Télécharger l’application
12% Our Tomorrow (Malay) / Chapter 3: Di Manakah Aku?

Chapitre 3: Di Manakah Aku?

YING Hua membuka matanya perlahan-lahan. Nafasnya masih tersekat-sekat seolah-olah tidak cukup udara. Seluruh tubuhnya terasa begitu sakit seperti jatuh dari bangunan yang tinggi. Kepalanya disentuh perlahan. Sakit. Teramat sakit.

Dia mendengar suara-suara di sekitarnya tetapi dia tidak mampu untuk bangun. Dia hanya memandang ke atas sahaja tetapi dia tidak dapat mengagak dimana dia berada ketika itu. Yakini bukan di pejabatnya.

"Tuan puteri!"

Ying Hua kembali memejam matanya. Suara siapa pula ni? Tuan puteri? Sejak bila dia ada darah diraja pula ni? Nampak sangat dia tengah menigau. Demam punya pasal sampai dengar benda yang tak masuk dek akal. Padahal baru tadi dia mendengar suara Yi Rong memanggil namanya berkali-kali. Cuma matanya tidak mampu dibuka.

Tangannya terasa disentuh memaksa dia untuk membuka mata kembali. Dia menoleh ke kanan. Ada seorang lelaki sedang menyentuh pergelangan tangannya seperti sedang memeriksa nadinya. Dalam kesamaran itu, dia dapat melihat ada seorang gadis yang berpakaian pink lembut berada tidak jauh dari situ. Tetapi...

"Keadaan puteri sudah stabil. Cuma dia masih perlukan rehat," ujar lelaki itu kemudian terus beredar dari kawasan itu.

Ying Hua masih bingung. Di manakah dia berada sekarang ini. Mengapa pakaian mereka begitu pelik sekali. Dahsyat sangat halusinasinya kali ini.

"Tuan puteri dah sedar." Si gadis itu merapati Ying Hua. Tangan itu digenggam erat bagaikan tidak mahu dilepaskan. Senyuman itu cukup lebar tanda gembira.

"Awak siapa?" tanya Ying Hua lemah. Perlahan dia bingkas bangun sambil dibantu oleh gadis asing itu. Matanya mula meliar memerhati tempat itu. Tempat yang terlalu asing baginya.

Tempat apakah ini? Ying Hua menolog sendiri. Tangan kanannya memicit kepalanya yang masih terasa berat itu. Halusinasi apakah ini? Takkanlah kerana dia tak cukup rehat, dia sudah berada di dunia lain?

Hah? Dunia lain? Takkan aku dah mati? Desis Ying Hua membuatkan dia terus tersedar. Sejurus itu Ying Hua menyentuh seluruh tubuhnya. Anehnya dia tidak memakai pakaian pejabatnya tetapi pakaian yang begitu asing untuknya.

"Saya dah mati ke?" tanya Ying Hua kepada gadis itu.

"Tak tuan puteri..." Gadis itu sudah mengalirkan air mata.

Ying Hua sudah bingung. Dia tidak tahu apa maksud air mata gadis asing itu. Tak mungkinlah! Dia yakin semua itu adalah ilusinya sahaja. Ah! Ini semua hanyalah bayangan!

Dia cuba bangun, ingin pergi dari situ secepat mungkin. Belum sempat dia turun dari katil, gadis itu menahannya.

"Tuan puteri, jangan macam ni..." ujar gadis itu separuh merayu.

"Saya tak kenal siapa awak. Tuan puteri? Awak dah salah orang..." Ying Hua berkeras hendak bangun namun untuk seketika langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.

"Siapa awak?" tanya Ying Hua kepada lelaki yang berpakaian hanfu berwarna putih itu.

Kemudian muncul pula seorang lelaki yang turut berpakaian yang sama cuma berbeza warna. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan aneh. Tidak seperti lelaki berbaju putih itu. Langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Si gadis itu menunduk hormat sebaik sahaja dua lelaki itu masuk. Ying Hua memandang sekeliling. Ah! Nampaknya dia memang sudah gila!

"Xin Xin, pastikan puteri rehat secukupnya," ujar lelaki itu dengan wajah tanpa reaksi.

"Baik tuan putera," balas gadis yang dipanggil Xin Xin itu.

"Awak semua ni siapa? Kenapa saya ada kat sini?" celah Ying Hua pantas. Untuk kali pertamanya dia melihat wajah lelaki yang dipanggil tuan putera itu berubah.

"Tuan puteri asyik cakap benda yang pelik-pelik selepas sedar. Dia tak ingat siapa dia, dia juga tak ingat siapa Xin Xin. Dia cuma tanya sama ada dia dah mati..." Xin Xin bersuara dengan nada yang sedang menahan tangis.

Putera itu memandang Ying Hua sebelum mendekati wanita itu. Ying Hua mengundur ke belakang.

"Awak tak mati. Ajaibnya awak tak mati lagi untuk sekarang ni," ujar putera muda itu bernada tegas.

Glup! Ying Hua menelan air liur. Menakutkan! Kalau macam tu baguslah. Dia fikir dia dah mati tadi.

"Ahh... saya tahu. Demam saya takkan buat saya jadi gila. Ini cuma halusinasi kecil aje." Ying Hua ketawa, cuba menyedapkan hati. Iyelah, dia sebenarnya pelik juga. Kalau dia tak mati, maknanya tempat ini apa?

Perlahan dia bergerak ke kiri, cuba jauhkan diri dari lelaki asing itu. Paling tepat, dia sebenarnya mahu melarikan diri dari situ. Manalah tahu mereka itu sebenarnya menculiknya.

"Nak pergi mana?" Lengan Ying Hua dirampas kasar.

Langkah Ying Hua terhenti. Takut-takut dia memandang putera itu. Pandangannya benar-benar menakutkan. "Awak semua dah salah orang. Saya bukan tuan puteri yang awak cari..."

"Awak masih nak berpura-pura lagi Wu Xiao Hua?" Putera itu menggenggam lengannya bagaikan cuba memberi amaran.

"Ah? Nama saya Wu Ying Hua," balas Ying Hua pantas. Dah terang-terang nama mereka berbeza walaupun hampir serupa.

Putera itu merengus dengan kata-kata Ying Hua. "Awak dah lupa siapa saya?"

Ying Hua terkebil-kebil memandang lelaki itu. "Tuan putera?" tanyanya lurus.

Mata itu sudah terjegil memandangnya. Genggaman itu semakin erat. Dahi Ying Hua mula berkerut menahan sakit. Kepalanya kembali berdenyut-denyut.

"Saya... saya tak kenal siapa awak. Saya tak tahu kenapa saya boleh berada kat sini..." ujar Ying Hua lagi. Dia mahu keluar dari situ. Kalau benar dia bermimpi, cepatlah sedar dari mimpi.

"Yuan Zhen, tambah lagi pengawal di kawasan kediaman ni. Pastikan dikawal ketat. Jangan biarkan puteri keluar dari bilik ni," arahnya tegas kepada seorang lelaki yakini seorang pengawal peribadinya.

"Baik tuan muda." Yuan Zhen menurut perintah.

"Saya nak tengok berapa lama awak boleh berpura-pura, Xiao Hua..." ujar lelaki itu berupa amaran. Dilepaskan lengan Ying Hua dan berlalu pergi dari situ.

Ying Hua terpinga-pinga di situ. Apakah yang berlaku sebenarnya? Dia langsung tidak mengerti. Bagaimana dia boleh berada di tempat asing sebegitu, bersama dengan orang-orang yang aneh.

Xiao Hua? Siapa wanita itu? Kenapa lelaki itu memanggilnya dengan nama asing itu? Tiba-tiba sahaja pandangannya kembali kabur. Akhirnya dia terjelopok jatuh di situ.

"Tuan puteri!"

********************

SHU Yan berdiri memeluk tubuh. Entah berapa lama dia dalam keadaan begitu. Biarpun dia tidak bersuara namun fikirannya sudah bising memikirkan apa yang berlaku.

Xiao Hua. Sikap wanita itu mula berubah semenjak sedar. Melihat wanita itu masih hidup bagaikan satu keajaiban yang tidak tercapai dek akal. Dia masih tidak dapat mempercayai semua itu biarpun dilihat dengan matanya sendiri.

Sudah terang-terang nadi wanita itu sudah tidak berdenyut semalam. Dia adalah orang pertama yang menyaksikan kematian Xiao Hua. Dia juga orang pertama yang mendapati tubuh kecil itu sudah tidak bernyawa.

Anehnya hari ini dia dikejutkan dengan berita luar biasa. Xin Xin, pembantu peribadi Xiao Hua bergegas ke kediamannya memaklumkan bahawa jemari wanita itu bergerak. Mulanya dia cuma menyangka ilusi Xin Xin sahaja namun apabila melihat dengan matanya sendiri, hampir sahaja membuat dirinya tergamam.

Perlahan dia melepaskan keluhan berat. Entah apa yang patut dia lakukan ketika itu. Xiao Hua seperti tidak ingat apa yang berlaku sebelum kejadian itu. Tetapi akalnya menidakkan yang Xiao Hua hanya sekadar berpura-pura untuk menagih simpati darinya.

"Tuan muda..." Yuan Zhen menegur lembut. Hari ini sahaja dia sudah mendengar beberapa kali keluhan dari putera keempat itu. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran putera itu sebenarnya. Tetapi dia yakin hal itu berkaitan dengan Puteri Yan, isteri tuan mudanya itu. Puteri Yan adalah gelaran Wu Xiao Hua sebagai isteri putera keempat iaitu Putera Yan.

"Awak rasa apa yang berlaku pada Xiao Hua? Adakah dia betul-betul lupa ingatan?" tanya Shu Yan perlahan.

"Berdasarkan apa yang saya lihat, sikap Puteri Yan sememangnya ada perubahan. Dia mungkin benar-benar hilang ingatan. Tapi apa yang berlaku pada Puteri Yan sememangnya ajaib." Yuan Zhen memberi pendapat. Tidak berani bersuara lebih daripada itu setelah tahu apa yang berlaku pada kejadian malam semalam.

"Tapi kalau dia hanya berpura-pura, sememangnya dia sedang menempah maut untuk kali kedua." Tegas Shu Yan bersuara.

Apa yang dia perlu lakukannya hanya memerhati gerak geri wanita itu sahaja. Segalanya tidak mustahil selepas apa yang telah berlaku. Dia takkan membiarkan hal itu berulang kembali.

Yuan Zhen hanya membisu. Dia tahu kata-kata putera keempat itu bukan main-main. Wajah itu nampak serius. Sepertinya dia dapat menganggak sekiranya Puteri Yan hanya sekadar berpura-pura, putera keempat itu tidak lagi akan bertolak ansur.

"Saya nak awak perhatikan setiap gerak geri Xiao Hua. Tak kira ke mana pun dia pergi, saya nak tahu," arah Shu Yan.

Apa yang dia perlu buat sekarang hanyalah memerhati gerak geri Xiao Hua. Bijak macam mana sekalipun wanita itu, ia takkan pernah lari dari gapaiannya. Dia lebih mengenali Xiao Hua melebihi segalanya. Mustahil untuk Xiao Hua lari darinya. Berpura-pura atau tidak, dia akan buat Xiao Hua ingat akan segalanya. Segalanya akan terbongkar nanti. Cuma cepat atau lambat sahaja.

"Baik tuan muda." Yuan Zhen menurut perintah.

Shu Yan membuat isyarat tangan kepada pengawal peribadinya agar keluar dari kamarnya. Malam sudah semakin lewat tetapi fikirannya masih penuh dengan pelbagai andaian. Dia sebenarnya terlalu letih tetapi kalau pejam mata sekalipun, belum tentu dia mampu tidur dengan tenang.

Yuan Zhen menunduk hormat dan terus keluar dari kamar putera itu. Sekilas dia sempat memandang ke arah putera keempat yang masih termenung itu sewaktu ingin menutup pintu. Dia tahu putera keempat itu sedang berperang dengan perasaan sendiri. Namun dia tidak dapat membantunya. Walau bagaimana rapat pun dia dengan putera keempat itu, dia masih tidak boleh untuk masuk campur urusan peribadi putera itu. Apa pun keputusan yang dibuat, dia hanya mampu menurut perintah.


L’AVIS DES CRÉATEURS
IshaShazni IshaShazni

Terima kasih sudi membaca karya saya.

Kalau suka, jangan lupa ADD TO LIBRARY ya. :)

next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C3
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous