Télécharger l’application
8.76% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 75: Kemelut dalam Kecelaruan

Chapitre 75: Kemelut dalam Kecelaruan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

[Rembulan Bayangan, Tunggangan Shurian] (Perak Kelabu)

Tahap: 25

HP: 300k

Dengan adanya dua bos Perak Kelabu di sebelah kanannya dan Drizzler yang dikawal di sebelah kirinya, Zhang Yang kini terperangkap dalam bahaya!

Shush! Pihak musuh menyerangnya!

Zhang Yang memaksa dirinya bertahan sebaik mungkin dan mengelak setiap serangan yang dia mampu untuk mengurangkan kerosakan yang dialami!

Drizzler yang berada paling dekat dengan Zhang Yang mengenakan serangan jarak dekatnya terlebih dahulu dan dalam sekelip mata, Zhang Yang terperangkap seperti ayam dalam kurungan. Dia langsung tiada ruang yang cukup untuk bergerak!

Dia dengan pantas menghentak tanah dan menjampi <Serangan Petir> dan berjaya menyebabkan kerosakan kepada ketiga-tiga sasaran. Namun, kesan memperlahankan itu hanya menjadi ke atas Drizzler dan kuda di hadapannya sementara bos tersebut kebal terhadapnya. Zhang Yang bersyukur kerana dia perlu memperlahankan dua daripada tiga pihak musuh yang dihadapinya. Dia cepat-cepat menyelinap keluar dari zon bahaya tersebut dan menarik ketiga-tiga mereka ke bahagian kanan medan pertarungan bagi memastikan jarak serangan bos itu hanya terkena pada dirinya. 

4 saat kemudian, Drizzler dan Rembulan Bayangan kembali ke kelajuan asal mereka dan meluru ke arah Zhang Yang. Dia dengan segera mengaktifkan <Hadangan> dan mengelak beberapa rantaian serangan. Apabila <Serangan Petir> boleh digunakan semula, dia cepat-cepat menggunakannya lalu terus mengikat dan menarik1 bos tersebut.

15 saat selepas itu, Drizzler mendapat kawalan ke atas wataknya semula lantas mengurangkan satu bebanan yang perlu dikhuatiri Zhang Yang.

Zhang Yang mengaktifkan <Sambaran Mendatar> yang ditunda dari tadi memandangkan Drizzler masih di bawah kawalan pihak musuh dan dia khuatir akan menyebabkan Drizzler terbunuh. Setelah Drizzler pulih dan kembali di pihak mereka, Zhang Yang boleh menggasak pihak musuh sehabisnya. 

"Terus serang bos itu! Abaikan kudanya!" ujar Zhang Yang. Jika Rembulan Bayangan mempunyai kurang daripada 100k HP, dia mungkin mempertimbangkan untuk membunuhnya terlebih dahulu, tetapi kuda tersebut mempunyai 300k HP yang sangat dahsyat! Zhang Yang serta-merta mengabaikan rancangan itu.

"Ya! Jangan sentuh kuda itu! Ia milik aku!" Drizzler berteriak.

Walaupun Rembulan Bayangan dianggap raksasa yang diseru, ia tetap bos Perak Kelabu! Kerosakan yang dikenakannya sangat tinggi hingga satu tendangannya boleh menyebabkan 1,000 mata kerosakan! Jika Zhang Yang cuai dan terkena serangan kedua-dua Rembulan Bayangan dan Shurian, dia pasti akan terbunuh dan dihantar ke tanah perkuburan.

"Jahanam… ini memang betul-betul sukar!" Han Gemuk menarik nafas dalam-dalam. Dia bimbang jika Zhang Yang melakukan kesilapan yang membuatkan pasukan itu terbunuh.

Keadaan sebegini memberi Zhang Yang peluang untuk menunjukkan taktik pertarungan yang luar biasa. Dia menggunakan <Serangan Petir> bukan sebagai satu serangan, tetapi sebagai cara untuk memperlahankan serangan Rembulan Bayangan terhadap dirinya. Dia juga hanya menggunakan <Hadangan> dengan bersesuian bagi melindungi dirinya apabila dia merasakan yang dia tidak mampu mengelak mana-mana serangan. Kebolehannya dalam menggunakan kemahirannya sepenuhnya mengatasi kebolehan orang lain. Namun, palang HPnya meningkat dan menurun dengan mendadak seperti rollercoaster! Meskipun begitu, dia tetap berdiri teguh! Jika pasukan lain yang sedang mencuba menyelesaikan cabaran ini, tank mereka pasti tidak akan mampu mengikat dan menarik dua bos tersebut serta mempertahankan nyawanya dengan serentak!

"Yang Kecil, kau memang betul-betul buat aku kagum!" Han Gemuk menghela nafas lega.

"Kagum apanya! Serang bos itu!" Zhang Yang tidak menapis percakapannya apabila dia bercakap dengan "abang"nya itu.

48%, 46%, 44%... HP bos tersebut perlahan-lahan menurun.

"Datanglah kepadaku, makhluk suruhanku yang setia! Berkhidmat dan berbaktilah kepada satu-satunya tuanmu ini!" Shurian menyeru makhluk suruhannya buat kali kelima.

'Ding! Shurian telah menyeru Makhluk Suruhan Maut!"

Mereka semua menjalankan tugas masing-masing termasuk Si Salji yang menghentikan sokongannya kepada yang lain-lain untuk menjampi <Hukuman Kedewaan> ke atas raksasa itu. Mereka berjaya membunuh kedua-dua makhluk suruhan yang diseru dengan pantas dan menghalang Shurian daripada memulihkan dirinya sendiri.

"Manusia kerdil tak guna! Aku sudah jemu dengan bau busuk kalian! Mereputlah di neraka!" Shurian berteriak. Awan gelap mula meresap ke dalam gua tersebut melalui celah-celah dinding.

'Ding! Shurian telah menggunakan <Hujan Syaitan>!'

Zhang Yang mendongak melihat awan tersebut sambil mengikat dan menarik bos itu.

"Hati-hati dengan awan itu! Aku yakin ada sesuatu yang buruk daripadanya!"

Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, awan tersebut mula menurunkan titisan hujan berwarna hitam lalu membasahi dua pertiga kawasan itu.

'-300!'

'-300!'

Mereka semua berlari mencari perlindungan. Namun, ada sesetengah antara mereka yang tidak sempat berlindung dan mengalami 300 mata kerosakan disebabkan oleh hujan tersebut!

Apabila bebanan untuk menyembuhkan mereka semua meningkat mendadak, palang Mana Si Salji terus menurun seperti tanah runtuh.

"Gerak laju lagi, semua! Elak hujan itu, kalau tak aku akan kehabisan Mana tak lama lagi!" Si Salji merintih.

"Hahaha! Manusia kerdil yang lemah! Merintihlah untuk nyawamu! Meraunglah dalam kesakitan!" Shurian menghayun pedangnya dan tertawa seperti seorang raja yang gila.

"Bedebah! Bila hujan tak guna ini akan berhenti?!" Han Gemuk merengus.

Zhang Yang perlahan-lahan mengikat dan menarik bos itu ke arah pintu masuk tingkat lima.

"Periksa pintu masuk itu! Periksa sama ada ia tertutup!" Zhang Yang memikirkan jika mereka boleh mengulangi taktik yang digunakan di tingkat sebelum ini iaitu dengan bersembunyi di pintu masuk dan menyerang bos dari jarak yang selamat.

Ratusan Tembakan berundur beberapa langkah, berpaling, dan mengeluh.

"Pintu itu tertutup!"

Zhang Yang mengeluh kecewa dan berpaling untuk berdepan dengan bos itu. Dia memikirkan yang dia dapat menyelematkan keadaan, tetapi dia kini perlu berusaha dengan lebih kuat untuk mengelak serangan kedua-dua Shurian dan Rembulan Bayangan sembil berjaga-jaga dengan hujan dari langit tersebut. Ini terlalu sukar!

Namun, ia berpatutan bagi pemaju permainan video ini untuk menghalang pemain menggunakan pepijat muka bumi dalam menewaskan mana-mana bos dengan mudah. Pintu masuk itu nampaknya hanya akan terbuka apabila salah satu bos atau pasukan tersebut terbunuh.

Memandangkan pasukan tersebut terpaksa berjaga-jaga dengan hujan itu, kerosakan yang dikenakan pasukan itu menurun. Mereka sebelum ini bertarung pada kelajuan kura-kura, tetapi kini kelajuan mereka lebih perlahan daripada itu. HP bos itu menurun dengan sangat perlahan… 1% pada satu-satu masa.

Apabila bos itu hanya tinggal 30%, kesan antidot mereka semua telah menghampiri had tempoh. Zhang Yang yang menyedari perkara ini cepat-cepat berteriak. "Kau semua! Ambil lagi satu antidot!"

Zhang Yang menyesal kerana tidak mengambil lebih banyak [Posyen Anti Bayangan Pemula]! 100 mata tentangan Bayangan boleh mengurangkan lebih kurang 100 mata kerosakan Bayangan! Itu dapat membawa banyak perubahan!

27%, 26%, 25%!

"Datanglah kepadaku, makhluk suruhanku yang setia! Berkhidmat dan berbaktilah kepada satu-satunya tuanmu ini!" Shurian menyeru makhluk suruhannya lagi dan dalam masa yang sama, menghunus pedangnya ke arah Han Gemuk.

"Si Kurus dan Kacak! Tunduk dan berkhidmat kepada tuanmu!"

'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah terkena <Kawalan Bayangan>!'

"Jahanam! Kerosakan itu tak akan cukup!" Han Gemuk mengadu apabila dia kehilangan kawalan ke atas wataknya sendiri. Dia mengangkat busurnya dan mensasarkan Si Salji. 

Zhang Yang dengan pantas mempertahankan langkahnya dan berteriak. "Ratusan Tembakan! Budak kecil! Kau berdua serang makhluk suruhan yang kiri! Budak, jangan guna <Serangan> dulu! Tunggu nanti!"

"Okey!"

Ratusan Tembakan cepat-cepat menembak <Tembakan Konkusi> dan memperlahankan pergerakan raksasa di sebelah kiri. Drizzler tiba tepat pada waktunya untuk menyerang raksasa tersebut.

Zhang Yang pula mengikat dan menarik kedua-dua bos dan Rembulan Bayangan ke arah Drizzler. Makhluk suruhan di sebelah kanan pula menuju ke arahnya dengan sangat laju! Dalam masa 4 saat, ia berada hampir 10 meter daripada bos tersebut!

<Serangan>!

Zhang Yang menyerang makhluk suruhan kedua itu dan menggunakan <Serangan Petir>, lantas merantai serangannya dengan satu lagi serangan normal dan <Sambaran Mendatar>. Serangan kombonya mengenakan sebanyak 1,300 HP. Memandangkan pengaktifan kemahiran ialah aksi serta-merta, ia tidak bercanggah dengan serangan normal. Semua serangan Zhang Yang berlaku sekelip mata!

Zhang Yang berpaling dan terus mengikat dan menarik kedua-dua bos dan Rembulan Bayangan menjauhi makhluk suruhan yang mengejarnya. 2 saat kemudian, makhluk suruhan tersebut pulih daripada pegunan dan kembali menghala ke arah tuannya. Namun, kelajuan pergerakannya diperlahankan oleh <Serangan Petir>!

"Yang Kecil! Hebatnya gaya kau tadi! Seperti yang dijangka Tuan Gemuk yang mengajar kau semua itu!" Han Gemuk tertawa dan memuji dirinya sendiri atas kehebatan Zhang Yang.

Di satu lagi bahagian padang itu, Ratusan Tembakan dan Drizzler mengalami saat genting dalam pertarungan mereka! 3,000 HP raksasa yang sedikit itu terasa seperti 300,000 pada mereka!

4 saat kemudian, makhluk kedua tersebut pulih ke kelajuan pergerakannnya yang asal dan semakin mendekati bos itu.

Budak kecil! Guna <Serangan> ke atas makhluk suruhan itu sekarang!" Zhang Yang tetap tenang walaupun keadaan sangat merbahaya. Dia terus membimbing pasukannya.

Drizzler meninggalkan makhluk suruhan yang hanya tinggal 500 HP dan hampir tewas itu lalu menghala ke arah makhluk suruhan kedua! Dia serta-merta menggunakan <Serangan> apabila dia mendekati jarak serangannya bagi memegun makhluk suruhan tersebut dan bersedia untuk menyerangnya.

Sementara itu, Si Salji yang berada di bahagian lain padang itu mempunyai peluang untuk menjampi <Humukan Kedewaan> ke atas makhluk suruhan pertama! Ratusan Tembakan menarik busurnya dan menyerang makhluk suruhan itu pada masa yang sama lantas menghantar raksasa syaitan itu kembali ke tempat asalnya!

"Bagus! Teruskan lagi! Bunuh yang satu lagi!" Zhang Yang berpuas hati dengan kebolehan mereka.

2 saat kemudian, makhluk suruhan kedua pulih daripada pegunan dan mula meluru ke arah bos tersebut. Walaupun Zhang Yang mengikat dan menarik Shurian dari tadi, makhluk suruhan kedua itu berjaya mendekatinya dalam masa hanya 3 saat!

Ratusan Tembakan dengan segera mengejar makhluk suruhan kedua itu lalu menyerangnya. Makhluk itu telah mengalami kerosakan teruk daripada Zhang Yang dan hanya tinggal 1,500 HP sahaja lagi. Drizzler juga telah menyebabkan kerosakan ke atasnya dan menyebabkan HPnya hanya tinggal 700! Namun, kelajuan pergerakan makhluk itu terlalu pantas! Tanpa kesan memperlahankan yang dikenakan ke atasnya, Drizzler gagal untuk menghalangnya!

Ini bermaksud hanya Ratusan Tembakan yang dapat menyerangnya!

Shush!

Sebatang anak panah melayang di udara dan mengenai makhluk suruhan tersebut.

'-208!'

Nampaknya tiada satupun cara untuk menghalang ia daripada mendekati destinasinya!

"Hahaha!" Shurian tertawa mengilai. Ia mengangkat tinggi pedangnya dan hampir menetak makhluk suruhan yang semakin menghampirinya!

'-710!'

'-731!'

'-728!'

"Fuuh! Nasib baik aku sempat halang!"

Dalam sekelip mata, Zhang Yang meluru merentasi kawasan itu dan mengaktifkan <Sambaran Mendatar> lalu menyerang ketiga-tiga pihak musuh dan menyebabkan kerosakan tinggi ke atas mereka dengan serentak!

Makhluk suruhan kedua itu jatuh tewas sebelum sempat ia berkhidmat kepada tuannya.

Pedang bosnya pula hanya membelah angin. Ia mendengus keberangan!

"Sungguh hebat!"

Mereka semua memuji Zhang Yang atas tindakannya yang menyelematkan keadaan pada saat-saat terakhir.

"Haha! Taka da apa-apalah! Jangan berhenti sekarang! Serang bos itu! Kemenangan hampir kita kecapi!" Zhang Yang tertawa melihat mereka semua.

24%, 22%, 20%...

Semuanya berjalan lancar… sehingga HP bos itu menurun ke 10%!

"Rembulan Bayangan! Datang kepadaku! Kita akan sama-sama memijak mati serangga tak guna ini!" Shurian melompat dan menunggangi semula Rembulan Bayangan. Pedangnya yang berwarna putih pucat berubah menjadi merah darah!

'Ding! Shurian telah bertukar menjadi berserk! Semua serangan meningkat sebanyak 50%! Sela masa serangan menurun sebanyak 50%!'

"Jahanam! Bos ini boleh menjadi berserk!?"

  1. Mengikat dan menarik ialah perbuatan mengumpan dan menarik pihak musuh ke suatu arah yang ditentukan pengguna.

next chapter
Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C75
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous