skuad Motor ! Kod merah "
Gerhard menjerit lalu beredar
"Huh? Oyen tengok tu !!"
Wadi berkata .
"!!!"
Oyen dan lain-lain terkejut apabila melihat pintu mula zeppeli tersebut mula terbuka dan keluar sekumpulan askar lengkap menaiki motosikal dan terus mengeja mereka .
" Stirb dich, nutzlose Katze!!"
Jerit pembonceng motosikal lalu mengeluarkan mesingan dan menembak mereka bertubi-tubi.
"Argh ! Tak guna , kalau mereka berterusan tembakan akan mengena tangki minyak lori ni !!"
Jerit Wadi.
"Ke tepi !!"
Jerit oyen lalu membaling batu bata ke arah kepala mereka. Mengakibatkan barisan hadapan motosikal mengalami kemalangan.
"Cantiklah Ketua !!"
Murni menjerit.
Dengan kecekapan memandu Inspektor Sulung Mereka dapat melarikan dari Gerhard melalui terowong.
"Tak guna!!! Mereka sudah melarikan diri !"
Gerhard berkata.
"Semua! Siapkan Tangki helium yang seterusnya ! Kita akan pergi selamat kan Kapten Korechika ! Bersiap sedia untuk operasi Leben-Rossa !!"
Gerhard memberikan arahan .
Di Hospital Kajang.
"Akhirnya..Sampai juga kita akhirnya …"
Lelah Murni.
"Oyen dengar sini , menurut maklumat yang kita ada, Korechika dikatakan sedang di rawat di tingkat 7 wad 5 , tetapi kawasan tersebut dikawal rapat dengan para pegawai Todessturm. "
Sulung berkata
"Rasanya..Lebih elok kita bertolak selepas subuh sebab memandangkan kita sudah ada di sini ,lebih awal dari musuh. Jadi rasanya tak salah kalau kita mendirikan solat dahulu. "
Oyen berkata.
"Betul saya setuju"
Murni berkata.
"Baiklah ayuh , Wadi dan aidit kamu pergi cari air, Saya dan yang lain akan membuat persiapan yang wajar. "
Kata Inspektor Sulung sambil memperbetulkan kollarnya.
"Baik !!"
Wadi dan Aidit berkata.
Selepas beberapa jam kemudian . Mereka bertolak masuk ke dalam kompaun Hospital Kajang , Mereka berlawan dengan beberapa pegawai yang menjaga Korechika. Satu per satu jatuh menandakan kejatuhan Korechika semakin dekat.
" Detektif Siti… "
Oyen berkata.
"Ya tak silap lagi …Ini wad 5 !!"
Detektif siti berkata.
Perlahan-lahan mereka membuka pintu tersebut…
" Eh mana dia "
Murni berkata.
"Cari aku ke ?"
Korechika berkata
"!?"
Murni, Oyen dan Detektif Siti terkejut melihat Korechika Akashiba yang sedang duduk dengan tenang seolah-olah menunggu kedatangan mereka.
" Ohio~... Atau lebih tepat lagi selamat pagi Oyen Bolkiah …"
Korechika berkata .
" Tch… "
Oyen memberi reaksi.
" Apa-apa pun aku tak nak cakap banyak . Aku tahu korang semua ke sini sebab mahu menarik nyawa aku kan ? Jadi apa kata kita mulakan tanpa banyak cakap ya?"
Korechika berkata lalu menghunuskan pedang ke arah mereka.
"Gurgh…"
Oyen dan Detektif Siti terasa tergugat.
"Mari aku cabar korang berdua untuk satu pertarungan kalah mati . Kalau korang menang , Dokumen saham Serbuk putih akan menjadi milik kau, Oyen ! Di samping itu, Tentera aku semua akan serah diri dengan aman. Tapi kalau korang yang kalah…Hahaha korang berdua tahulah apa yang akan jadi. "
Gelak Korechika.
" Aku sahut pertaruhan kau ! Jadi marilah! "
Oyen menyahut cabaran Korechika.
"Kalau macam tu.."
Tanpa berfikir sejenak , Korechika terus memecut ke arah Oyen dan membelah Detektif Siti.
"Detektif !!"
Oyen menjerit lalu cuba untuk menendang Kepala Korechika . namun nasib tak menyebelahi Oyen apabila Korechika membalasnya dengan tumbukan di mata kirinya.
" Arghhh !! Tak guna "
Terdesak untuk membalas pukulan , Oyen terus menendang kepala Korechika.
"Tch Kau ni tak belajar dari kesilapan ke ?! HUH !??"
Korechika terkejut apabila sebaliknya , Oyen menendang kelangkang Korechika.
"Urgh…"
Senak Korechika yang lalu mengakibat dia muntah darah .
"Sabar Oyen jangan bertindak meluru !!"
Murni berkata sambil mengangkat Detektif Siti .
"Oyen…Kita beredar dulu..Kalau kau teruskan silap-silap kita yang binasa nanti !!"
Detektif Siti berkata.
"Baiklah.."
Oyen berkata lalu lari bersama yang lain .
" Nak lari ya ?"
Korechika berkata .
" Aku rasa kita selamat kot buat masa nilah…Oyen tolong aku rawat Detektif Siti. "
Murni berkata.
"!!"
Murni terkejut apabila melihat luka pada dada detektif Siti sudah sembuh seperti sedia kala.
" Oyen hulurkan kayu tu…"
Murni berkata sambil menggigil.
"Huh nak buat apa ?"
Oyen kehairanan.
"Bagi ajalah !!"
Murni berkata dengan ketakutan.
"Woi apa yang kau nak buat !?"
Oyen jerit.
" Eh apa yang korang berdua buat ? EH !?"
Detektif siti yang baru sedarkan diri terkejut melihat Tindakan Murni yang ingin menusuknya dengan Batang Kayu.
"Mati kau Puaka tak guna !!"
Jerit Murni.
"Warghhhh APA YANG KAU BUAT HAWAU !?"
Jerit Detektif Siti.
"Murni berhenti !!"
Oyen menjerit.
" Kenapa ?"
Murni bertanya.
"Detektif Siti bukannya puaka lah !! "
Oyen menjerit
"Eh?"
Murni terkaku diam.
"Ah.. Maaf nampaknya aku lupa nak bagitau kau pasal asal-usul aku. Nama aku Siti awal atau lebih tepat lagi Kodokami Gu-Miko. Tapi memandangkan kita di Malaysia, Awak berdua boleh panggil saya Detektif Siti dan saya dari kaum Mihosune ."
Detektif Siti berkata .
"Mihosune ?"
Murni keharinan.
Detektif Siti menjawab segala persoalan Murni.
"Oh jadi kiranya kau hidup abadilah ya ?"
Kata Murni dengan kagum.
" Lebih kurang lah.. Namun kelebihan ni hanya dapat diaktifkan pada malam bulan penuh. Kalau hari biasa kuasa saya dihadkan . "
Kata detektif Siti.
" Oh macam tu.."
Murni membalas
" OYEN BOLKIAH !! KELUAR SEKARANG KALAU TIDAK AKU AKAN LETUPKAN HOSPITAL NI !!"
Jerit Korechika melalui sistem P/A .
" Serius lah takkanlah dia terdesak sangat sampai nak buat macam tu sekali ?"
Murni berkata.
" Hmm…Tak jugak , kau tak ingatkah apa yang dia buat masa pertempuran Pelabuhan Klang, Dia sanggup arahkan pengikutnya untuk menjadi batu loncatan demi rancangan menangkap Pelabuhan tersebut. "
Detektif Murni berkata.
" Betul jugak , Kalau macam jomlah cepat kita kalahkan dia sebelum matahari terbit. "
Oyen berkata.
" Berita terkini , Berikutan kejatuhan Pelabuhan Klang ke tangan Pakatan Todessturm , Beberapa bandar seperti Pulau rintis, Cyberaya, Putrajaya ,cheras dan Kadazan . turut sama jatuh menjadi kawasan jajahan mereka. Rakyat dinasihatkan untuk tidak langsung tidak menjejakkan kaki ke bandar-bandar tersebut. "
Kata seorang pemberita.
" Hmm Nampaknya keadaan sudah semakin rancak. Kau tak rasa ke yang kau sudah di tipu oleh orang Amerika ?"
Kata Inspektor Mahmud.
"Apa yang buatkan kau fikir begitu ?"
Lothar Membalas.
" Bukan apa tapi , Askar Brunei sudah berpakat dengan Majlis keselamatan negeri Sabah. Dan kini mereka sedang berarak ke kadazan. "
Inspektor Mahmud berkata sambil membaca surat khabar.
"Diam lah Tak guna !! Kau apa tahu ?? Mereka sendiri yang bagi aku kapal selam, senjata api dan kewangan tanpa henti. Takkan lah mereka nak khianat Todessturm ?"
Lothar membalas .
"Baiklah …Ikut kaulah Tapi kita kena bertindak cepat kalau tak silap-silap kau mungkin telah mengistiharkan perang terhadap dunia Islamik . "
Inspektor Mahmud membalas.
" Aku dah agak kau akan cakap tu , tapi jangan risau, Sebaik sahaja Todessturm Mengambil alih Kuala Lumpur . Aku, Lothar Von Lubenboff akan menjadi Kaiser di Asia , sekali gus memonopoli ke semua perdagangan Serbuk Putih di tenggara !!"
Lothar berkata dengan penuh semangat.