Télécharger l’application
46.62% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 415: Fitnah (7)

Chapitre 415: Fitnah (7)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Kata-kata Yin Yan yang "menentang ketidakadilan" membuatkan Li Zi Mu terkejut. Sewaktu dia ke fakulti Pemulih Roh pagi tadi, dia telah bertemu dengan Yin Yan. Namun pelajar senior itu langsung tidak bersikap mesra. Li Zi Mu tidak menyangka yang Yin Yan akan muncul sebagai pelajar fakulti Pemulih Roh untuk menentang Jun Xie.

Namun berdasarkan kata-kata Yin Yan, jelas sekali dia percaya dengan cerita Li Zi Mu dan ini membuatkan Li Zi Mu bertambah yakin.

Setelah keberaniannya diperkukuhkan, Li Zi Mu menyebelahi Yin Yan lalu berkata, "Sebenarnya, saya tak mahu menimbulkan sebarang masalah dengan Jun Xie berkaitan hal ini. Saya cuma mengharapkan permohonan maaf. Kalau dia sedar tentang kesilapannya, saya masih akan menganggap dia sebagai rakan sekuliah dan melupakan segala kejadian ini."

'Persembahan duet' Li Zi Mu dan Yin Yan ini hanya membuatkan para pelajar lain menganggap Jun Xie sebagai orang yang keji dan jahat. Personaliti serta reputasi Jun Xie sudah tercemar.

Fan Jin semakin geram dan kemarahannya memuncak.

Tetapi Jun Wu Xie hanya merenung Yin Yan dan Li Zi Mu dengan dingin.

"Meow~"

[Cik, mereka berdua ni bersubahat dan cuba nak rosakkan nama baik Cik! Biar saya gigit mereka!]

Setelah baru pulih dari kecederaannya, kucing hitam kecil itu teruja mahu 'bersenam' sedikit dan mula menjilat-jilat taringnya. Kalau bukan kerana kemunculan Fan Jin tadi, kucing hitam kecil itu dan tuannya pasti dengan mudah dapat menghapuskan pemuda-pemuda bodoh ini dan mereka tak perlu mendengar cerita-cerita yang merepek ini.

"Tak perlu terburu-buru," kata Jun Wu Xie sambil mengecilkan matanya.

Mereka mahu bermain-main, dia juga sanggup turut serta.

Masa masih panjang. Jun Wu Xie akan membalas perbuatan mereka hari ini, seratus kali ganda!

Sewaktu suasana di dalam dewan makan itu terlalu tegang dan menyesakkan sehingga sukar untuk bernafas, Jun Xie yang selama ini diam saja tiba-tiba berkata, "Senior Fan, jom pergi makan."

Suara yang dingin itu bergema di seluruh dewan makan tersebut, entah bagaimana dapat memecahkan ketegangan dan membuatkan semua orang bernafas lebih selesa.

Fan Jin terkejut seketika dan merenung Jun Xie sambil tertanya-tanya.

Budak ni sedar tak apa yang sedang berlaku? Dia masih ada mood nak makan?

Kalau hal ini tidak diselesaikan dengan baik hari ini, Jun Xie akan mengalami keadaan yang sukar kalau dia terus berada di Akademi Zephyr.

Cubaan untuk mengambil tempat seseorang yang telah dimasukkan ke fakulti Pemulih Roh. Tuduhan ini telah dilemparkan pada Jun Xie dan dia akan dipandang serong oleh para guru dan pelajar lain, tak kiralah ke fakulti mana sekalipun dia pergi. 

Namun begitu, Jun Xie langsung tak peduli dengan semua ini. Setelah berkata begitu, dia terus berpusing dan berjalan pergi.

Sebelum dia dapat mencari jalan untuk menambah baik teknik Pemulihan Roh, orang lain tak boleh mendapat tahu apa yang dia sedang lakukan. Tetapi sebaik sahaja dia menyempurnakan teknik tersebut…..

Mata Jun Wu Xie yang dingin itu sekali lagi diselubungi niat membunuh.

Para pemuda lain masih menggeletar di hadapan Fan Jin dan tidak menghalang laluan Jun Xie.

Fan Jin masih pegun, kakinya terpaku ke tanah kerana terkejut. Dia hanya memandang saja Jun Xie yang sudah bergerak semakin jauh darinya. Tiba-tiba Fan Jin tersedar lalu bergegas mengejar Jun Xie. Selepas kejadian ini, dia tidak berani membiarkan Jun Xie berjalan sendirian tanpa ditemani di dalam Akademi Zephyr.

Satu pergaduhan hampir tercetus tadi dan orang yang menjadi sasaran tiba-tiba berpusing dan berlalu pergi. Tanpa sebarang penjelasan atau niat untuk meminta maaf, sikap bersahaja Jun Xie ini hampir membuatkan dia kelihatan seperti pemerhati yang tidak bersalah. Seolah-olah kekecohan itu tadi tidak ada kena-mengena dengannya.

Semua orang di dalam dewan makan itu tergamam dengan kata-kata Jun Xie yang mengejutkan. Malah Yin Yan juga turut terperanjat dan tidak tahu reaksi bagaimana yang dia perlu berikan. Dia sudah bersedia untuk menghamburkan kata-kata untuk memalukan Fan Jin di hadapan semua pelajar yang ada, tapi….Jun Xie tiba-tiba menafikan peluangnya ini.

Jun Wu Xie masih lagi belum yakin dia dapat menghapuskan kesemua musuh-musuhnya pada ketika itu, jadi dia membuat keputusan untuk tidak terburu-buru membalas dendam.

Sewaktu melihat susuk tubuh Fan Jin dan Jun Xie menghilang ke luar dewan makan itu, Li Zi Mu yang selama ini berdiri di tepi, bergegas mendapatkan Yin Yan lalu tunduk hormat, "Terima kasih Senior di atas kata-kata penuh keadilan tadi."


next chapter
Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C415
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous