Télécharger l’application

Chapitre 11: Bab 11

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Semua anak mata telah berpaling untuk melihat seorang lagi gundik yang baru sahaja memasuki Istana Qing Shan.

Berdiri di tengah-tengah khalayak ramai dengan tubuh badannya yang kecil, dia berkata lembut, "Walaupun sekarang ni musim sejuk, kita berada dekat dengan kolam air panas yang akan bagi kita kehangatan tetapi sekaligus nyamuk dan kupu-kupu juga akan datang. Rotan ini dengan sendirinya akan menarik perhatian serangga-serangga tu semua tapi kalau kita bakar rotan ni, ia akan menarik perhatian burung dan tikus. Kedua golongan haiwan ini akan memakan serangga-serangga tadi dan lepas itu, ia akan menarik perhatian ular yang akan makan tikus. Ini semua ilmu pengetahuan yang ramai patut tahu dan para pembantu patut berfikir lama dan panjang mengenai ini."

Zhuge Yue mengangkat keningnya bimbang, menoleh pandangannya dan bertanya dengan tegas, "Siapa yang bawa periuk rotan ni ke mari?"

Jin Cai yang sedang cemas itu berbisik tanpa kepastian, "Tuan, periuk belanga ini dihantar oleh pembantu kediaman Zhu semalam dan bagitahu yang periuk ni merupakan satu bentuk keistimewaan di Xinjian Selatan. Dia mengagak tuan muda akan menyukainya lantas menyuruh pembantu dia untuk meletakkannya di sini."

"Zhu Shun?" Zhuge Yue berhenti sejenak untuk berfikir, anak matanya bertukar dingin dan dia berkata perlahan, "Pembantu zaman sekarang ni makin kurang ajar. Kalau dia belikan aku sepasang pisau belati, aku pasti kau orang semua akan membuat apa sahaja yang dia suruh."

Dengan suara yang sangat terkejut, Jin Cai menyatakan dengan pantas, "Saya takkan berani buat macam tu!"

Zhuge Yue tidak mengucapkan sepatah kata apabila hamba-hambanya mula beredar, namun dia tiba-tiba menjerit, "Kamu akan berkhidmat di dalam kediaman saja sekarang ni."

Orang ramai yang mula beredar itu berhenti dalam langkah mereka dan curiga akan maksud di sebalik pengucapan tuan muda itu.

Zhuge Yue memasamkan mukanya dan segera menudingkan jarinya ke arah Chu Qiao sambil mengarah, "Kamu."

Kini, setiap anak mata yang berada di luar dewan Xuan itu dengan serentak menatap Chu Qiao.

Chu Qiao membalas dengan penuh hormat, "Saya akan lakukan apa sahaja yang tuan arah."

Setelah beredar daripada Dewan utama Xuan, beberapa orang hamba mencampakkan Jin Zhu yang sedang dilumuri darah itu ke dalam kereta sorong. Anak gadis yang lemah ini baru sahaja mendapat tiga puluh sebatan rotan dan akan dimasukkan ke dalam Dewan An Jun, sebuah tempat yang teruk. Bagaimanakah Jin Zhu akan terselamat daripada sana?

Jin Cai berasa ngeri dan menggigil seketika apabila melihat dewan tersebut. Semasa itu, sebuah suara yang lembut kedengaran dari belakangnya. Dia memalingkan badannya dan melihat Chu Qiao yang sedang tersenyum dari telinga ke telinga semasa melihatnya, lantas dia berkata lembut, "Kakak Jin Cai, mari kita mula bekerjasama. Saya kecil lagi dan masih kebudak-budakan, tolong jaga saya dengan baik!"

Jin Cai tiba-tiba menjadi cemas tanpa mengetahui sebabnya namun raut wajahnya masih tenang lantas menjawab, "Kita semua hamba dan kerjasama… kerjasama itu suatu kemestian."

"Ya." Chu Qiao tersenyum dan menyambung, "Jadi Kakak Jin Cai, kakak tak rasa kakak patut maafkan Nuan Yu dan juga anak-anak kecil yang lain tu?"

Walaupun berasa sedikit marah, Jin Cai masih menganggukkan kepalanya dan berkata, "Masa mereka hampir tamat juga, jadi mereka boleh pergi."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak mereka," Chu Qiao tersenyum lebar dan berjalan ke arah anak-anak yang sedang menggigil kesejukan itu. Dia memalingkan badannya kembali dengan pantas seolah-olah dia baru saja mengingati apa yang ingin dikhabarkan, "Kalaulah Kakak Jin Zhu sebaik kakak Jin Cai, pasti Shu Tong dan Lin Xi takkan dibelasah sehingga mati oleh Tuan. Sebab itulah kita kena sentiasa berbuat baik. Lin Xi baru sahaja meninggal dunia tiga hari lalu dan nampaknya Jin Zhu akan pergi meninggalkan kita juga tidak lama lagi. Pemikiran sebeginilah yang membuatkan tulang belakang saya sejuk."

Jin Cai tidak dapat berlakon lagi. Dia menjadi pucat lesi akibat ketakutan dan merenung tajam Chu Qiao. Memikirkan yang anak kecil sebegini mampu memberikan aura kejahatan sebegitu sekali sememangnya menakutkan.

Chu Qiao mengesot ke hadapan dan lalu berbisik rapat ke telinga Jin Cai, "Lepas melalukan kesalahan, selalunya orang tu akan dapat balasannya. Kalau dia melalukakn kesalahan tapi tak dapat apa-apa balasan, tu tak bermaksud dia terlepas dari balasannya, tapi ia bermaksud yang balasan akan datang cari dia. Apa pendapat kakak?"

Jin Cai tercengang, mengambil satu langkah ke belakang dan beredar dengan pantas.

Chu Qiao bertindak balas dengan segera dan mencengkam bahunya perlahan. Jin Cai menjadi cuak dan melompat ke sisi, sambil berkata, "Apa yang kau nak?"

Chu Qiao mengeluh dingin dan berkata tanpa sebarang senyuman, "Kenapa kakak gementar ni? Saya hanya nak bercakap mengenai dulang buah pic tu saja."

"Buah pic?"

"Kita berdua gundik sekarang dan darjat kita sama sahaja. Saya telah mendapatkan buah-buah pic tu daripada Nanyuan dengan kerja keras sendiri. Kakak tak rasa saya yang patut mempersembahkannya?"

Jin Cai terkelu setelah mendengar semua itu.

Chu Qiao berpaling dan mula bergerak ke arah bilik bunga. Lantas dia menyatakan buah fikirannya dengan kuat, "Rasanya kita semua kena sedar diri dengan darjat kita dan tak buat apa yang kita tak sepatutnya buat, barulah kita boleh jadi orang yang berguna. Sesetengah benda boleh dikatakan sekali saja dan sesetengah amaran kita boleh beri sekali saja. Fikir tentang cara awak melayan orang sekeliling awak dan ubah cara awak uruskan beberapa perkara."

Selepas tengahari, cahaya mentari mula terbenam mengikuti tanah bersalji itu.

Ini bukanlah hari biasa, kerana dewan kehormat telah memerintahkan untuk mengaktifkan pihak tentera. Pihak Tentera Huang serta-merta telah mengaktifkan mod membalas serangan-pemberontakan. Panglima perang daripada tujuh divisyen Huang sedang berbalah sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang akan mengambil alih dan mengarah Tentera Huang. Ketua Wilayah Zhuge, Zhuge Mu Qing, tidak dapat menghadirkan diri, lalu telah mengutuskan bahawa Zhuge Huai akan memberi kata putus atas namanya.

Juga pada hari ini, putera keempat dari Wilayah Zhuge, Zhuge Yue, telah mengalami kecederaan yang berpunca daripada seekor ular berbisa. Walaupun dia telah diberikan rawatan perubatan dengan segera, dia masih memerlukan masa untuk pulih. Dia telah dinamakan Mejar Panglima Tentera Huang meski usianya yang muda, dan telah dilahirkan di dalam dewan tersebut. Dia telah mengetuai pasukan tentera untuk meramal dan membalas serangan pemberontak, dan dia juga mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Dalam keluarga Zhuge, dia telah dilantik sebagai ketua selain daripada Zhuge Huai. Divisyen-divisyen lain telah menerima maklumat mengenai Zhuge Yue serta-merta daripada pemberi maklumat mereka. Setelah Zhuge Huai memasukkan adik lelaki mereka ke dalam jawatan kepimpinan, anak-anak lelaki dari keluarga Zhuge mula menyuarakan bantahan mereka.

Pada petang itu juga, doktor maharaja memasuki Wilayah Zhuge. Suku Keluarga Zhuge ingin mengambil alih Tentera Huang, tetapi mereka tiada pilihan untuk meninggalkan perancangan mereka itu.

Tindakan ini memberi tindak balas yang memberangsangkan. Setelah mendengar hal ini, ketua terhormat daripada Suku Keluarga Zhuge semuanya datang dan lantas mengambil alih Kediaman Utama Zhuge.

Pada hari yang sama, Wilayah Zhuge telah mengosketrakan sebuah drama dan pertandingan seperti biasa, dan ianya disebabkan oleh kecederaan Zhuge Yue. Jin Zhu, gundik utama Tuan Keempat yang sering membuli hamba-hamba yang lain telah menerima sebatan demi sebatan, manakala dua lagi pengawal dari Istana Qing Shan telah menentang sesama sendiri, mengakibatkan seorang hamba mati dan seorang lagi mengalami kecederaan. Akibat kecederaan yang amat parah, dia juga telah meninggal dunia pada keesokan harinya. Pembantu rumah utama daripada kediaman Zhu telah diberikan dua puluh sebatan disebabkan oleh beberapa buah periuk yang telah memberi masalah kepadanya. Dia masih lagi meratapi kesakitan sambil beransur pulih.

Di belakang pergunungan, buaya-buaya telah diternak di dataran atas tasik bersebelahan dengan sebuah kolam air panas. Sekali lagi, tiga mayat timbul ke permukaan air tasik dengan senyap setelah menjadi lauk kepada buaya-buaya tersebut, tetapi tiada siapa yang kelihatan seperti mereka mengambil kisah.

Apabila malam hitam berbintang melangit, Chu Qiao telah menerima satu koleksi nota-nota dan beransur-ansur meletakkannya di dalam periuk rotan itu.

Beberapa hari yang lalu, Jin Cai tidak dapat berfokus dan setiap kali dia ternampak seorang anak dari Keluarga Jing, dia akan berasa dingin membeku yang muncul dari tapak kakinya yang menyebabkan dia tidak mempunyai selera untuk makan dan berasa seperti terdapat tulang ikan yang tersekat di kerongkongnya.

Pembersih kediaman telah membersihkan salji di perkarangan sejak dari pagi tadi apabila cuaca masih baik, dan meneruskan tugasan-tugasan mereka seterusnya dengan teratur. Apabila mereka sedang menghidangkan sajian, sebuah berita telah tiba daripada Istana Bukit Merah, Tuan Mu daripada Selatan daripada Lima Bukit, Tuan Wei, Tuanku Diraja Ketujuh Zhao, Tuanku Diraja Kelapan Jue, Tuanku Diraja Ketigabelas Zhao Song dan Maharaja Yan telah berkumpul di dalam dewan gelas di Istana Bukit Merah. Tuan Besar telah tiba dan sedang menemani mereka sambil Tuan Muda Ketiga dan Tuan Muda Kelima masih dalam perjalanan ke sana. Tuan Muda Keempat telah diminta untuk turut serta jika tubuh badannya sihat.

Zhuge Yue lebih suka menyendiri. Sangat jarang untuk melihat dirinya berjalan -jalan bersama abang-abang dan adik-adiknya, tetapi dia lebih gemar untuk berada di Istana Qing Shan untuk membaca atau makan seorang diri. Dia bukan seorang yang ramah dan jika bukan kerana kekejamannya, dia lebih dikenali sebagai seorang yang suka menyendiri. Pengutus berita telah datang untuk mengutuskan beritanya semasa Zhuge Yue sedang sedang berbaring di atas katilnya jadi dia telah menyatakan kepada pengutus berita tersebut bahawa dia berasa kurang sihat; maka dia tidak akan bergerak ke sana.

Chu Qiao mengipas bau setanggi dengan lemah-lembut dan apabila terdengar akan maklumat tersebut, dia mengangkat keningnya tetapi kekal membisu. Setelah beberapa lama, apabila sajian bakal dihidangkan, dengan senyap dia mengikuti belakang hamba perempuan yang sedang menghantar sajian dan lalu berundur ke belakang.

Jin Cai ternampak Chu Qiao yang bersembunyi itu sepintas lalu namun dia kekal mendiamkan diri, dan setelah beberapa usaha keras akhirnya Chu Qiao berjaya melepaskan dirinya.

Meskipun bangunan itu dipanggil dewan Xuan, namun ianya lebih kepada sebuah dataran yang terletak di pergunungan bersegi lapan di Istana Bukit Merah itu, dan terdapat sebuah tasik hijau yang berada di bawahnya. Disebabkan ianya pertengahan musim sejuk, tasik itu telah menjadi beku di bawah lapisan salji. Ia juga dikelilingi oleh pokok-pokok plum putih dan juga plum merah pada setiap sisi tasik yang memintas persekitaran yang berwarna putih kosong. Pokok-pokok plum yang terdapat di situ telah mewarnai landskap itu dengan warna-warna terang. Kawasan perlumbaan kuda milik Keluarga Zhuge terletak di belakang pokok-pokok plum tersebut. Tanah yang luas itu telah ditumbuhi rumput menghijau yang dibawa oleh kaum Keluarga Zhuge, dan digunakan khas untuk menternak kuda baka yang terunggul. Padang yang besar ini hanya mempunyai sebilangan kecil pelawat dan disebabkan oleh perlarangan hamba-hamba daripada memasuki kawasan ini, maka kesucian padang itu terjaga.

Tubuh badan Chu Qiao yang kecil molek membenarkan dia licik menyelinap dari pandangan pengawal-pengawal, tergesa-gesa memasuki dan memanjat dinding padang perlumbaan kuda tanpa diketahui sesiapa pun.

Namun tubuh badan Chu Qiao yang kecil molek itu ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sebagai contoh, kini dia harus menggunakan tenaga yang lebih apabila ingin mengangkat perkakasan berat, seperti periuk-periuk ini.

Semasa Chu Qiao ingin beredar, dia ternampak sebuah bayang yang mencurigakan. Dia tunduk dan mengecilkan badannya, dan menunggu sehingga orang itu beredar dahulu sebelum mengekorinya. Dia terlihat seekor kuda yang telah diikat pada pokok pinus apabila dia sedang memanjat turun dinding padang perlumbaan kuda. Kuda yang berada di pokok pinus itu kelihatan tegap dan rapi namun tidak memberi apa apa tindak balas setelah menyedari kehadiran Chu Qiao. Dia menjadi hairan, kerana kuda yang kelihatan terlatih sebegini patut menentang kehadiran seseorang yang tidak dikenali. Menundukkan kepalanya, Chu Qiao tersedar bahawa terdapat seikat gandum kuda yang masih belum dimakan. Dia berjengket ke hadapan dan memegang kepala kuda tersebut, melihat kuda itu dengan lebih dekat buat masa yang lama, namun kuda itu masih tidak memberi apa apa reaksi.

Chu Qiao ingin berangkat pergi, dan menoleh pandangannya ke sisi dan terlihat beberapa batang anak panah berbulu putih di dalam beg yang terikat di sisi kuda itu. Dia mengambil sebatang anak panah untuk memeriksa mata anak panah yang berwarna putih itu dan mengesan ukiran yang tertulis "Telan" diukir keras pada permukaannya.

Semua ketua daripada berbagai-bagai divisyen sedang berpesta di dalam dewan sementara mengagumi pokok-pokok plum yang berada di luar itu. Chu Qiao berlari pantas di sepanjang laluan yang usang berdekatan dengan cenuram gunung bersegi lapan itu. Dia meletakkan periuk rotan yang terbakar itu di atas laluan dan lalu mencampakkan beberapa ekor ular yang telah disimpan di dalam begnya itu ke atas tanah.

"Ha! Aku tau kamu yang sebabkan semua masalah ni!" Satu suara lantang tiba-tiba memekik.

Chu Qiao memusingkan badannya dan melihat Jin Cai berdiri di situ dengan bongkak.

Jin Cai menengking, "Aku akan beritahu Tuan Keempat kali ni dan habislah kamu lepas tu!"

"Ye ke?" Chu Qiao mengherotkan kepalanya sedikit dan tersenyum licik. Apabila terdengar bunyi tapak kaki yang sedang mengekorinya di kejauhan, dia menggelengkan kepalanya lalu berkata, "Aku tak rasa macam tu." Secara tiba-tiba dia bersandar ke belakang dan melompat jatuh dari cenuram.

"Daripada sana!" Suara-suara kedengaran dari jauh berkata secara serentak.

Jin Cai tidak dapat untuk menyuarakan kejutannya sebelum dia ditumbangkan dengan ganas oleh pengawal-pengawal tegap.

Zhu Shun merenungnya dan berkata, "Jin Cai, sekarang kamu dah ditangkap dengan barang rampasan itu, apa yang kamu nak cakap?"

Jin Cai terperanjat dan tergesa-gesa mempertahankan dirinya, "Saya tak bersalah, Jing Xing Er yang bersalah! Saya hanya ikut dia ke sini!"

"Merepek, aku hanya nampak kamu je yang berkeliaran dengan mencurigakan dan kamu juga akan mencuri periuk rotan daripada pembantu Zhu, kamu masih boleh menuduh orang lain!" Satu suara mersik kedengaran.

Jin Cai berpaling dan melihat satu wajah gadis kecil yang tidak asing baginya yang sedang berdiri bersebelahan Zhu Shun. Serta-merta dia tersedar akan situasinya kini, lalu menjerit, "Dia bersekongkol dengan Jing Xing Er, pembantu Zhu, jangan percaya cakap dia!"

Zhu Shun sedang duduk di atas kerusi tandu yang telah diangkat oleh empat orang pengawal bertubuh sasa. Setelah menerima pukulan demi pukulan beberapa hari yang lepas, buntutnya masih berbisa. Setelah diberitahu, dia mengerutkan wajahnya dan berkata dengan suara yang rendah, "Kau kata kau ada dengan Jing Xing Er dekat sini, jadi mana dia?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C11
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous