Télécharger l’application
62.5% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 10: Tuanku Puteri akhirnya memulakan langkah

Chapitre 10: Tuanku Puteri akhirnya memulakan langkah

Seluruh kota dan negeri Melaka bersorak gembira dengan kemenangan mereka. Hang Nadim hanya mampu tersenyum ketika seluruh penduduk bersorak-sorai dengan gembira dengan kemenangan mereka.

Pada saat mereka sedang gembira angkatan Tentera Melaka yang berjuang bersama-sama Hang Nadim tidak sedar akan kehadiran Tuan Puteri, "Sungguh, tidak Beta sangka, bahawasanya kamu Panglima Hang Nadim sangat hebat, baik pada kekuatan mahupun kebijaksanaan, Beta amat kagum dengan kelebihan Dato' Panglima", kata Tuan Puteri.

Hang Nadim segera menoleh, lalu dia cuba melutut tetapi secara tiba-tiba pandangannya goyah, dan kesemua yang dilihatnya sekarang sedang berputar membuatnya tidak dapat mengimbangi diri dan juga terdengar suara dari sistem, " {MAAF! DISEBABKAN PENGAKTIFAN KUASA AVATAR TADI IA TELAH MENGGUNAKAN SEPENUHNYA STAMINA PENGGUNA SEHINGGA KOSONG DAN KINI MENYEBABKAN PENGGUNA HILANG UPAYA UNTUK SEDAR, PENGGUNA AKAN BERADA DALAM STATUS TIDAK SEDARKAN DIRI UNTUK 8 JAM SILA BERSABAR* HARAP MAKLUM}" dan Hang Nadim rebah dikaki Tuan Puteri.

Melihat keadaan yang berlaku, Puteri Faridah menjadi panik, lalu mengeluarkan titah kecemasan kepada kesemua angkatan tentera melaka untuk mengusung Hang Nadim pulang ke Istana dan beliau juga mengutuskan dayangnya untuk menyampaikan berita mengejutkan ini kepada Yang Mulia Sultan Sariffuddin Shah akan musibat yang menimpa Dato' Panglima Hang Nadim dengan segera.

Di Bilik Tuan Puteri Faridah

======================

Tuan Puteri mundar mandir didalam kamar, khuatir dengan keadaan Hang Nadim, terlihat keresahan dan rasa sayang yang mendalam, dalam pandangannya, sesiapa yang melihat pun tahu bahawasanya gaya Tuan Puteri ibarat "seorang isteri yang risau dengan keadaan suaminya" , sehingga terdengar pengumuman dari hulubalang istana, " mengumumkan Ketibaan Tuanku Sultan Sariffuddin Shah "

Sultan Sariffuddin segera memasuki perkarangan tempat beradu Tuan Puteri dimana Puteri Faridah memberi hormat kepadanya, " ampun Ayahanda, beribu-ribu ampun, anakanda tidak tahu apa yang menimpa pada Dato' Panglima, anakanda juga telah memanggil ahli nujum negara merawatnya dikamar anakanda".

Disaat Sultan mendengar desah keresahan Tuan Puteri, ahli nujum negara keluar dari kamar Tuan Puteri, " ahh...bagaimana, keadaannya Dato' Panglima Hang Nadim, pendita nujum negara? Tanya Tuanku Sultan sariffuddin.

"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, " usah khuatir Tuanku, Dato' Panglima tidak apa-apa cuma keletihan dan juga hilang daya kekuatan untuk sementara waktu, dalam sehari dua Dato' Panglima akan kembali cergas seperti sedia kala", kata Pendita nujum negara.

Kini Sultan Sariffuddin tersenyum lega apabila mendengar khabar baik dari pendita nujum negara. Terlihat juga wajah Tuan Puteri kembali berseri dengan senyuman, membuat Sultan Sariffuddin meneka apa yang berlaku keatas Puteri kesayangannya. "Anakanda, ayahanda merasa keliru apabila melihat reaksi mu, pada firasat ayahanda bahawasanya anakanda sudah sepenuh hati menyayangi Dato' Panglima, benar bukan apa yang ayahanda teka"? tanya Tuanku Sultan Sariffuddin.

Tuan Puteri terkejut sejenak dengan ujaran dan persoalan spontan dari ayahandanya, membuat dia tertunduk malu, terlihat dipermukaan kulit Tuan Puteri yang putih melepak kini menjadi kemerah merahan kerana rasa malu dengan apa yang baru diungkapkan oleh ayahandanya dihadapan para pembesar.

" Hahahaha...usah khuatir wahai anakanda ku, sudah lama ayahanda menginginkan seorang menantu sehebat Dato' Panglima, Sultan mengusap ubun kepala anak perempuan kesayangannya lalu dia berbisik pada telinga tuan puteri, "ayahanda sangat bersetuju dengan pilihan kamu, dan ayahanda merestuinya".

Bertambah merah lah wajah Tuan Puteri Faridah apabila ayahandanya mula mengusiknya dengan nama Dato' Panglima, pembesar yang lain cuma mampu tersenyum, kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan kata-kata pada ketika itu.

Tapi tidak pada Tengku Sadiq, dia sangat gembira apabila dia mendapat khabar berita bahwa Hang Nadim rebah tidak sedarkan diri, tapi kini dia merasa amat marah apabila Tuan Puteri sendiri mengarahkan Hang Nadim direhatkan didalam kamar tidur Tuan Puteri.

Ternyata Tengku Sadiq kini..merasa semakin benci dengan Hang Nadim, dengan sifat cemburu butanya, membuat dia semakin berdendam dengan Hang Nadim.

Hang Nadim tidur nyenyak dikamar Puteri, dimana Puteri Faridah menemani disisinya tanpa sekali pun memalingkan wajahnya dari wajah Hang Nadim, saat itu tiada sesiapa dikamar Puteri Faridah, hanya Hang Nadim yang tidak sedarkan diri dan juga Puteri Faridah, Puteri mula mengusap-ngusap wajah Hang Nadim, dicubitnya pipi Hang Nadim, jari jemarinya membelai bibir Hang Nadim( nasib baiklah hang nadim masa tu pengsan kalau tak lama dah dia lompat dari katil tu ) dalam kesunyian dikamar Puteri, Tuan Puteri mula tersenyum sendirian, ketawa kecil membayangkan mimpinya yang mungkin akan jadi kenyataan suatu hari nanti.

Tuanku Sultan Sariffuddin hanya mengintai dari tirai jendela kamar Puteri Faridah, dia hanya mampu menggelengkan kepalanya, tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan hatinya apabila melihat tingkah laku Puteri kesayangannya," nampaknya kasih sayang Puteri beta akan menjadi berat sebelah apabila dia sudah mula kenal apa ertinya cinta itu".

Setelah 1 hari setengah Hang Nadim koma barulah ada tanda-tanda dia akan sedar, dimana jari jemarinya berdetak dalam masa tertentu, membuat Puteri Faridah terkejut dan juga sukacita dalam masa yang sama. Terlihat anak matanya bergerak-gerak dibawah kelopak matanya yang tertutup dan pada suatu ketika terlihat dia membuka matanya secara perlahan lahan sambil memerhati sekelilingnya, cuba mengamati dimana dia sedang berada sekarang hingga dia menoleh kekiri dan terkejut apabila melihat wajah Tuan Puteri tersangat hampir dengan wajahnya dia tergamam dengan situasi pada masa ini dan cuba untuk bangkit dari pembaringan tapi tidak berdaya kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk menggerakkan tubuhnya. Wajahnya mula berpeluh dan dia cuba untuk memalingkan wajahnya tapi tidak berdaya kerana Tuan Puteri sudah menghalangnya dengan tapak tangannya yang lembut lalu Puteri berkata," Dato' tahu betapa khuatirnya beta apabila beta melihat Dato' rebah pada hari itu, beta harap perkara sebegini tidak berlaku lagi selepas ini, dan juga beta ingin sampaikan suatu khabar kepada dato', bahawasanya beta sudah benar-benar jatuh hati pada dato' sudikah dato' membuka pintu hati dato' menerima cinta beta ini"? tanya Tuan Puteri Faridah.

Tapi pada Hang Nadim disaat dia mendengar luahan berani Tuan Puteri membuat dia merasa seperti dirempuh dengan kapal perang frigat kd lekiu, ternyata dia tidak ada jawapan untuk menjawap luahan hati tuan puteri, dia cuma menunjukkan ibarat dia cuba untuk menjawap tapi tidak berdaya membuat tuan puteri meletakkan jarinya dibibir Hang Nadim tanda yang dia tidak mahu jawapannya pada hari itu, tuan puteri amat memahami keadaan Hang Nadim lalu dia berkata lagi, beta sudi menunggu walau seberapa lamanya jawapan dari Dato', lagipun ayahanda juga sudah merestui akan hubungan ini, bertambah terkejutlah Hang Nadim yang kini merasa ibarat dihempap oleh bom nuklear seberat 100 tan diatas kepalanya.

Tuan Puteri Faridah cuma tersenyum dengan manis sekali, lalu Tuan Puteri dengan berani menghampiri wajah Hang Nadim, dengan wajah yang merah padam tuan puteri mengagahkan juga langkahnya lalu mencium dahi dan pipi Hang Nadim lalu dengan segera berpusing dan keluar dari kamarnya, Hang Nadin hanya mampu tersenyum, didalam hatinya, hang nadim berbisik ," ( kat dunia aku dulu bukan main susah aku nak dapat teman hidup, tapi tak sangka pula kat dunia ni terbalik pula, patut kalau ikut dunia aku *timba cari perigi* sekarang ni dah terbalik pula bila *perigi cari timba* hai...dunia...dunia..makin aku nak paham makin pening jadinya..tak apalah aku berserah pada yang Esa dan juga takdir, kalau betul dia jodoh aku, aku terima dengan terbuka".)


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C10
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous