"Sarah,maafkan saya...Saya tak bermaksud untuk-" Belum sempat Danish Menghabiskan kata-katanya Danish telah di panggil oleh beberapa orang junior, "Danish! Jeneral panggil kau!"Jerit Junior itu.Danish kemudian ingin memalaukan sahutan itu namun Sarah terus berkata, "Pergi lah dahulu,kita boleh sambung membincangkan tentang hal ini lain kali." Kata Sarah, kemudian Danish terus pergi mengikuti junior tersebut bersama dengan Sarah yang ingin tahu mengapa Danish di panggil
[Di Dalam Arena]
Sewaktu Danish masuk sahaja ke dalam,Danish melihat Jeneral yang sedang melihat satu pertarungan antara Adnan dan Nik. Sesampai sahaja dia di sebelah Jeneral, Danish menanyakan Soalan, "Mengapa Jeneral memanggil saya." Jeneral memandang ke arah Danish dan kemudian terus bersuara, "Kerana kali ini adalah giliran kamu Danish, untuk menentang Adnan." Danish terkejut dan keanehan, 'Hanya kerana itu..' Danish berkata di dalam kepalanya tidak endah. Danish kemudian melihat ke gelanggan, kemudian Danish mula terkejut melihat Nik dengan badannya yang tegap dan besar, tumbang ke tanah, kalah di tangan Adnan
"Aduh! Sebab ini lah aku taknak lawan dengan kau Adnan." Kata Nik dalam kesakitan untuk bagun selepas Adnan memberikan tumbukan yang kuat di dadanya.
"Hahaha.Maaf kerana aku terpukul kuat sangat." Adnan meminta maaf.
Jeneral Farouk pula berkata kepada Danish, "Adnan Telah kalahkan 22 orang termasuklah Nik dan Brooke.Namun dia masih lagi teguh berdiri.Dikerana kemenangan yang berturut-turutnya, tiada siapa yange berani untuk menentangnya, jadi saya ingat akan tertarik untuk melawannya, Bagaimana?"
Danish kemudian berdiam diri sekejap dan matanya Fokus menganalisis Gerakkan Adnan.
Danish Tersenyum Dan Terus Melompat Masuk ke dalam gelanggang dan berdiri teguh di depan Adnan Sambil Berkata, "Kau hebat Adnan namun jangan berlagak dulu, kerana kau akan kalah di tangan aku." Adnan melihat Danish yang dalam keadaan bersedia terus berada di dalam kuda-kudanya. Beberapa orang yang perasan Danish yang ingin menentang Adnan terus pergi ke gelanggang mereka tersebut beramai-ramai untuk menonton pertarungan tersebut
Sarah,Brooke,Nik,Jeneral dan yang lain semuanya melihat pertarungan di antara Danish dan Adnan. Di mata mereka semua memandang Adnan dan Danish ibarat dua raksasa yang ingin memusnahkan sesama sendiri. Sarah gelisah, kerana kerisauan atas keselamatan Adnan dan Danish, aura mereka berdua memberi suasana tegang di satu arena.
'Brooke memang hebat dan pantas apabila bertarung namun dia terlalu semberono, Adnan mengambil kesempatan itu untuk mengalahkan dia, manakala Nik pula mempunyai fizikal yang amatlah hebat namun serangannya terlalu lambat berbanding Brooke dan Adnan jadi Adnan berjaya mengalahkan Nik dengan mudah' Pikir Danish
'Dalam semua orang yang pernah aku lawan, Danish adalah salah seorang yang dapat aku rasakan yang paling kuat dari yang lain. Dia dan aku tak jauh beza dari segi fizikal, ini akan menjadi pertarungan yang menarik!' Adnan bercakap di dalam hati dan bersemangat
"Jeneral...Apakah ini akan baik-baik sahaja," tanya Sarah yang kerisauan
Farouk menampakkan senyuman yang tidak yakin, "Janganlah risau, saya pasti mereka akan baik-baik sahaja...rasanya,"
Ayat itu menambahkan lagi kerisauan Sarah.
Adnan terus berlari menendang kepalanya Danish, namun di halang oleh Danish menggunakan lengannya dengan mudah. "Aku ingatkan kau lebih baik dari ini,Adnan!" Sebut Danish dan terus menarik kaki Adnan dan menjatuhkan dia ke lantai. TUMPH! 'tidak! dia cuba menahan aku di tanah aku harus bangun sebelum dia mencekam aku!' Pikir Adnan. Sangkaan Adnan benar dan Danish Cuba Mencengkam Adnan untuk menngrip Adnan di tanah namun Adnan terus menendang Danish di bahu dan melompat backflip menjauhikan dirinya dari Danish. "Tadi itu hampir-hampir!" Sebut Adnan. "Silap aku tak elak tendangan kau tadi," Kata Danish sambil tersengih.
"Kau rasa siapa menang?" Tanya Nik pada Brooke di sebelahnya. "Hahaha! kalau kau tanya aku,sudah tentulah Adnan," Balas Brooke. "Megapa kau kata begitu?" Tanya Nik. "Ada Faktor yang kau mungkin tidak tahu tentang Danish. Danish memang hebat dan berpengalaman namun, Danish kadang-kadang terbawa perasaan dan itu akan menjadi punca kekalahannya," Balas Brooke. Sarah menyampuk perbualan mereka, "Yakin betul ya kau Brooke". "Oh Sarah! Menyokong teman lelaki kau ya?" Brooke mengusik "Hahaha..KeLaKarnya"Sindir Sarah. "Jadi kau tak suka Danish?" Tanya Brooke. "Bukan macam tu! ish kau ni!" Marah Sarah sambil mukanya memerah. "Hahaha! Malu-malu pula," Sindir Brooke. "Ish..Apa-apa pun. Kau terlalu pandang rendah dia. Walaupun Danish kadang-kadang terbawa perasaan namun dia mempunyai kebolehan yang amat special iaitu dia mampu meramal semua pergerakkan bahkan walaupun musuh masih lagi belum menyerang," Balas Sarah. "Danish mampu meramal serangan? tak sangka dia sehebat itu," terkejut Nik. "Cis,Tapi Adnan takkan kalah dengan mudah kerana Adnan jenis yang memberi serangan yang tidak boleh di jangka," Kata Brooke. "Ha! Kau terlalu yakin," Kata Sarah. "Sama Juga seperti kau Sarah," Balas Brooke. "Hmph," Kata Mereka berdua manakala Nik cuba meleraikan ketegangan di antara mereka berdua, "Ja-janganlah bergaduh.."
"Pelajar tahun ini amatlah hebat," kata Jeneral
"Jeneral! Cif Panggil," Balas Seorang anggota
"Mengapa?" Tanya Jeneral
"Si pembunuh itu telah buka mulut," Kata Anggota itu, mendengar sahaja perkataannhya Jeneral terus bergerak ke bilik Soal Siasat
[Bilik Soal Siasat]
Jeneral dan Cif sudah berada di Bilik dan sedang bercakap dengan pembunuh tersebut
"Mafia Rosalina! Kenapa mereka cuba membunuh Danish? Apa yang mereka nak!" Tanya Cif secara agresif
"Mereka...Mereka inginkan.." Pembunuh itu terkaku-kaku
Cif terus menarik kolar baju pembunuh itu dan menjerit, "APA YANG MEREKA NAK!"
"Khairul! Sabar!" Kata Jeneral
"Mereka! Inginkan Pen-" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Mulut nya tiba-tiba berbuih dan Urat-uratnya menggeras dan ternampak dengan jelas di seluruh badannya.Matanya mula memerah.Cif terkejut terus melepaskan.
Lelaki itu Nampak Terseksa
Anggota lain masuk ke dalam bilik dan memeriksa badan lelaki itu
"Tuan...Dia sudah mati," Balas Anggota itu
"innalillahiwainnailaihirojiun..." Ucap Jeneral
"Puncanya?" Tanya Cif
"Dia telah di racuni sebelum dia datang ke sini, racun itu mungkin bekerja lambat, saya rasa mereka sudah tahu yang pembunuh ni akan tertangkap jadi mereka racun dia awal-awal." Balas anggota tersebut
"Mafia Rosalina...Aku tidak sangka mereka akan lakukan sejauh ini untuk tidak ingin biarkan dia buka mulut," Balas Cif
"Apa-apa pun, cepat bawa mayat itu keluar," Balas Jeneral
Semua anggota terus turuti dan bawa mayat itu keluar dan ke hospital untuk di bedah siasat
"Pen...Apa sebenarnya maksud dia?" Tanya Cif
"Yang aku tahu,Danish mempunyai sesuatu yang Rosalina inginkan," Balas Jeneral
[Sementara Itu Di Arena]
"Apa ini saja yang mampu kau lakukan Adnan?!" Sindir Danish
Terlihat Adnan yang sudah melemah dengan lebam di seluruh badan nya sama juga dengan Danish.Pertarungan mereka amatlah sengit namun tidak seorang pun yang masih lagi tumbang dan mengaku kalah
"Alamak! Jangan kalah dulu Adnan!" Jerit Brooke
"Keras kepala betul mereka berdua,memang dua-dua taknak kalah," Kata Sarah
"Mereka berdua seperti sudah di takdirkan untuk menjadi saingan," Balas Nik
"Mengaku kalah sahajalah Adnan,engkau sudah tiada Stamina lagi manakala aku masih lagi berdiri dengan Teguh," Kata Danish
"Tak! Masih Belum!" Kata Adnan dengan Kelemahan
'Nampaknya aku harus tamatkan ini,Dengan tumbangkan dia dengan cepat.Di kepala mungkin akan bagus.aku kena pastikan aku tak akan berikan dia cedera parah di bahagian otak.Bagus kalau pengsankan terus,' Kata Danish Dalam
Danish dengan pantas berlari ke arah Adnan "INI TAMAT SEKARANG!" Jerit Danish dengan Tepat menendang lututnya pada kepala Adnan membuatkan dia Pengsan.Mata Adnan mula memutih sambil badannya sedang tumbang
Sementara Adnan Hampir pengsan dia mengingat sesuatu
[Flashback Adnan]
Adnan terjatuh di kalahkan oleh Izzad.Terlihat mereka sedang berada di Kampung depan rumah atok Adnan dan berlatih silat sambil di lihat beberapa orang murid.Mereka semua memakai Baju Hitam dan di ajarkan silat oleh Atoknya
"Izzad satu point!" Balas Atoknya Adnan
"Aduh! Sakit betul," Kata Adnan
"Adnan,jangan biarkan rasa sakit itu menghalang kau bangun," Kata Izzad sambil menghulurkan tangan nya untuk membantu Adnan
"Haih,masaalahnya kau betul-betul tak bagi peluang," Kata Adnan
"Kau ingat kalau kau lawan dengan Musuh sebenar mereka akan beri kau peluang?" Kata Izzad
"Betul kata Izzad itu Adnan.Orang yang bijak akan sentiasa berjaga-jaga dan tidak pernah memberi peluang kepada musuhnya," Balas Atok Adnan
"Saya tahulah," Kata Adnan
"Baiklah lanjut!"Kata Atoknya
Adnan terus menyerang dengan menggunakan lututnya disebelah kanannya dan kena tepat di kepala Izzad.Izzad hampir hilang kesedaran.Pada waktu Izzad sedang tumbang,Adnan hilang tumpuan berpikir Izzad sudah kalah namun sangkaannya salah,Izzad terus menahan dirinya dari tumbang dan dengan pantas terus menarik kaki Adnan yang di sebelah kirinya sewaktu Adnan baru saja melutunya tadi dan terus mematahkan kaki kanannya menggunakan sikunya.
"Arghh!!!"Jerit Adnan dalam kesakitan
"Point untuk Izzad," Kata Atoknya
"Wey! Gerakkan macam apa tu!" Kata Adnan
"Tadi tu hampir-hampir namun aku bertindak cepat dan mefokus kan kaki.Itu adalah gerakkan yang Atok kau pernah ajar tapi kau memilih untuk tidak menggunakan nya," Kata Izzad
"Bila masa pula? Ada ke Atok?" Tanya Adnan
"Kamu ni Adnan,Memang banyak makan semut ni," Kata Atoknya
"Mana saya ingat!" Kata Adnan
[End Flashback]
"Arghhhh!!!!"Adnan menjerit selepas dapat kesedarannya kembali
Dia baru saja di lutut oleh Danish.Dia hampir tumbang namun dia menegakkan badannya yang hampir jatuh dan terus menarik kaki Danish
"Bagaima-" Kata Danish kemudian kakinya di tarik dan Adnan mematahkan kaki nya dengan sikunya
"ARGHHHH!!!" Jerit Danish dalam kesakitan
Danish kemudian jatuh dan tidak mampu berdiri
"Pemenangnya Adnan!" Kata Pengadil Senior
Semua orang terkejut pada detik terakhir yang mereka sangkakan Danish menang namun Adnan tiba-tiba Terus kembali mengambil kemenangan
Mereka semua sorak "Woah!!!" dan terkejut melihat penamat yang tidak di sangka
"HAHA! AKU DAH AGAK ADNAN MENANG!" Jerit Brooke
"Serangan balas yang terbaik." Kata Nik
Adnan yang sudah tidak berdaya dan lemah juga tumbang
"Memang pertarungan yang hebat. " Kata Adnan sambil tumbang
"Argh! Pergerakkan macam apa tu!" Kata Danish
"Teknik yang Atok aku pernah ajar.Walaupun aku menang,kau memang hebat Danish!" Kata Adnan
Setelah mendengar kata-kata Adnan itu,Danish tidak berasa Sedih dan kecewa kerana kalah malah rasa makin semangat.Dia tahu yang ada orang lebih kuat darinya jadi apa yang boleh dia buat adalah berusaha lebih banyak lagi sehingga melepasi Adnan.
"Cih,kali ni kau menang tapi lain kali aku pasti tak akan kalah!" Kata Danish dengan semangat
"Hahahaha! Aku akan menantikan waktu itu." Balas Adnan
"Cis," Kata Danish
Selepas itu,Adnan Dan Danish pun keluar dari Arena tersebut,Danish Di bantu oleh Sarah untuk berjalan manakala Adnan di bantu oleh Nik
"Apa awak tak apa-apa Danish," Tanya Sarah
"Sakit sedikit tapi saya ok," Balas Danish
"Walaupun awak kalah tapi awak tadi sangat luar biasa,awak dengan Adnan memang benar-benar mengangumkan," Ucap Sarah
Danish tersenyum dan mereka berdua bercakap berdua,tiba-tiba Brooke mencelah dan Menyindir Danish
"Ha Danish! Padan Muka kau kena belasah dengan Adnan," Kata Brooke
Adnan Pula berkata, "Tapi Brooke.Danish bertahan lebih lama berbanding kau."
"Tak guna betul Adnan! Janganlah bagitahu!" Kata Brooke
"Ceh,nak sindir aku tapi kau pun kalah dengan dia," Kata Danish
Brooke Naik marah dan berkata, "Pengkhianat kau Adnan!"
Mereka semua pun gelak ketawa atas gelagat Brooke.Kemudian beberapa Anggota Datang ke mereka dan berkata, "Danish,ikut dengan kami,Cif nak jumpa".Danish berkata, "oh baiklah,Aku pergi dulu Sarah,Adnan,Nik dan Brooke," Danish pun mengikuti mereka
Sementara itu Adnan Dan yang lain bergerak ke Kantin untuk makan
[Di Office Cif]
"Jadi Cif dan Jeneral,boleh saya tanya mengapa saya berada di sini?" Tanya Danish
"Danish,kami ingin bertanya soal...Mafia Rosalina," Kata Jeneral Farouk
"Oh...Jadi apa yang Tuan ingin tanya?" Tanya Danish
"Kami Dapati dari Pembunuh Upahan itu yang di mana,kamu mempunyai sesuatu yang beharga milik mereka.Boleh beritahu kami apa benda tersebut?" Kata Jeneral
"Saya..." Kata Danish
"Jangan risau Danish,hanya kami sahaja di sini,kamu boleh percayakan kami," Kata Cif
"Baiklah..Saya akan ceritakan semua nya," Balas Danish
[Semetara itu Di Kantin]
"Aku sangat terkeut apabila Danish kata yang Jeneral Farouk ialah ayah kau," Kata Adnan
"Dia Ayah angkat aku," Kata Brooke
"Aku tak bermaksud untuk sakitkan hati kau tapi aku ingin bertanya kalau dia ayah angkat kau bagaiman korang berjumpa?" Tanya Adnan
"Aku tak beberapa ingat,tak silap aku ia bermula 13 tahun yang lalu.Jeneral kata yang pada waktu itu terjadi perang dan ibu bapa aku mungkin sudah tiada menjadi mangsa perang.jadi aku sahaja yang selamat," Kata Brooke
"Oh,Aku bersimpati," Kata Adnan
"Apa kau tak ingat wajah ibu bapa kau?" Tanya Sarah
"Entahlah,agak samar-samar," Kata Brooke
Nik pun datang bersama Banyak makanan di pikulnya
"Ni makanannya," Kata Nik
"Terima Kasih Nik! Sebab belikan," Kata Adnan
"Banyak betul kau beli Adnan," Kata Brooke
"Dekat kampung aku memang jarang Jual makanan macam ini," Kata Adnan
"Cakap pasal kampung,macam mana hidup kau di kampung Adnan," Tanya Sarah
"Hidup aku di kampung?" Balas Adnan
"Aku pun nak tahu juga hidup di kampung macam mana," Kata Nik
"Dekat kampung sama juga dengan di bandar cuma jaranglah orang pakai telefon bimbit," Kata Adnan
"Habistu macam mana korang berkomunikasi?"Tanya Brooke
"Bodohnhya kau ni.Kampung tu kecil saja mereka jalan sahajalah kalau ingin berkomunikasi atau pun gunakan Surat" Sindir Sarah
"Hei!" Kata Brooke
"Sarah,aku ingin tanya.bagaimana kau dan Danish boleh bersama?" Tanya Adnan
"Apa maksud kau?" Balas Sarah
"Ek eleh! buat-buat tak tahu pulak.Sudah jelas korang berdua ada sesuatu," Kata Brooke
"Oh ya ke hehe," Kata Sarah
"Jadi benar lah korang bercinta?" Tanya Nik
"Boleh di katakan begitulah," Kata Sarah
"Macam manalah kau boleh sukakan orang macam Danish tu," Tanya Brooke
"Hmmm,tak silap aku,semuanya bermula 12 tahun yang lalu," Kata Sarah
[12 Tahun Yang Lalu]
Semasa itu,aku masih lagi berumur 5 tahun.Ayah kami berdua menghantar kami ke Tadika yang sama.Di sana lah pertama kali aku berjumpa Danish. Sewaktu itu aku sedang bermain dengan kawan-kawan aku dan perhatian aku teralihkan kepada Danish yang sedang membaca seorang diri tanpa kawan.
Pada waktu itu aku terasa kesian melihat Danish yang keseorangan jadi aku cuba berbual dengannya.Apabila aku menegurnya "Hai!".Danish terkejut dan sampai terjatuh dari kerusinya.Dia agak ceroboh.Aku tergelak buat seketika.Danish cuba menutup muka nya dengan buku untuk menutupi rasa malunya.
Kemudian,aku terus hulurkan tangan untuk membantunya.Pada waktu itu kami mula rapat.Danish mempunyai sifat yang suka membaca,kadang kala aku melihat dia membaca buku yang tidak selalu di baca oleh kanak-kanak seumur dengan nya.Seperti buku Sains,Matematik,Teknologi dan banyak lagi buku pendidikan yang terlalu memeningkan kepala untuk aku baca.Dia ialah pelajar yang paling terbaik di Tadika
Dia bahkan sangat Bijak dan Kretif.Walaupun prestasinya yang sangat baik dalam pendidikan,dia agak kurang dari segi sosial.Dia kurang bersosial dengan orang lain dan selalu sendiri sahaja.Jadi untuk membuatkan dia tidak selalu berasa sunyi aku selalu bersama dengan nya.Aku bahkan tolong dia untuk dapat kawan dengan Skill sosial aku,haha
Makin hari ke hari kami makin rapat dan aku selalu datang ke rumhnya untuk bermain bersama.Ada satu ketika yang di mana Danish di buli oleh beberapa budak.Dia terlihat sangat ketakutan dan lemah pada waktu itu dan aku berbuat keputusan untuk menolongnya.Aku belasah setiap pembuli itu,walaupun aku berada dalam masaalah kemudian kerana memukul budak-budak tapi ianya berbaloi
Aku sangkakan kami hanya akan menjadi kawan yang rapat tapi siapa sangka yang pada akhirnya dia mendedahkan perasaannya pada aku dan pada waktu itu kami bercinta.Aku sangat sukakan personalitinya yang baik dan tidak sombong untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.Dia sangatlah periang.
Tapi...7 tahun kemudian.Aku dapat tahu yang ayah Danish meninggal.Aku melawat ke rumahnya cuba menceriakan nya tapi...Dia berubah,dia sangat sedih dan menjadi budak yang pendiam.Dia di dorong dengan Kemarahan dan Dendam.Aku sedih,melihat dia dalam keperitan yang dia tanggung seorang diri.Jadi aku cuba untuk mendampingnya.Aku hanya ingin dia ceria kembali
[End Flashback]
Present Day..
"Itulah ceritanya"Kata Sarah
"Wow,dramtiknya.Kau patut jadi pengarah filem," Kata Brooke
"Danish ceroboh? itu tidak mungkin.Dia adalah lelaki yang lakukan segalanya dengan sempurna,bahkan sewaktu dia membuang air" Ucap Nik
"Aku setuju dengan itu...Nanti dulu bagaimana kau tahu sewaktu dia membuang air?" Keliru Adnan
"Jangan tanya," Balas Nik
"Kau mesti tokok tambah an.Tak mungkinlah Danish perangai begitu," Kata Brooke
"Haih,korang ni.Mana ada aku tokok tambah,aku bersama Danish sejak kecil lagi.Aku tahu banyak benda tentang dia yang korang tak tahu," Balas Sarah
[Sementara Itu Di Office]
"Jadi,kamu simpan Pendrive ini dan menjejaki Rosalina sendiri? "Tanya Cif
"Ya...Cif." Balas danish
"Kamu tahu tak betapa bahayanya Rosalina?! Kenapa kamu lakukan perkara yang semberono begitu!" Marah Cif
"Saya hanya inginkan keadilan atas Ayah saya," Kata Danis
"Keadilan? atau Pembalasan Dendam kamu? Danish saya tahu perasaan Marah kamu itu berbuak-buak namun ini bukanlah caranya.Kamu ingin membahayakan diri kamu? Kamu sedar tak yang Rosalina ini berbahaya," Kata Cif
"Ya! Saya tahu! Tapi itulah risiko yang saya akan ambil," Kata Danish
"Namun Danish,apa kamu berpikir yang dengan hanya membekalkan kemahiran bertarung kamu yang masih lagi belum diasah,mampu untuk menghancurkan Organisasi jenayah yang berbahya?" Kata Jeneral
"Saya..." Kata Danish
"Dengar kata kami Danish.Berhenti mencari tahu tentang Rosalina.Biar kami yang uruskan," Kata Cif
"Tapi saya tak pasti boleh percayakan Polis dengan Pendrive itu," Balas Danish
"Jangan risau Danish.Hanya kami berdua sahaja yang akan guna kan pendrive ini dan kami akan pastikan pendrive ini tidak akan jatuh ke tangan yang salah," Kata Cif
"..." Danish Balas
"Kamu percayakan kami bukan?" Tanya Cif
Danish kemudian memberikan Pendrive tersebut kepada Cif dan Jeneral
"Bila kamu sudah bersedia dan menjadi seorang anggota.Barulah kami akan beri kebenaran untuk kamu uruskan tentang kes Rosalina ini," Kata Cif
"Betul ke?" Kata Danish
"Ya,kami berjanji," Balas Cif
Danish kemudian keluar dari Office mereka.Sementara Jeneral dan Cif berbincang di dalam Bilik Office mereka
"Budak itu di dorong oleh dendam yang lama dipendam," Kata Jeneral
"Aku takut dia jatuh ke jalan yang salah di sebabkan dendamnya," Kata Cif
"Apa-apa pun.Adnan,Danish,Brooke dan Nik mempunyai potensi yang besar.Aku dapat rasakan mereka akan menjadi calon yang bagus sebagai Special Force," Kata Jeneral
"Special Force? Apa kau yakin Farouk.Mereka memang berpotensi,tapi sebagai Special Force akan menjadi tanggungjawab yang sangat besar untuk di pikul," Kata Cif
"Ya aku pasti.Disiplin Adnan dan Danish juga Nik sangatlah baik kecuali Brooke,namun aku pasti disiplin dia boleh di baiki," Balas Jeneral
"Hahahaha! ada benar juga kata kau.Aku pasti dalam setahun ini,mereka akan jadi anggota yang paling hebat," Kata Cif
Cif Meletakkan Pendrive tersebut di atas mejanya.Namun apa yang mereka tidak tahu Danish sudah menyalin setiap maklumat dari pendrive tersebut kedalam satu lagi pendrive miliknya.Danish berjalan pergi dari office dengan senyuman dan berkata, "Maaf Cif,tapi aku harus lakukan ini sendiri," Kemudian Danish bergerak menuju ke biliknya.
Danish membuka Laptopnya dan memasukkan pendrive pada Laptop tersebut dan mula membuka fail-fail yang dalamnya terkandung maklumat tentang Rosalina.
"Ramin,Umur 43 tahun.Dia salah seorang anggota dari Rosalina.Dia melakukan banyak pengeledaran dadah di Kelab yang berada di Kuala Lumpur.Dalam Fail kes Polis yang aku periksa tentang kes-kes dadah.Dia pernah di tangkap namun telah bebas dari segala tuduhan.Mesti pengaruhnya kuat.Ramin,jika mahkamah tidak memberikan balasan yang setimpal atas perbuatan kau.Aku akan bagi pembalasan atas perbutan keji kau," Kata Danish dengan matanya penuh dengan kebencian
Danish kemudian menutup Laptopnya dan menyimpan Pendrivenya di dalam lacinya yang kemudiannya di kunci oleh Danish.Danish berkata "Malam ni,mari kita berjalan-jalan buat seketika."
Malam pun menjelma.Danish yang sedang bebaring di katilnya melihat dan memerhati Adnan,Brooke dan Nik yang sedang tidur di katil masing-masinh.Danish kemudian bangun dari katilnya dan menukar bajunya.Dia memakai Hoodie hitam dan seluar jean.Dia membalutkan tangannya dengan kain kasa.Dia membawa begnya yang benuh dengan perlengkapan.Dia kemudian memakai hoodienya dan keluar dari Biliknya dengan senyap.Namun Adnan pura-pura tertidur dan perasan yang Danish keluar dari biliknya.
'Mana Danish nak pergi?' Tertanya Adnan dalam hati
Adnan kejutkan Nik dan Brooke yang sedang tidur dan berkata "Brooke! Danish Bangun!" Jerit Adnan yang terus mengejutka n mereka berdua. "Kau nak apa Adnan...Malam-malam buta ni Sigh." Tanya Adnan yang sedang termamai-mamai. "Danish baru keluar tadi.Aku rasa tak sedap hati.Jomlah kita ikut dia," kata Adnan.Nik yang mendengar perkara terus bangun dari katilnya manakala Brooke yang mamai.Masih lagi malas. "Haa...Mampus dia agh"Balas Brooke yang masih lagi mamai dan bebaring di katil.Nik cuba membangunkan Brooke dengan berkata "Broo-" Namun belum sempat dia habiskan ayatnya.Adnan menghalangnya dan terus pergi mengambil sebaldi air dari tandas. "Adnan...Bukan ini terlalu berlebihan?" Risau Nik.Adnan memandang Nik sambil membawa baldi itu hanya membalas dengan senyuman sinis yang menakutkan Nik.
Sesampai sahaja di Bilik mereka Adnan Disimbar Sebaldi penuh dengan Air ke Brooke membuatkan dia basah lencun dan terbatuk-batuk kerana air yang masuk di dalam Mulutnya sewaktu di simbar. "Uhuk! Uhuk! Kau Apa hal!" Marah Brooke dengan seluruh tubuhnya Basah kuyup. "Pergi salin baju.Malam ni kita keluar." Kata Adnan.
[Di Luar Bilik]
Danish terlihat sedang menyelinap keluar melalui sesuatu tempat di pagar Akademi.Dia mengalihkan semak yang di sebaliknya adalah lubang kecil yang sudah dikoreknya.Dia pun memasuki lubang tersebut dan berjaya keluar dari akademi.Dia terus berjalan ke suatu tempat.Sementara itu Adnan yang melihat perkara tersebut dengan senyap berjalan ke arah lubang tersebut bersama Nik dan Brooke.
Adnan,Danish dan Brooke telah terlihat baju mereka.Adnan memakai baju jacket coklat dengan seluar Jean.Manakala Danish memakai Baju t-shirh Hijau dan memakai seluar coklat.Sementara Brooke memakai baju sweater bewarna biru dengan seluar trak hitam.
Danish berhenti di perhentian bas dan duduk di kerusi yang disediakan.Dalam pada masa yang sama Adnan,Brooke dan Nik memerhati Danish dari jauh di kedai mamak yang berhampiran dengan Danish.Namun Danish langsung tidak perasan keberadaan mereka bertiga
"Ok mahu order apa?" Tanya pelayan kedai makan tersebut pada mereka bertiga.
Brooke melihat makanan yang ada di dalam menu tersebut.Perutnya terus berbunyi."Uncle saya nak Tosei dengan air teh o panas."
Adnan melihat Brooke dengan wajah kecewa,"Wey Brooke,kita datang sini bukan nak makan."
Brooke dengan selamba berkata,"Alang-alang dah ada dekat sini,apa salahnya."
Sementara Brooke dan Adnan sedang bergaduh.Nik terus melihat ke arah Danish di Bas Stop.Bas telah tiba pada waktu tersebut dan Danish kemudian nya menaiki bas tersebut.Nik yang sedar akan hal itu terus beritahu Adnan."Wey! Bas dah datang!".Sejurus sahaja Nik berkata begitu,Adnan terus berkata,"Cepat kita kena ikut Bas tu sebelum ianya bergerak".Bas tersebut pun terus bergerak.Adnan,Nik dan Brooke bangun dari kerusi mereka meninggalkan kedai mamak tersebut.
"Lah...tak mahu makan kah?" Pelayan itu berkata selepas Adnan,Broke dan Nik meninggalkan pelayan itu.
"Taxi!" Adnan memanggil taxi yang berdekatan dengan mereka.Taxi yang bewarna tersebut pun berhenti serta merta.Adnan dan yang lain terus masuk ke dalam Taxi tersebut dengan terburu-buru
"Haiya,kenapa you orang kelang kabut ni?"Tanya Driver Taxi Cina itu. "Uncle! ikut bas tu,adik kita orang ada dalam bas tu cuba lari dari rumah guna bas tu." Tipu Brooke. "Iya ke?! kenapa tak cakap!" Balas Uncle itu,dan terus memandu taxinya mengikuti bas itu.
Adnan dan Nik dengan keliru melihat Brooke.Adnan berbisik, "Asal kau panggil Danish adik?"
Brooke pun berbisik, "Kalau kita suruh dia ikut bas tu kang,dia salah faham pulak.Aku menipu sebab nak bagi dia pandu laju sikit"
"Bodoh-bodoh kau,bijak jugak eh?" Usik Adnan
"Hehe memangla- Eh APA KAU CAKAP!?" Marah Brooke
"Sudah.Sekarang ni bas tu bergerak ke mana kau rasa?" Tanya Nik
"Aku pun tidak tahu.." Balas Adnan
[Kuala Lumpur]
{10:24pm}
Bas yang dinaiki Danish berhenti di perhentian bas di Kuala Lumpur.Terlihat menara Petronas yang masih lagi di bina dan belum siap.Danish berjalan ke suatu lorong yang sangat meriah dengan orang,kerana di lorong itu terletak sebuah kelab malam yang agak popular di KL.Lampu neon yang bercahaya di pintu masuk Kelab tersebut.Danish terus memakai hoodnya untuk mengnutup mukanya.Dia melihat seorang lelaki yang berpakaian seperti gangster berjalan bersama dua orang pelacur di bahunya.Danish Bercakap di dalam hati, 'Tak silap lagi,di sini la tempatnya.Kelab Golden Prime Heaven.Salah satu kelab yang penuh dengan aktiviti Jenayah namun banyak polis di rasuah untuk merahsiakan aktiviti di kelab ini'.Danish memasuki Club tersebut setelah memberi ID palsu pada bodyguard yang menjaga Kelab itu.Kemudian Danish terus masuk ke dalam
Sementara itu.Taxi yang dinaiki Adnan dan rakannya berhenti di depan lorong menuju ke kelab tersebut.
"Fuh,Danish gi kelab siot," Brooke berkata dengan suara yang yang tinggi
"Ish kau ni.Takkan la dia pergi kelab tanpa sebab.Mesti ada sesuatu ni," Balas Adnan
"Ok thank you uncle,ni 30 ringgit," Nik memberkan 30 ringgit pada Uncle Taxi itu
"Thanks you-thank you.You orang lebih baik pergi check adik you orang tu,"Cakap Uncle taxi,yang tidak tahu apa-apa
"Hahaha,ok uncle," Brooke berkata,dan keluar dari kereta bersama dengan Adnan dan Nik.Mereka pun pergi ke lorong.Kemudian menuju ke kelab tersebut
Brooke dengan selamba cuba masuk ke dalam Kelab tersebut namun di halang oleh dua orang penjaga kelab.Mereka kemudian di sapa oleh penjaga kelab itu dan mminta Id mereka,"Bro-bro sabar dulu kalau enjoy-enjoy kat dalam.Bagi Id korang dulu." Brooke yang mendengar perkara tersebut mula bersuara,"Oh kena ada ID ke bang? Asal pulak?" Penjaga itu bersuara dengan kasar, "First time masuk kelab ke kau ni? Kena lah,kalau ko bawah umur tak boleh masuk."
Brooke memandang Adnan kemudian Adnan memandang Nik dan Nik memandang Brooke.
Tidak beberapa lama selepas itu mereka telah di halau keluar kerana bawah umur.
"Aduh macam mana ni.Apa kita nak buat ni?!"Kata Brooke
"Adnan,ada idea?"Tanya Nik
"Hmm.Ada,kita kena menyelinap masuk"Balas Adnan
"Melalui apa? Pintu depan di jaga oleh penjaga"Balas Nik
"Melalui pintu belakang,Di sana tiada penjaga kerana ianya berkunci jadi Brooke!" Adnan memangil
"Ya?" Brooke menyahut
"Kau dah dapat kunci tu?" Tanya Adnan
"Dah." Brooke dengan selamba keluarkan kunci dari poketnya
"Dari mana kau dapat kunci tu?!"Terkeut Nik
"Tadi masa kena halau tadi,abang tu tak perasan yang aku ambik kunci dia senyap-senyap dari poketnya." Balas Brooke
"Baiklah mari kita terukan." Kata Adnan
[Sementara itu di dalam kelab]
Danish berjalan dan memerhati sekelilingnya.Music yang kuat dari DJ dan Bau Arak yang tidak menyenangkan di dalam kelab tersebut.Danish cuba mencari Ramin.Suasana kelab itu sangatlah meriah dengan Orang-orang yang menari dan pengsan kemabukkan.Kemudian Danish nampak seseorang dan fokus terhadap orang itu.Orang tersebut sedang memberi Dadah kepada tiga orang gadis muda di sofa tempat duduk.Perkara itu membuatkan Danish Marah namun yang lebih menaikkan darah danish ialah Orang tersebut adalah Ramin.
"Huehehe,Macam mana sedap bukan? hehehe." Kata Ragam sambil cuba meraba Gadis itu yang sudah mabuk dengan Dadah dengan wajah yang menjijikan.Tiba-tiba seseorang memegang bahu Ragam tersebut dan berkata,"Abang boleh saya minta juga Dadah itu." Ragam yag mendengar itu mula membalas,"Alah kau ni,tak nampak ke aku tengah enjoy-enjoy ni.Berambus la." Dia kemudian melihat ke arah lelaki yang memegang bahunya yang ternyata orang itu adalah Danish dengan wajah yang murka. "Bukan untuk saya,tapi untuk menjadi bukti jenayah kau.." Kata Danish dengan suara yang dalam.
"Hah?" Ragam keliru
Danish kemudian menarik Ragam dari duduk di sofa dan terus menumbuknya wajahnya dengan sangat kuat,dia terpelanting ke lantai tarian.Suasana yang bising dan sesak,dengan orang yang sedang menari dengan lagu yang kuat mebuatkan tiada siapa yang perasan atau mengetahui tentang pergaduhan mereka berdua. "Aduh! Sial punya budak! Pengawal!" Jerit Ragam
5 orang pengawal datang atas panggilan Ragam tersebut. "Budak ni berani kurang ajar kat tempat aku,belasah dia!" Arah Ragam.Pengawal tanpa basa basi terus menuruti arahan Ragam dan mengepung Danish.
Danish berlari ke arah salah seorang pengawal dan memberi flying kick tepat di kepalanya membuatkan pengawal tersebut terjunam ke belakang akibat impak tendangan Danish.Dua orang pengawal lainya terus menyerang Danish pada waktu yang sama namun Danish mengelak setiap tumbukan mereka.Salah seorangnya menendang Danish ke arah kepala namun Danish menepisnya menggunakan lengannya dan mematahkan kaki pengawal itu. "ARGHHHH!" Jeritan yang kuat di keluarkan oleh pengawal tersebut dan kemudian Danish menendangnya membuatkan dia tercamppak sehingga jatuh ke atas meja tempat tiga orang gadis muda tadi.Impak jatuhnya lelaki itu memecahkan meja itu.Salah seorang dari wanita itu menjerit terkejut akan hal itu.
Ragam yang melihat Danish sedang lalai menentang pengawal yang lain membuat keputusan untuk mengambil botol arak dari meja dan membalingnya ke Kepala Danish namun Danish berjaya menangkap botol itu dan memukul kepala salah seorang pengawal dengan botol itu membuatkan botolnya pecah dan menyebabkan pengawal itu pengsan.
"Baiklah...Tersisa lagi 2 orang lagi-" Danish kata terpotong kerana Ragam terus di melepaskan 2 tembakkan dan satunya mengenai lutut dan yang lagi satu mengenai bahunya
"Arghh!" Sakit Danish akibat Tembakkan itu.Danish tidak mampu bergerak dan rebah bersujud kerana kesakitan
Bunyi dari tembakkan itu mengejutkan ramai orang dalam kelab membuatkan keadaan di sana huru-hara dan orang-orang berlari keluar.Ragam kemudian berjalan ke arah Danish yang sedang kesakitan.Ragam menghala pistolnya ke dahinya dan berkata, "Siapa hantar kau hah budak!"
"Piuh!" Danish meludah ke muka Ragam
"SIAL!" Marah Ragam
"Pukimak kau Hahaha" Gelak Danish
"Tak guna kau!" Ragam mahu melepaskan tembakan
Tiba-tiba pistolnya jatuh dari tangannya kerana di tendang oleh Brooke dan Adnan terus menumbuk Dada Ragam membuatkannya rebah jatuh ke tanah "Aowghhh!"
"Danish kau ok tak?!" Tanya Nik
"Apa korang buat kat sini!?" Balas Danish
"Ei! aPa yAnG kAu BuAt DeKat SiNi ha!" Brooke menyindir
"Aku sedang cuba dapatkan maklumat tentang Mafia Rosalina!" Balas Danish
"Danish kau sedarkan perkara ini berbahaya? Kita masih Rookie" Balas Adnan
"Diamlah! Korang apa tahu! apa-apa pun kita kena tangkap si Ragam!" Kata Danish
Mereka menoleh ke Arah Ragam namun Ragam sudah melarikan diri
"WOI! tak guna.Kita tangkap si bangsat tu!" Kata Danish
"Sabar Danish kau terluka!" Kata Nik
Danish terus bangun dan berlari mengejar Ragam dalam keadaan cedera
"Dia tak sakit ke?!" Balas Brooke
"Lebih baik,kita ikut dia sebelum dia buat kerja gila lagi!" Adnan membalas
Mereka bertiga pun berlari mengejar Danish sehingga ke luar dari kelab.Ragam berlari sehingga ke Pekan.Di penuhi dengan orang ramai dan sesak.Ragam hilang dalam keramaian orang. "Bangsat.Dia hilang." Danish berkata.Adnan dan yang lain pun berjaya mengejar Danish. "fuuh.Penat sial," Kata Brooke.
"Ke mana pula dia pergi," Tanya Adnan
Tiba-tiba beberapa gangster keluar dari keramaian orang itu.Ada yang membawa senjata seperti batang kayu dan pisau.
"Jadi korangla si tak guna yang pergi serang kelab Ragam," Balas ketua dari gangster itu
Ketua Gangster tersebut mempunyai tatoo di lehernya lambang buaya.Danish yang perasan akan hal itu bersuara
"Tatoo itu...Korang budak si Croger," Balas Danish
"Kau tahu pasal Croger?" Kata ketua gangster itu
'Siapa saja tak kenal Croger.Ketua Gangster yang mengontrol Kuala Lumpur ni dalam bayang.Dia ada banyak kabel di KL ni.Dia di buru polis atas pelbagai Jenayah penyeludupan senjata.Dia adalah individu yang lebih bahaya dari Mafia Rosalina.Aku tak sangka mereka bersekutu dengan Croger'
"Sayang sekali,korang muda dan masa depan masih lagi cerah,namun hari ini korang akan mati!" Kata Ketua Gangster tersebut
"Danish apa pelan kau?" Tanya Nik
"Kita lawan," Balas Danish
"Haih,memang tiada pilihan lain lagi,"Balas Adnan
"OK,aku duduk tepi korang lawanla." Brooke cuba melarikan diri namun di tarik collar bajunya oleh Adnan
"Mana kau pergi woi,"Kata Adnan
"Adnan...Pikir betul-betuk do,Deorang senjata kau tahu tak,"Balas Brooke
"Takut ke Brooke?" Menganjing Danish
"Cis! Aduh,mari tamatkan ni secepat mungkin" Marah Brooke
Mereka Berempat pun bersedia untuk berlawan.
"Budak-budak ni berani juga ya,Belasah deorang sampai lunyai!" Arah Ketua gangster itu
Mereka pun bergaduh di tengah pasar di watu malam.pergaduhan mereka menarik perhatian orang awam dan peniaga di tempat tersebut.Keadaan huru-hara.Ada yang menonton dan ada juga yang larikan diri dari sana.
Setiap tumbukan mengenai musuh mereka namun mereka juga terkena luka akibat pergaduhan itu.Setiap gangster itu berjaya di tumbangkan.Danish dengan emosi yang marah menarik baju ketua gangster dan berkata, "DI MANA RAGAM!" ketua gangster itu yang terluka parah memuntahkan darah "Uhuk! Uhuk!" dan mula berkata sambil tersenyum, "Engkau cari pasal dengan orang yang salah...Uhuk...Croger takkan diam saja..." Danish yang beremosi menumbuk muka si ketua gangster berkali-kali sehingga darah terpecik keluar membanjiri tanah.Adnan menghentikan Danish menariknya dari membunuh si gangster itu. "Danish! tenangkan diri kau jangan jadi gila!" Marah Adnan.Danish pun mula bertenang. "Maaf..aku terbawa emosi"
Sementara itu di sebuah gudang
Ragam berlari tergesa-gesa dan sampai di sebuah gudang.Di dalam gudang,terlihat beberapa orang samseng sedang cuba membawa 2 ekor buaya yang sudah di gari dengan rantai dan di tarik oleh mereka.Mereka terlihat kesusahan untuk mengawal buaya yang sedang mengganas itu.Di antara samseng-samseng itu seorang lelaki yang menyerlah di antara samseng-samseng tersebut.Lelaki itu berbadan sasa,memakai baju t-shirt hitam dengan rambut bewarna hijau yang pendek.Dia sangatlah tinggi,Ketinggian nya membuatkan nya terlihat seperti raksasa.Tingginya 6,9 kaki tinggi.Berjalan ke arah 2 ekor buaya tersebut dan berkata, "Lepaskan mereka," Tidak bercakap banyak samseng-samseg itu membiarkan rantai buaya-buaya itu dan berlari dari mendekati buaya tersebut.
buaya-buaya tersebut bergerak menyerang lelaki tersebut bersamaan.Namun lelaki itu terlihat tidak gentar walau sedikit pun.Kaki dan lengan lelaki itu di gigit buaya itu dengan amat kuat.Daripada Menjerit kesakitan.Lelaki itu malah terlihat kecewa.Lengan dan kaki lelaki itu tidak langsung di robek terkoyak.Buaya itu mengigit sekuat hati namun,gigitan tersebut tidak memberikan sedikit pun kesan,malah gigi buaya-buaya tersebut mula retak dan pecah.Lelaki itu yang dah mula bosan,menarik ekor buaya yang berada di lengannya dan mencamppakkannya hingga terhimpak di dinding TUMP!
Seeokor lagi yang berada di kakinya pula di tumbuk olehnya hingga kepalanya terjunam ke tanah.Impak tumbukan itu membuatkan tanah retak.Selepas itu semua samseng yang melihat perkara tersebut terdiam terkejut kemudian terus memuji lelaki itu. "Tuan Croger memang hebat!" Kata salah seorang samseng itu. Ternyata Identiti sebenar lelaki itu adalah Croger,Ketua dari gangster itu.
Pada umur 16 Tahun Croger mengalahkan pelbagai Organisasi Jenayah seperti Mafia,Gangster,Yakuza dan pelbagai lagi.Di sebabkan Kekuatan nya yang tidak masuk akal kuatnya.Dia Mencipta namanya di Underworld dan menjadi salah seorang orang yang besar di Underworld.Dia mencipta Gang nya sendiri Yang bernama Mortal Crock dan menakluki Kuala Lumpur.Croger mengrasuah Polis untuk menutup mulut, membuatkan aktiviti jenayahnya sukar di kesan.pelbagai lagi Jenayah yang Croger lakukan dari penyeludupan senjata,Penculikan dan pelbagai lagi.Dia mempunyai hubungan baik dengan ketua Organisasi yang sama bahayanya yang di ketuai oleh Lord Shark Ketua organisasi Taring Jerung.
Ragam masuk ke dalam gudang tergesa-gesa sambil menjerit,"Tuan Croger! Tuan Croger!"
Croger terdengar jeritan tersebut terus berkata,"Oh Ragam,apa yang gelabah sangat ni."
"Ada empat orang gila yang baru sahaja serang kelab kita! mereka sedang menuju ke sini!"panik Ragam
"Adakah mereka polis?"Tanya Croger
"Tak..umm,mereka terlihat seperti remaja-"Balas Ragam
"Remaja?! Hahahaha! bagaimana kau boleh takut dengan remaja Ragam?" Gelak Croger
"Mereka bukan remaja biasa.Mereka kalahkan budak-budak aku!" Panik Ragam
"Ho? Nampaknya budak-budak ni mungkin boleh memghiburkan aku." Croger Berkata sambil mengengam tangannya
Sementara itu di luar gudang
"Kau pasti ke gudang ni Brooke?" Tanya Adnan
"Ya,itu apa yang Gangster tu kata" Balas Brooke
"Argh!" Danish kesakitan di bahunya sambil di bantu berjalan oleh Nik
"Kau patut pergi ke doctor Danish,kau baru sahaja di tembak," Balas Adnan
"Takpe...Aku masih boleh!" Balas Danish
"Tak payah,kau hanya akan jadi beban je nanti," Kata Brooke
Danish kemudian terperasan seseorang di belakang brooke dan terus menjerit,"Brooke! Hati-hati!"
Satu tumbukan di beri di sasarkan di kepala nya.Brooke yang perasan dengan pantas cuba menghalang dengan menggunakan lengannya namun tumbukan tersebut sangatlah kuat mematahkan lengannya
"AHHHH!" Brooke jerit kesakitan dan jatuh ke tanah
"Siapa!" Terkejut Adnan
Lelaki itu kemudian mendekat ke arah Adnan,Danish dan Nik.Meghiraukan Brooke yang sudah tumbang.Memperlihatkan dirinya,orang itu adalah Croger
"Brooke!" jerit Nik yng terkejut akan situasi tersebut
Nik kemudian menyerang Croger dengan tumbukan ke muka namun Croger dengan pantas menghindar.Tumbukan demi tumbukan tidak mengenainya membuatkan Croger serik dan terus menjatuhkan dengan satu serangan dengan sikunya kena tepat di muka Nik membuatnya rebah jatuh ke tanah
"Nik!" Danish menjerit
"Danish, kau pergi lari panggil bantuan! Aku akan uruskan dia," kata Adnan sambil membuka kuda-kudanya
"Kau nak aku lari! Jangan haraplah," balas Danish
"Danish! ini bukan masanya untuk itu, pergi cari bantuan,kita tidak akan mampu kalahkan dia!" Balas Adnan yang khawatir akan kekuatan Croger
"Gerrgh!" Danish merasa yang dia hanya membebankan mereka, dia tidak ingin melarikan diri meninggalkan mereka namun tahu yang mereka mustahil untuk kalah si Croger, bila Danish baru memusingkan badannya ke belakang dan selangkah ke belakang untuk mencari bantu.Tiba-tiba dia nampak Adnan yang terpelanting tercampak kepadanya menjatuhkan Danihs.Apabila disedari, Adnan sudah di kalahkan luka penuh di badannya.Croger kemudian gelak, "Hahaha! ini sahaja ke kekuatan korang?" Danish kemudian menyedari bahawa dia masih lagi lema dan terlalu lemah.Orang yang di depannya bagaikan raksasa yang tidak dapat mereka kalahhkan
Danish terkaku dan tidak dapat bergerak kerana ketakutan.Croger berjalan dengan perlahan mendekatinya.Danish mula berputus asa, tiba-tiba Danish terdengar suara yang amat Familiar menghampiri mereka, "Saya sudah beritahu untuk tidak melakukan perkara yang semberono," Kata suara yang familiar itu.Danish mencari dari mana suara itu berasal dan nampak seorang lelaki berpakaian kot coklat dan bermisai yang lebat berdiri teguh di depannya, orang itu ialah Jeneral Farouk.
"Hoho? Kau ke orang tua budak-budak ni?" tanya Croger
Farouk langsung tidak menghiraukan kata-kata Croger, dia malah melihat keadaan Danish dan yang lain yang cedera parah.Mukanya mula berkerut kemarahan. "Jangan palau aku lah orang tua!" Jerit Croger berlari memberikan serangan kepada Farouk. "Jadi kaulah orang yang mencederakan mereka semua ni..." Kata Farouk, Tumbukan Croger di tepis oleh Farouk dengan mudah olehnya membuatkan Croger hampir tersungkur jatuh, Namun Croger mendapatkan kembali keseimbangannya, terus menyerang Farouk buat kali kedua, "Mati kau sial!"
Farouk mengelak tumbukan itu, dan tidak beri belas kasihan terus memberikan tumbukan bertubi-tubi di muka,leher,dada,bahu Croger.Setiap tumbukan menjadi lebih kuat.Croger tidak dapat membalas semula serangan kerana kelajuan serangan Farouk yang bertubi-tubi itu walaupun ia tidak memberi luka kepada tubuhnya yang kebal itu.Farouk memberikan serangan terakhir tepat ke muka Croger yang amat kuat ke mukanya dan membuatkan Croger tertolak kebelakang.
Buat kali pertamanya Croger merasa kesakitan selepas segala caranya untuk menjadi kebal.Hidungnya berdarah dan kacamatanya hancur. "Huh,tak mungkin...Bagaimana aku boleh terasa sakit! Ini mustahil kekebalan badan aku bagaikan kulit buaya, ini musthahil!" kata Croger yang ketakutan.Bunyi siren polis di dengari membuatkan Croger terpaksa melarikan diri.Farouk kemudian membiarkan Croger dan membawa Danish dan yang lain ke Hospital untuk di rawat,Danish yang di angkat oleh Farouk terus pingsan kerana kepenatan.
Hospital Kuala Lumpur
Time: 1:50 am
Danish membuka matanya,tersedar dari pingsan.Dia kemudian melihat keadaannya yang berada di atas katil hospital sambil lengannya berbalut dan kakinya juga.Dia sedang di rawat di hospital.Dia kemudian melihat sekelilingnya dan mendapati yang Adnan,Nik dan Brooke berada di hospital di katil masing-masing dirawat dan sedar.Sementara itu Seorang Jururawat yang cantik memeriksa tangan Brooke, apabila jururawat itu ingin memegang tangan Brooke.Dia terus memegang telapak tangan dan terus berkata, "Apa khabar kakak manis,bau awak bagaikan bunga mawar,bolehkah saya meminta nama kakak," Brooke cuba mengoda jururawat tersebut namun belum sempat jururawat itu berkata apa-apa satu tumbukan terkena tepat di atas kepala Brooke, "Aduh! sakitlah Jeneral!" kata Brooke, orang yang menumbuk Brooke itu adalah Jeneral Farouk, "Maafkan saya puan,budak ni memang masuk air," Farouk meminta maaf atas tindakan Brooke.Adnan pun berkata, "Kau ingat akak jururawat tu nak layan kau ke, kau tu dah kurus keding," "HEI!" Brooke membalas.
"Dan sebab itulah saya melarang kamu semua untuk melaukan perkara yang membahaya seperti ini.Apa yang kamu semua pikirkan? Cuba untuk menangkap gangster yang paling berbahaya di kuala lumpur,kamu sedar tak betapa bahayanya tindakan kamu semua ni!" Suara Jeneral yang kemarah terhadap mereka bereempat terkena tepat di hati Danish dan terus berasa bersalah
"Saya yang jejak Mafia Rosalina itu Jeneral.Mereka hanya cuba untuk menghentikan saya," Kata Danish
"Danish,sigh tolonglah buat kali terakhirnya saya meminta kamu janganlah membiarkan dendam kamu itu mengawal kamu.Saya tahu yang kamu inginkan keadilan untuk ayah kamu namun kamu masih belum bersedia.Kamu semua belum bersedia." Kata Farouk
"..." Mereka terdiam tidak berkata
"Walaupun begitu,kamu semua patut bangga kerana atas tindakan kamu ini.Pihak polis berjaya menyerbu Kelab malam dan gudang itu.Mereka menjumpai aktiviti penjualan dadah di kelab dan berjaya menangkap Ragam.Manakala Gudang itu terdapat dua ekor exotic buaya yang telah di buru secara haram,buat ini saya mengucap syabas atas jasa kamu bereempat," kata Farouk
Mereka semua mula gembira namun Danish mencelah, "Bagaimana dengan Croger?" Farouk terus menjawab, "Dia melarikan diri,saya tak sempat mengejarnya kerana membawa kamu semua ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan.Saya telah berbincang dengan orang atasan untuk tidak membuang kamu berempat dari Pulapol,saya telah meminta mereka untuk mengirankan hukuman kamu kerana menolong pihak polis," Kata Farouk
"Mantap! Apa hukumannya?" Balas Brooke
"Kamu bereempat harus mencuci tandas asrama," Balas Farouk
"Apa! uek tak nak saya! saya lebih rela di buang," Kata Brooke
"Kau ni, bersyukurlah kita tidak di buang," Kata Nik
"Baiklah.Kamu masih lagi hanya kadet biasa,jadikanlah peristiwa hari ini sebagai langkah permulaan kamu sebagai menjadi seorang polis yang berintergiti.Apabila kamu habis pengajian dari pulapol,kamu akan mendapat tanggungjawab yang besar sebagai anggota dan kamu akan mendapat misi yang lebih berbahaya dari apa yang kamu lalui hari ini.Persoalan saya,adakah kamu semua bersedia untuk memikul tanggungjawab ini?" Kata Jeneral
Adnan,Brooke,Nik dan Danish kemudian berkata, "Kami sentiasa bersedia!"
Bersambung...
— Un nouveau chapitre arrive bientôt — Écrire un avis