<Serangan>!
Zhang Yang bertarung sekali lagi dengan Hantu Batu Hitam itu. Dia mengangkat dan menghayun [Pedang Pembersihan Penelan] miliknya ke arah Hantu tersebut.
"Argh---" Hantu itu sekali lagi menempik berang dan bunyi itu menghasilkan satu daya yang menghumban Zhang Yang beberapa meter ke belakang. Kerosakan yang dikenakan ke atas Zhang Yang hampir sama iaitu lebih kurang 4,000 nilai kerosakan!
"Jahanam!" Zhang Yang tidak mampu menahan sabar lagi lantas terus menyumpah-nyumpah. Memandangkan dia telah menggunakan <Serangan> miliknya, dia hanya mampu berlari ke arah Hantu itu sekali lagi. Hantu itu pula terbang dengan perlahan-lahan ke arah Zhang Yang. Mereka sekali lagi bertarung di mana Zhang Yang sekali lagi tercampak beberapa meter ke belakang selepas dapat menetak raksasa itu sekali dengan pedangnya! Berapa lama agaknya untuk dia dapat membunuh Hantu durjana ini kalau situasi ini berterusan?!