Télécharger l’application
66.66% Love me just one day / Chapter 4: Bab 4

Chapitre 4: Bab 4

SEPERTI yang dijanjikan,tengah hari itu abang Uda ambil aku depan universiti.Segak bakhang dia pakai baju formal kerja dia

"Kita nak makan mana ini abang Uda?"soal aku bila perasan kami dah pergi agak jauh.Jangan dia bawa aku keluar lambat sudah.Aku dahlah ada kelas pukul 3 nanti.

"Sikit lagi sampailah"

Tidak lama kemudian kami sampai di sebuah restoran yang nama kedainya yang bertulis bahasa jepun.

Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, berkerut dahi aku melihat ramai orang asing di dalam kedai ini.Aku lantas memandang ke arah abang Uda yang baru keluar.

"Bang Uda, halal ke tempat ini?"

"Halal.Tapi sini tempat ramai pelancong makan.Murah tapi sedap"

Aku hanya mengangguk.Walaupun dah dekat dua minggu dekat sini, aku jarang keluar dari universiti.Masa senggang pun aku habiskan baca nota teori je.

Kami memilih tempat berdekatan pintu masuk.Lagipun angin kuat sikit dekat depan ini.

"Ha kau nak order apa?"abang Uda menghulurkan buku menu kepada aku.Bersinar-sinar mata aku tengok menu.Semua nampak sedap-sedap belaka!

"Bento dengan air lemon"

Kemudian, abang Uda memanggil pelayan lalu membuat pesanan.Sebaik sahaja pelayan itu pergi, abang Uda memandang aku serius.

"Dah kenapa pandang orang macam itu?"

"Apa cerita kawan kau itu semalam?"abang Uda menongkat dagunya lalu mempamerkan muka jahatnya.Aku dah rasa semacam.

Abang Uda ini gay ke apa?

"Yang mana satu? Kawan orang ramailah!"

"Lah yang pakai T-shirt hitam itu"

"Tengku Adam?"

"Ha whatever lah apa nama dia.Dia macam mana?"

Dahi aku makin berkerut.Sejak bila pula abang Uda ini pandai kisah pasal orang? Aku masuk wad pun dia boleh lagi gelakkan aku.

"Dia...okay..?"jawab aku teragak-agak.

"Okay je? Tak ada muka marah ke? Bad mood ke? Kemurungan ke?"

Aku terdiam.Otak aku ligat berpusing mengingat hal semalam.

Reaksi pelik Tengku Adam?

"Emm...okay let's see. Dia senyap tiba-tiba.Makan sikit.Muka muram?"aku memegang dagu aku dengan hujung jari.

Serentak itu abang Uda menepuk kuat meja kayu ini.Pantas aku mengurut dada aku akibat terkena kejutan gempa bumi.

Macam manalah dia boleh jadi sepupu aku ini?

"Bang Uda ini dah kenapa?"marah aku.Nak-nak bila tiba-tiba je dia senyum tak bersebab.

"Aku rasa budak Tengku itu memang minat kaulah!"

Serentak itu,pesanan kami tiba.Aku mula menyedut sedikit air aku.

"Mengarutlah abang Uda ini!"

"Tak percaya cakap aku an? Kau tengoklah.Aku lelaki aku tahulah"dia buat muka bangga.

Aku hanya menggeleng lalu mula melantak.

AKU ingat lepas habis kelas bolehlah aku terus balik bilik.Last-last pensyarah suruh aku hantar bakul alat lukisan ke studio.Dee pula bukan nak tolong aku.Bahagia je dia lambai ucap takziah dekat aku.

Duh, tolonglah bagi hidup aku aman sikit hari ini.

"Airis nak saya tolong?"

Terhenti langkah aku di tangga.Tengku Adam betul-betul berdiri di sebelah aku.Kening aku bertaut.

Bukan tadi dia dah keluar ke dengan geng dia?

"Err..."

Tak semena-mena dia mengambil dua buah bakul alat lukisan dari aku lalu menghadiahkan aku senyuman manis.

"Tak apa saya tolong"

"Err...terima kasih"aku menunduk.Kami berjalan beriringan.

"Aku rasa budak Tengku itu memang minat kaulah!"

Tiba-tiba suara abang Uda berputar dalam fikiran aku.Aku memejam mata lalu menggeleng cuba membuang tanggapannya.

Mustahil!

"Awak okay?"

Tersentak aku mendengar suara Tengku Adam.Aku memandangnya lalu tersenyum.

"Okay je!" balas aku ceria.

Dan kami senyap sampailah tiba di hadapan studio.Habis sahaja menghantar bakul alat lukisan, kami berjalan beriringan turun tangga.

"Airis"

"Ya?"

"Awak..."kata-katanya terhenti.Aku senyap menunggu ayat seterusnya.

"Free tak hujung minggu ini?"

Terus langkah kami terhenti betul-betul di kaki tangga.Aku terus pandang dia dengan mata yang terkebil-kebil.Aku blur lima saat sebelum tersenyum kekok.

"Aaa...kenapa awak tanya?"

Dia senyap.Tangannya mengosok belakang kepalanya.Jelas muka dia tengah cuak.Aku yang melihat dah rasa serba salah.

Dia tanya je kan?

"Saya free je.Kenapa?"

Tengku Adam nampak macam teragak-agak nak beritahu.Aku tersenyum.Buku nota dan sebatang pen aku bawa keluar dari dalam poket beg sandang.

Aku menulis nombor telefon aku lalu menghulurkan potongan kertas kecil itu kepada dia.Dia ambil dengan muka blur.

"Itu nombor saya.Kalau susah nak cakap awak chat je"

"Awak tak takut ke?"

"Takut apa?"

"Saya khianat awak...ke?"

Terus pecah tawa aku tapi taklah sampai bunyi sebiji macam puntianak sundal malam.Jauh lagi langsuir.

"Saya tahu awak baik.Kita satu kelas tiap tahun kot? Anyway, terima kasih tau tolong.Memang berat pun bakul-bakul itu.Bye!" aku melambai kearahnya lalu turun dari tangga, meninggalkannya sendiri.

MALAM itu akhirnya Tengku Adam chat juga aku.

' Airis, weekend kita keluar dua je boleh? Saya ada something nak beritahu awak '

Something nak beritahu aku?

Aku buat don't know jelah. Maybe hal lukisan ke, benda penting lain ke?

'Okay'

Selepas itu aku tutup telefon lalu letak bawah bantal.Dee yang sedang khusyuk layan drama korea Touch Your Heart di atas katilnya aku pandang.

Huish dia punya khusyuk itu sampai senyum seorang!

"Dee"panggil aku.Melihatkan dia tiba-tiba dah jadi pekak sebab tahap meroyan dia dah sampai lumpuhkan telinga, aku terus ambil bantal lalu melotarkannya ke arah Dee.Terlepas terus telefon dari pegangan lalu menghempap hidung mancung miliknya.

Aku dah buat muka sakit.

Ouch!

"Kau dah kenapa anak daud!"dia terus duduk sambil menggosok hidungnya yang tak berapa nak mancung.

Eh aku ada cakap hidung dia mancung ke tadi? Ah abaikan jelah!

"Sesedap manggi je kau.Babah aku nama Zulkarnain okay?"

"Ah kau ayah aku nama Roslan!"

"Kisah apa aku!"

Seketika kami senyap sebelum tawa kami pecah.

"Serius ah Ris, tak lawa dah aku.Kau nak apa syaiton?"

"Aku sendu, single dan perlukan attention"aku buat muka sebek.

"Alolo sian member aku"dia bangun lalu duduk di sebelah aku.Tubuh aku dirangkul."Kau nak aku buat live dekat Instagram ke nak promote kau dekat satu dunia?"

Aku terus tolak badan dia sampai terbaring.Dee dah gelak mengekek.Aku pandang dia dengan muka tak puas hati.

"Alah setakat followers kau itu, followers aku lagi banyaklah!"aku buat muka riak.Dee terus kembali duduk.

"Tapi itulah tetap hidup membujang.Almaklumlah orang itu jual mahal"

Terus aku cubit ketam pinggang Dee.Puas hati aku dia mengaduh sakit.Tak habis nak membahan aku!

"Sakitlah wei.Patutlah tak ada lela—, eh jap Tengku Adam jelah nak dekat kau kan!"

Sekali lagi pinggang Dee kena serangan jari ketam aku.

"Kau ini baru jadi kawan okay.Oh ya cakap pasal Tengku Adam itu, weekend ini dia ajak aku keluar"aku mengambil telefon aku lalu menunjukkan chat kami.

Dee yang membaca tiba-tiba gelak.Aku dah pandang pelik.

"Serius ah di dah bagi hint itu.Takkan kau tak faham lagi?"

"Faham apa?"soal aku blur.Hint benda pula ini?

Dee terus tepuk dahi.

"Okay aku tanya kau, mana dia dapat nombor kau?"

"Aku...bagi?"aku garu kepala yang tidak gatal.Aku ingat Dee nak marah tapi makin lebar pula senyuman dia.Aku seorang je ke yang nampak bengong dekat sini?

"Sebab? Alasan?"

"Urmm...dia tolong aku hantar bakul lepas habis kelas.Lepas itu dia nak cakap something tapi entah gagap kot.Aku pun bagi jelah nombor telefon kotlah dia nak cakap benda penting tapi tak nak orang dengar"

"Ha kau nampak tak dekat situ?"Dee terus petik jari.Aku masih dengan blur aku.Sumpah otak aku rasa macam tak boleh berfungsi sekarang ini.

Dee ini tak boleh ke straight to the point je?

"Serius ah Dee aku blur ini.Kau bagi jelah tau aku pebendanya"

"Kenapa kau sibuknya nak beri nombor kau walhal semua nombor kita dah ada dalam group siap kita save lagi nombor sekor-sekor.Budak kelas kita 15 orang je weh"

Terus macam ada wayar bersambung dalam otak aku.

Ya tak ya eh, kenapa aku bagi kalau dia memang dah ada nombor aku?Ke aku dah nyanyuk time itu?

"Itu namanya strategi tau? Dia acah-acah buat gagap macam nak tak nak je beritahu benda yang dia nak cakap.Memandangkan kau pun time itu dah rushing nak balik sebab nak solat bagai, kau berilah nombor kau kan so dia boleh chat kau pasal benda ini"

Aku mendengar penjelasan Dee dengan penuh tekun.

"Lepas itu kau pula baru teringat yang semua orang dah save nombor masing-masing.Ha kau nampak tak dekat situ?"

"Urmm...jadi aku tak syak apa-apa kalau dia chat aku sebab aku bagi nombor aku padahal dia dah ada?"aku cuba buat kesimpulan.

"Bingo! That's my girl!"Dee tepuk tangan gembira."Ha itulah strategi dia.Dia nak rapat dengan kau tapi tak nak nampak dia terhengeh-hengeh dekat kau.Dia takkan chat kau kalau kau tak suruh dulu.Baru kau tak syak!"

"Jadi, kesimpulannya?"

"Dia suka dekat kaulah itu.Aku confirm weekend ini mesti dia buat confession!"

"Mengarutlah!"aku menidakkan kata-katanya.

"Apa pula kau kata mengarut? Kau tengok jelah"

"Kenapa kau cakap sama macam abang Uda ini? Ha yang kau memandai bagi jadual kelas aku pada dia dah kenapa?"aku terus bercekak pinggang buat muka marah.

"Lah jadual itu dia yang minta aku bagi jelah.Dia sepupu kau kan? Membesar sama-sama apa nak takut?"Dee bangun lalu kembali ke katilnya.Dia berbaring lalu kembali tengok drama.

"Yelah"aku terus membaringkan tubuh aku.Sedang aku mengelamun, tiba-tiba telefon aku bergetar menandakan ada chat masuk.Berkerut dari aku melihat nama pengirim.

Ashraf?

' Zia, belakang blok hostel pukul lima lepas habis kelas'


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C4
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous