Télécharger l’application
83.33% Milik siapakah hati ini / Chapter 15: Bab 15

Chapitre 15: Bab 15

Dato' Kassim dan isterinya tiba di hospital dengan pelbagai juadah masakan kegemaran Nizan seperti yang dijanjikan. Datin Nora turut membawa makanan kegemaran Atikah kerana dia tahu anak gadisnya itu pasti ada menemani abangnya. Pada mulanya Datin Nora ingin datang di awal pagi, namun suaminya memberitahu bahawa anak gadis mereka telah pergi ke hospital di awal pagi bersama kuih kegemaran Nizan untuk bersarapan bersama abangnya itu. Pesanan ringkas aplikasi whatsApp daripada Atirah yang diterimanya ditunjukkan kepada isterinya. Atirah turut melampirkan gambar kuih cara berlauk buatanya dalam pesanan tersebut. Datin Nora tersenyum membacanya dan dia menukar perancangannya untuk pergi melawat anak bujangnya membawa makanan tengah hari untuk mereka. Dato' Kassim hanya menurut keputusan isteri tersayang.

Atirah tersenyum gembira melihat makanan kegemarannya turut sama terhidang. Nizan melihat senyuman gembira Atirah dan dia turut tersenyum. Timbul idea nakal nutuk mengenakan adiknya itu.

"Mama...yang tu bukan makanan kesukaan abang, kenapa mama bawa?" Nizan memuncungkan mulutnya ke arah juadah Ayam Goreng Kicap Halia yang terhidang dihadapannya. Dia memandang Atirah dengan hujung matanya untuk melihat riaksi Atirah. Sejak dari kecil lagi Atirah amat suka makan makanan yang mengandungi kicap. Apa sahaja yang dimasak dengan kicap, Atirah suka. Sebut sahaja, Daging Goreng Kicap, Telur Goreng Masak Kicap, Ikan Goreng Masak Kicap, malahan Atirah boleh makan nasi dengan kicap sahaja dan Ayam Goreng Kicap Halia adalah masakan yang paling disukainya. Ayam tersebut hendaklah digoreng terlebih dahulu, kemudian ianya digoreng semula dengan kicap, bawang dan halia. Boleh ditambah dengan ubi kentang dan sedikit cili padi untuk lebih sedap dan pastikan kuahnya pekat. Hahaha adiknya boleh makan sehingga pinggan adiknya itu boleh dibuat cermin, licin.

Atirah menarik muka masam mendengar kata-kata Nizan. Dia segera ke sisi Dato' Kassim untuk mendapatkan bantuan. "Abah tengok abang Nizan." Adu Atirah sambil tangannya menggoyang manja tangan Dato'Kassim meminta bantuan. Dato' Kassim tersenyum, namun dia tidak menolong Atirah tetapi dia turut mengenakan anaknya itu.

"Ala tu kan abang kesayangan Ati. Buat kuih pun untuk Abang je, untuk Abah tak de. Sekarang baru nak cari Abah." Dato'Kassim pura-pura merajuk.

Nizan mengangkat keningnya dan tersenyum memandang Dato' Kassim kerana abah mereka turut sama mengenakan Atirah. Atirah segera memandang Atikah dan memberi isyarat tangan meminta bekas Kuih Cara Berlauk yang telah disimpan khas untuk mama dan abahnya. Atikah memahami isyarat tersebut dan dia mengghulurkan bekas kuih tersebut kepada Atirah dengan senyuman manis dibibir. Tepat jangkaan Atirah yang Dato' Kassim akan meminta bahangainnya. Semasa dia dan Atirah sedang meletakkan kuih cara berlauk itu ke dalam bekas, Atirah memintanya untuk membahagikan kuih tersebut kepada tiga bekas makanan. Pada mulanya Atikah berasa hairan, namun Atirah menjelaskan bahawa satu bekas untuk mereka makan bersama abang Nizan, sebekas khas untuk Dr. Hafizah yang merawat abangnya dan sebekas lagi adalah untuk abah dan mamanya. Datin Nora yang menjadi pemerhati ketawa kecil melihat gelagat keluarganya. Dia merasakan sangat bahagia.

"Dah...jangan nak main-main lagi.Tikah jangan layan dia orang ni, mari kita makan." Ujar Datin Nora apabila melihat anak-anak dan suaminya masih tidak memulakan santapan mereka. Dia menghulurkan pinggan nasi kepada kawan anaknya itu dengan senyuman dibibir. Datin Nora senang dengan kawan-kawan anaknya. Anak-anaknya pandai memilih kawan yang baik budi pekertinya dan yang penting sikap menghormati orang tua amat dipuji. Sejak Atirah berkawan dengan Atikah, Datin Nora telah menerima Atikah seperti keluarga sendiri dan dia juga tahu perancangan tak jadi Atirah untuk menyatukan Atikah dan Nizan. Sebenarnya Datin Nora turut menaruh harapan terhadap perancangan tersebut, namun dia faham yang kita hanya mampu merancang, jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan.

Setelah mereka menjamu selera, Atirah dan Atikah meminta diri untuk pulang. Nizan turut menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumah. Dia memujuk Datin Nora dengan pelbagai alasan yang diberikan. Pelbagai pemeriksaan telah dijalankan dan dia sihat sahaja. Namun, Datin Nora tetap dengan pendiriannya mahukan Nizan berehat di hospital. Ini kerana dia tahu, sekiranya anaknya pulang, Nizan akan mengabaikan kesihatannya dan mula bekerja seperti biasa. Dia ingin Nizan berehat sepenuhnya tanpa memikirkan kerja-kerja di pejabat. Nizan cuba mendapatkan pertolongan daripada adiknya dan abahnya, namun mereka berdua menyebelahi Datin Nora. Akhirnya Nizan mengalah dengan kehendak mamanya.

..............

Setibanya Atirah di rumahnya, dia segera masuk ke biliknya untuk menunaikan solat zahor. Setelah itu dia bermalas-malas di tilam empuknya itu. Sebenarnya dia sedang mencari idea bagaimana untuk memulakan ceritanya kepada Atikah. Sedang dia leka dengan fikirannya, pintu biliknya diketuk Atikah.

"Masuk la, pintu tak berkunci." Atirah menjerit kecil. Muncul wajah tersengeh Atikah di muka pintu biliknya. Atikah melangkah masuk ke bilik sahabatnya itu dan dia turut berbaring di sisi sahabatnya itu.

"Bila kau nak cerita, aku dengar ni." Atikah mula bicara sambil menjeling sahabatnya dari sisinya.

"Kejap la...Hem..hem, pada suatu hari..." Atirah bangun dari pembaringan dan menggayakan seperti seorang yang sedang memulakan cerita dongeng kanak-kanak di hadapan Atikah. Sikapnya itu menerima cubitan daripada sahabatnya.

"Aduh... aku nak cerita la ni." Atirah menggosok tangannya yang dicubit Atikah. Setelah itu dia mulakan ceritanya, bermula dari pertemuannya dengan Hariz di Pulau Pangkor sehinggalah bagaimana dia telah keluar 'lunch date' dengan lelaki itu.

"Tikah...apa kau rasa....kau agak dia suka dekat aku ke?" Soal Atirah dengan memandang tepat ke wajah Atirah meminta jawapan.

Atikah memandang sahabatnya dan dia tersenyum. "...sebelum kau tanya aku dia suka kau ke tak kau jawab dulu soalan aku, ...kau suka dia ke tak? Ke kau hanya nak jadikan dia pengganti Riz...." Atikah tidak menghabiskan kata-katanya apabila dia melihat Atirah membulatkan matanya memandag Atikah. Dia menunggu dengan sabar jawapan daripada sahabatnya itu.

Atirah merenung sebentar dan mula bicara, "Tikah...kalau kau tak sebut mamat tak guna tu, aku dah lupa dia wujud." Atirah meluahkan apa yang difikirnya. Sungguh...setelah dia kenal Hariz, nama Rizman seperti telah hilang dari hatinya. Mungkin perasaannya terhadap Rizman tidak sekuat yang dia sangkakan. Kini dia merasakan dirinya telah melupakan peristiwa pahait itu.

Atikah tersenyum mendengarnya, "so perasaan kau terhadap Hariz macam mana? Kau betul-betul sukakan dia?" Atikah menyoal lagi. Dia ingin tahu perasaan sahabatnya yang sebenar.

"Aku tak tahu....yang aku tahu aku suka tengok dia senyum dekat aku. Aku suka berbual dengan dia, tengok dia makan, pandangan mata dia tak dapat aku lupakan. Tikah kau rasa aku ni gila bayang ke?" Atirah ketawa sendiri dengan soalannya.

"Aku rasa kau ni bukan setakat gila bayang, dah angau ni...aku pasti yang kau dah jatuh cinta dekat Hariz." Atikah turut ketawa setelah dia membarikan jawapannya kepada Atirah. mereka berdua ketawa bersama.

Setelah reda ketawa mereka, Atikah bersuara, "Aku rasa dia pun suka dekat kau. Kalau tak, tak de la dia nak datang melawat abang kau bagai...macam la dia rapat dengan abang Nizan. Dia tu cuma cari alasan nak jumpa kau je." Atikah memberi pandangannya kepada Atirah. Atirah tersenyum mendengarnya, dia turut rasa bergitu.

Atikah memandang sahatnya yang sedang melayan perasaan sendirian dan tidak menghiraukan dirinya di sebelah. Timbul idea untuk mengusik sahabatnya itu. "Kau okey ke Ati...aku risau la..." Atikah menunjukkan wajah serius.

Terhenti Atirah dari khayalanya... "Kau risau apa?" Soalnya hairan.

"Aku risau kawan aku yang sakit angau ni ....tersenyum sorang-sorang dah macam orang tak betul." Atikah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Dia cuba megelak daripada dirinya dipukul Atirah dengan bantal peluknya itu.

"Kurang asam kau Tikah...kau kenakan aku ye....siap kau." Atirah memukul Atikah dengan bantal yang dipegangnya. Mereka berdua bergurau sebentar dan kedua-duanya terbaring keletihan. Perang bantal adalah perkara biasa bagi mereka berdua.

"Aku tumpang gembira Ati." Aku doakan kau dengan Hariz ni jadi la.... kata kata yang terakhir itu sekadar dalam hatinya sahaja. Atikah mengharapkan sahabatnya itu menemui kebahagiaan di dunia dan dia akhirat. Itulah doanya untuk Atirah.


L’AVIS DES CRÉATEURS
ina85 ina85

Sorry lambat update sebab sibuk sikit minggu ni...mungkin minggu ni satu bab je ....sorry

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C15
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous